redBus Memperkenalkan 'Things to Do' Menyerlahkan Pengalaman Pelancongan Unik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal redBus Memperkenalkan 'Things to Do' Menyerlahkan Pengalaman Pelancongan Unik

Trending

redBus Memperkenalkan 'Things to Do' Menyerlahkan Pengalaman Pelancongan Unik

Platform tiket bas terbesar di dunia, redBus, kini memperkenalkan 'Things to Do' sebagai tambahan kepada rangkaian tawarannya. Dengan lebih daripada 500 aktiviti di Malaysia dan Singapura, pengguna boleh menemui pelbagai pilihan untuk merancang pengalaman perjalanan mereka.


Tambahan ini memenuhi segenap keperluan pengembara di serata destinasi, membolehkan pengguna mendapat manfaat daripada platform redBus untuk merancang aspek berbeza perjalanan mereka daripada platform yang sama. Menerusi usaha mengintegrasikan perluasan ini, redBus mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar kepada pengguna dengan membentuk satu hab pengembaraan dan hiburan sehenti.

Meningkatkan Pengalaman Pelancongan

Dikategorikan kepada lapan Kategori Utama, membolehkan pengguna menemui aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan keperluan mereka selepas menekan ikon ‘Things to Do’ pada laman utama aplikasi redBus.

Pengguna boleh mencari destinasi yang memberi ketenangan, pengalaman kebudayaan dan pelbagai bengkel di bawah kategori ‘Lifestyle’ (Gaya Hidup), sementara kategori ‘Entertainment’ (Hiburan) menawarkan peluang untuk menyelam dunia teater dan konsert. Di bawah kategori ‘F&B’ (Makanan dan Minuman), pelbagai sajian hidangan tempatan dan antarabangsa sedia untuk dinikmati. Untuk pengalaman navigasi yang mudah, pengembara mempunyai pilihan untuk memilih perkhidmatan ‘Transportation’ (Pengangkutan) yang bersesuaian termasuk bas ulang-alik dan lawatan ke pusat bandar. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh memilih bahagian ‘Tours’ (Lawatan) untuk kunjungan khusus yang dipandu oleh pemandu pelancong yang berpengalaman untuk berkongsi elemen-elemen terbaik di kedua-dua negara.

Misi redBus

Ketua Pegawai Perniagaan Antarabangsa redBus, Krishnan Ramaswami, menekankan komitmen redBus dalam menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar dan holistik dengan pengenalan inisiatif  'Things to Do'.

“Misi kami adalah untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar, holistik dan unik dengan mengintegrasikan setiap aspek perjalanan pengguna. Kami komited untuk memanfaatkan teknologi inovatif untuk mendigitalkan sektor lawatan dan aktiviti, bersandarkan kepakaran kami dalam mengubah industri pelancongan. Sehubungan itu, pelancaran inisiatif ‘Things to Do’ kami adalah seiring dengan pilihan pengembara moden yang mendahulukan kemudahan mudah alih di Malaysia dan Asia Tenggara,” kata Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan - Antarabangsa, redBus.

Menyediakan Kemudahan Tempahan Mudah

Pengguna boleh menempah aktiviti-aktiviti ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada melalui platform redBus Things To Do, memberikan kemudahan yang tiada tandingan. Setelah pengesahan diterima, pengguna tidak perlu lagi beratur di kaunter tiket, menyediakan pengalaman yang lebih menyeronokkan.

Setelah pengesahan diterima, pengguna tidak perlu lagi beratur di kaunter tiket dan boleh terus menikmati tempat tarikan, aktiviti dan perkhidmatan pilihan, justeru menjimatkan masa untuk pengalaman pengembaraan yang lebih menyeronokkan.

Promosi Terhad TRYNEW10

Sebagai tambahan, redBus mengutamakan harga paling berpatutan bagi aktiviti-aktiviti ini kepada pengguna, dengan tawaran berbaloi dan diskaun menarik. Ini akan membenarkan pengembara menikmati pengalaman luar biasa tanpa perlu berbelanja lebih, sekali gus memudahkan perjalanan dan mencipta kenangan yang lebih manis.

Pengguna redBus boleh menikmati diskaun 10% dengan menggunakan kod promosi TRYNEW10, menjadikan aktiviti-aktiviti ini lebih mudah diakses dan menarik.

Destinasi Popular di Things to Do

Fungsi Things to Do di redBus merangkumi destinasi popular termasuk tempat-tempat ikonik seperti Taman Tema Genting Skyworlds, Aquaria KLCC dan Legoland di Malaysia. Sementara di Singapura, pengguna boleh meneroka tarikan terkemuka seperti Universal Studios Singapore, Gardens by the Bay dan Galeri Nasional (National Gallery) dengan membuat tempahan menerusi redBus. Untuk menambah lagi keterujaan, redBus kini menawarkan promosi terhad bagi pengguna platformnya.

Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015, redBus telah meletakkan jenamanya sebagai peneraju tempahan bas secara dalam talian. redBus mempunyai hubungan dengan lebih 170 pengenali bas dan feri serta mempunyai rangkaian yang meliputi lebih 5,500 laluan di Malaysia. Ia terus memperluaskan liputan perkhidmatan dan penawaran bagi memudahkan dan memastikan keselamatan perjalanan pengguna.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ‘Things to Do’ redBus, sila layari laman www.redbus.my/things-to-do/

Platform rasmi redBus
Aplikasi mudah alih: Apple App Store and Google Play Store
Facebook: https://www.facebook.com/redBus.my
Instagram: https://www.instagram.com/p/C3odn9rM2h-/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@redbus_my

Tentang redBus

redBus ditubuhkan pada tahun 2006 dan kini, ia adalah platform tempahan tiket bas dalam talian terbesar di dunia dari segi bilangan tiket yang dijual. redBus telah menjual lebih daripada 466 juta tiket bas secara global hingga kini dan mempunyai pangkalan pelanggan sekitar 52 juta pengguna. Ia memulakan operasi di Malaysia pada tahun 2015 dan menawarkan penyelesaian perjalanan yang berpatutan dengan bas dan feri melalui laman webnya, aplikasi mudah alih iOS, dan Android, untuk laluan perjalanan utama di Malaysia dan Singapura.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post