Hai geng-geng yang tinggal di sekitar Ara Damansara, Subang, atau kawasan sekitarnya yang tengah cari buffet Ramadan yang murah bawah RM100, kena cuba Bufet Ramadhan 2024 di Grand Pacific Ballroom kat Evolve Concept Mall ni.
Lokasi yang Strategik dan Kemudahan Fasiliti
Grand Pacific Ballroom ni terletak kat Tingkat 3 Evolve Concept Mall Ara Damansara. Ara Damansara ni satu bandar baru di Damansara Petaling Jaya, Selangor. Evolve Concept Mall ni pun tepi je dengan stesen LRT Damansara, dekat sikit dengan lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.
Grand Pacific Ballroom ni boleh tampung sampai 700 orang sekaligus. Fasiliti dia memang lengkap, ada parking luas dan banyak, tandas bersih, surau yang selesa kat Tingkat 2. So, memang sesuai untuk pelbagai majlis dari korporat, perkahwinan, seminar, dan apa jua majlis keraian.
Untuk info, buffet ramadan kali ini diuruskan oleh GPB MARKETING & MANAGEMENT gabungan antara Makngah Catering & Khm Wedding.
Tema Buffet Ramadan ‘Selera Orang Kita’
Raikan kemeriahan Ramadhan ini berbuka puasa dengan lebih 60 jenis menu yang bertemakan “Selera Orang Kita” bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 april 2024. Pada hari Isnin hingga Khamis kami khaskan kepada Syarikat-syaikat atau individu yang ingin mengadakan majlis tertutup dengan kapasiti minimum 200 orang, dengan harga RM78 seorang. Hari Jumaat hingga Ahad, iftar Ramadhan terbuka kepada semua dengan harga dewasa RM88, kanak-kanak RM48, warga emas dan OKU RM68.
Tarikh: Bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024
Isnin - Khamis (Majlis Tertutup)
- Harga Dewasa: RM78 seorang (minimum 200 orang)
Jumaat - Ahad (Iftar Ramadhan Terbuka)
- Harga Dewasa: RM88
- Harga Kanak-Kanak: RM48
- Harga Warga Emas dan OKU: RM68
60 Jenis Hidangan Makanan
Antara menu yang menarik adalah Nasi Kenduri dengan menu pilihan Nasi Beriani Mak Ngah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca Sayuran, Jelatah Nenas dan Acar Buah. Untuk juadah pilihan Nasi Kenduri boleh ikut pada bajet pelanggan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.
Selain tu, diorang ada sediakan pelbagai hidangan pembuka selera macam Kerabu Mangga, Kerabu Daun Selom, Kerabu Taugeh & Hati Ayam, Kerabu Pegaga, dan banyak lagi. Bagi menu utama pula yang tak kalah hebat adalah pilihan Nasi Putih, Ayam Masak Minang Cili Api, Asam Pedas Tetel, Kari Ikan Masin Talang & Terung Pipit, Sambal Tumis Udang Petai, Sayur Goreng Campur, dan macam-macam lagi.
- MAIN COURSE: Nasi putih, Ayam masak minang cili api, asam pedas tetel, kari ikan masin talang & terung pipit, sambal tumis udang petai, sayur goreng campur.
- APPITIZER: Kerabu mangga & udang geragau thai style, kerabu daun selom, kerabu taugeh & hati ayam, kerabu pegaga & taugeh, potato salad mix green salad Cameron Higlands
- ULAM & SAMBAL : Timun, tomato, bendi, daun selom, pegaga, jantung pisang, sambal belacan, sambal kicap, cencaluk, budu.
- SOUP OF THE DAY: Cauliflower soup with bread, soup ayam Wak leman.
Gerai Makanan Hidangan Pelengkap
Selain itu, ada juga hidangan panas seperti Noodle Stall, Pasta Stall dan Grill Stall. Dekat sini kalau korang nak makan Mee Kari, Kambing Bakar dan banyak lagi. Kalau suka goreng-gorengan, ada cucur udang, cucur bawang, keropok lekor, semuanya ada!
Bahagian goreng-goreng juga ada seperti Keropok Lekor Goreng, Cucur Bawang dan Cucur Udang bersama Cili sauce. Tak lengkap buffet tiada pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional iaitu Cucur Badak, Kuih Cara Berlauk, Popia Bersira, Kuih Seri Muka, Kuih Talam Bingka Ubi, Kuih Talam Keladi dan Koleh Kacang.
- NOODLE STALL: Mee Goreng, Koay Teow Goreng, Mee Kari dan Mee Hun Sup Utara.
- PASTA STALL: Macaroni pasta, Fusili pasta, Marinara sauce dan Beef boloqnaise.
- GRILL STALL: Kambing bakar, Ayam Bakar, Roasted potatoes, Coselow, Black paper sauce, dan Mushroom sauce.
- GORENG-GORENG MAK NGAH: Keropok lekor goreng, Cucur bawang Cucur udang, Cili sauce.
- DESSERT & KUIH MELAYU: Cucur badak, Kuih cara berlauk Popia bersira, Kuih seri muka Kuih talam bingka ubi, Kuih talam keladi, Koleh kacang.
- BUBUR: Bubur kacang hijau, Bubur pulut hitam, Bubur cacar.
Pilihan Minuman Dan Lain-Lain
Bahagian minuman pula menyediakan pilihan Air Balang Sejuk di Hati seperti Ice Lemon Tea , Air Sirap Selasih, Air Bandung, Air Jagung dan Air mangga. Manakala minuman panas juga ada seperti Teh Tarik dan Kopi O.
Paling menarik anda juga boleh cuba Cendol Santan Sawit yang sangat menyegarkan. Sambil bersembang, anda juga boleh menikmati snek-snek seperti Potato Stick, Chocolate Bear, Muruku Campuran, dan Mini Cookies.
Harga Pakej Perkahwinan yang Menarik
Kalau korang tengah plan nak kahwin, Grand Pacific Ballroom ni juga ada pakej lengkap perkahwinan. Termasuk ballroom, catering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system, emcee, dan koordinator event yang akan jaga majlis korang dengan penuh eksklusif.
Harga pakej bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu, dan RM51000 untuk 300 tetamu. Sempena "open day", korang boleh dapatkan diskaun sehingga 10K untuk pakej pilihan. Terdapat dua pilihan konsep catering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej adalah bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu dan RM51000 untuk 300 tetamu secara hidang.
Harga pakej bermula dari:
- RM43,500 untuk 500 tetamu.
- RM51,000 untuk 300 tetamu dengan pilihan hidang
Tambahan, ballroom ini juga sesuai untuk semua jenis majlis termasuk korporat , perkahwinan, seminar dan apa jua majlis keraian. Hubungi dan tempah sekarang! Jadi, jangan tunggu lagi, nak tempah, boleh hubungi:
- Khairul: 016 8734032
- Adibah: 017 3201292
Untuk tempahan, layari https://khmwedding.com/grand-pacific-ballroom/
Kalau tak sure jalan, boleh guna Waze cari "buffet Ramadan 2024" atau follow Ig/FB di "buffet Ramadan 2024", "khmwedding", atau "mak ngah catering". TikTok pun ada, cari je "buffetramadhan".