Sedikit info buat peminat dan penyokong filem Melayu, Filem Mereka Yang Tertewas diadaptasi Dari Novel Sastera Dewan Bahasa Dan Pustaka tulisan hasil karya Hasanuddin Md Isa. Novel ini pernah di angkat menjadi teks Kesusasteraan Melayu SPM (1991-2001) dan memenangi hadiah khas Hadiah Sastera Berunsur Islam 1988.
Pengarah filem ini iaitu Dato' Zulkeflie M.Osman turut berkongsi bahawa disebabkan Novel Mereka Yang Tertewas ini popular terutama di kalangan peminat sastera maka menjadi satu cabaran untuk beliau bagi menghasilkan visual berbentuk filem. Persediaan dilakukan lebih 3 bulan. Manakala penggambaran pula mengambil masa 20 hari di sekitar Kuantan, Raub dan Temerloh. Keseluruhan kos untuk filem ni menelan kos sebanyak RM700K.
Info Filem Mereka Yang Tertewas
Tajuk Filem : Mereka Yang TertewasDurasi : 1 jam 32 minit (92 minit)
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama, Filem adaptasi novel, Sastera, Keagamaan
Penulis Novel : Hasanuddin Md Isa
Pengarah : Dato' Zulkeflie M.Osman
Syarikat Produksi : Tujuh Pelangi Maju Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 7 November 2024
Barisan Pelakon Filem Mereka Yang Tertewas
- Zaidi Omar sebagai Lebai Pa/ Tapa
- Fiza Abdul Halim sebagai Jamilah/Milah
- Fad Anuar sebagai Khidam
- Sherie Merlis sebagai Jah
- Adam Shahz sebagai Pudin
- Mubarak Majid sebagai Yusof
- Dato Hilal Azman sebagai Imam Min
- Ruzaidi Abd Rahman sebagai Pendekar Atan
- Haji Zaini Hassan
Sinopsis Filem Mereka Yang Tertewas
Mereka Yang Tertewas mengetengahkan sebuah cerita yang lebih berlatarbelakangkan penerapan Islam dalam hidup sebuah kelompok masyarakat di Kampung Bukit Setugal. Tapa dari Kampung Padi Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah diri dan keluarganya dicemuh dan dicaci apabila ingin memperisterikan Mimah.
Tapa mengembara mencari penghidupan yang baru serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit Setugal dan memperisterikan Jamilah anak murid tok gurunya serta menyebarkan syiar Islam. Walaupun sudah lama berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan zuriat dan redha atas ujian Tuhan dan terus memperjuangkan Islam di kampung tersebut.
Niat Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut. Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin.
Tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada Lebai Pa sebagai usaha untuk menggagalkan hasratnya menyebarkan agama tetapi pegangan hidup Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan agama menyebabkan Lebai Pa lebih bersemangat dan bersabar. Akhirnya Lebai Pa mampu mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam dan sedar atas kesalahan yang pernah mereka lakukan ke atas Lebai Pa.
Ulasan Filem Mereka Yang Tertewas
Agak tartarik dengan filem ini sebab latar masa filem Mereka Yang Tertewas ni sekitar tahun 70-an atau 80-an. Teringat masa zaman budak-budak kalau menonton drama dan filem Melayu di stesen TV Penyiaran Malaysia ketika dahulu. Jalan cerita untuk filem ini bermula perlahan macam konsep filem 70-an 80-an. Buat generasi baru, rasanya mungkin ada pendapat berbeza bila menonton filem ini.
Tak perlu menghadirkan barisan pelakon muda untuk rating filem, pelakon filem ini semuanya adalah pelakon handalan lama, sudah lama berlakon dan mempunyai kredibiliti lakonan tersendiri. Pendapat Kak Bell filem ni memang kena dan berjaya bawa latar masa dahulu. Tapi untuk tarik audience mungkin agak sukar.
Dialog pelakon minimal, scene tak meleret cuma nak sampai klimak memang agak lama. Menariknya bahasa yang di tutur Lebai Pa dengan bunga bahasa Melayu dahulu mengenegahkan budi bahasa pertuturan orang Melayu dahulu. Memang terbaik pelakon Zaidi Omar! Gandingan duo Mubarak Majid dan Sherie Merlis berjaya membawa watak antagonis dan menonjolkan sikap sesetengah masyarakat yang busuk hati dan adu domba.
Lama tak tengok Sherie Merlis dan Fiza Halim berlakon. Walaupun gandingan bintang utama Zaidi Omar dan Fiza Halim ada gap umur tapi lakonan mereka serasi. Awalnya sis ingat Fiza tu anak Lebai Pa. Rupanya sebagai suami isteri. Lakonan Fad Anuar sebagai hero kampung pun ok. So far lakonan semua pelakon ok, tak adalah part yang sis 'cringe' bila tengok.
Filem Mereka Yang Tertewas mempunyai banyak mesej yang dimasukkan seiring dengan matlamat pengarah dalam menghasilkan filem berunsurkan keagamaan dan menonjolkan suasana dan situasi dahulu yang mudah mendengar kata hasutan dan kurang penghayatan agama bagi sesetengah orang Melayu.
Yang penting mesej filem ni sampai. Bolehlah korang pegi tengok. Jadi semua peminat filem melayu terutama bagi penggemar novel sastera Mereka Yang Tertewas, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam bermula 7 November 2024.