Tidak ada yang lebih mengujakan buat Noryn Aziz saat membuka tahun 2024 dengan sebuah cetakan baharu dalam sejarah karier seninya. Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn membuktikan selaku penyanyi beliau mempunya kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya. Pertama kalinya Noryn Aziz membawakan lagu dengan nuansa Pop Balada Melayu.
Pop Balada Melayu Pertama Noryn Aziz
Kertas, lagu terbaharu nyanyiannya yang saat ini sedang mencuri perhatian peminat apabila menjadi runut bunyi drama bersiri Khun:sa adalah bukti nyata kemampuan seorang Noryn Aziz sebagai penyanyi wanita tanah air yang patut dibanggakan. Karya sepenuhnya oleh komposer wanita berbakat besar, Amylea Azizan, Kertas yang dibalut dalam nuansa Pop Balada Melayu dialun dengan cukup gemersik oleh Noryn.
Lirik Kertas - Noryn Aziz
LAGU: KERTASPENYANYI/ARTIS: NORYN AZIZ
KOMPOSER: AMYLEA AZIZAN
KOMPOSISI MUZIK: AMYLEA AZIZAN, BAJAI & SCIFISTUDIO
RUNUT BUNYI: DRAMA BERSIRI KHUN:SA
KARYA: SHAHRULEZAD
Telahan datang
Melurut saja nanti
Hingga kan Kubiarkan
Kaku tuk beremosi
Susah kuTekad
Melupakan Harapan
Yang membunuh Cintaku
Ku hanya layangan Kertas
Buat aku berencat semua
Menghukum semua duka
Sebagai erti dosa
Dan aku akui
Berdebat janji Mu
Tak ternilai lagi
Erti diri ini
Lihatlah aku
Sudi kah lagi engkau
Menatap gerak Geri
Ku hanya layangan Kertas
Buat aku berencat semua
Menghukum semua duka
Sebagai erti dosa
Dan aku akui
Berdebat janji Mu
Tak ternilai lagi
Erti diri ini
Sumpah tak Berdaya
Apa jua caraku
Begini ku menghunus bisa kepada diriku sendiri
Ohhh hooo
Ohhhhhhhh
Dan aku akui
Berdebat janji Mu
Tak ternilai lagi
Erti diri ini woooo
Buat aku berencat semua
Menghukum semua duka
Sebagai erti dosa
Dan aku akui
Kuberdebat janjimu
Ohhhhhhhh
Tak ternilai lagi
Erti diri ini
Ohhhhhhhhh
Info Tentang Lagu Kertas
Kertas adalah sebuah lagu Ketuhanan dan sangat peribadi buat penulisnya. Ia menjadi tempat manusia mengadu domba kepada Allah tentang banyak dugaan yang silih berganti sehingga berasa tiada kelapangan yang Dia beri kepada kita sehingga kita berasa letih dan berhenti berharap serta berdoa.
Perkataan atau lirik-liriknya juga ada berbunyi semangat dan ‘seram’. Seram tentang bagaimana kita seharusnya beringat dan boleh dikatakan juga Kertas sebagai lagu memujuk diri untuk faham diri kita di mana dan apa yang Allah berikan kepada kita sebagai hamba-Nya.
Padahal kita sendiri berasa hina kerana mempersoalkan Pencipta kita tentang nasib hidup yang sebenarnya kita sedar Allah akan menaikkan darjat kita dalam setiap kepayahan yang telah dilalui ujar Amylea.