Kurangkan Kesan Mudarat Golongan ‘Berasap’ Melalui Harm Reduction - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kurangkan Kesan Mudarat Golongan ‘Berasap’ Melalui Harm Reduction

Trending

Kurangkan Kesan Mudarat Golongan ‘Berasap’ Melalui Harm Reduction

Pendahuluan

Rokok adalah produk tembakau yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, dengan lebih daripada 1.1 bilion perokok dewasa. Walaupun kita sedar tentang bahayanya, masih banyak yang terus merokok atau terdedah kepada rokok. Oleh itu, penting untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya dan menggalakkan pilihan yang kurang berisiko. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kesedaran tentang bahaya rokok, nikotin, tar, dan pilihan alternatif yang kurang berbahaya jika mereka memilih untuk terus merokok.

Harm Reduction Awareness : Kesedaran Bahaya Rokok dan Pengurangan Mudarat

Paling baik adalah untuk seseorang perokok untuk berhenti merokok sepenuhnya. Tetapi bagi individu yang tidak mahu berhenti merokok, mereka berhak dan perlu mendapat maklumat yang tepat tentang apa yang menyebabkan rokok itu berbahaya dan alternatif bebas asap yang lebih baik daripada rokok. Meningkatkan kesedaran tentang bahaya rokok adalah langkah pertama dalam mengurangkan penggunaan rokok. Ini boleh dicapai melalui pendidikan dan penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Kurangkan Kesan Mudarat Golongan ‘Berasap’ Melalui Harm Reduction


Jadi, apa yang sebenarnya menyebabkan rokok itu berbahaya? Jawapannya adalah asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau.

Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley berkata asap rokok yang dibebaskan mengandungi lebih 6,000 jenis bahan kimia. Lebih daripada 100 telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, yang mana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok.

Tar pula adalah zat hitam hasil pembakaran tembakau dalam rokok, yang menjadi penyebab utama penyakit seperti kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kita perlu meningkatkan kesedaran tentang kehadiran tar dalam rokok untuk membantu individu mengenali bahaya yang terkandung dalam setiap hisapan rokok.

Ramai orang menganggap tar adalah bahan yang digunakan untuk membuat jalan. Sebaliknya, tar adalah satu istilah yang digunakan untuk pengukuran sisa yang dihasilkan selepas tembakau dibakar iaitu zarah-zarah dalam asap rokok. Justeru, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia tidak perlu diukur kerana ia bukan asas yang kukuh untuk pengawalseliaan, dan tahapnya boleh menyesatkan.

Salah faham mengenai nikotin

Paling popular, kekeliruan mengenai kandungan nikotin yang sering disalah anggap sebagai punca kepada penyakit berkaitan rokok. Memanglah Nikotin menyebabkan ketagihan, tetapi Nikotin juga terdapat dalam tumbuhan seperti kentang, tomato, dan terung. Nikotin menyebabkan pelepasan hormon Dopamin dalam otak, meningkatkan denyut jantung, dan tekanan darah.

ladang pokok tembakau

Nicotine


Harm Reduction

Jadi, nikotin bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan rokok. Banyak orang keliru tentang nikotin, di mana sebahagian besar 48% orang dewasa tidak tahu bahawa penyebab utama penyakit adalah bahan kimia berbahaya dalam asap, bukan nikotin.

"Bukan nikotin yang membunuh anda, tetapi semua bahan karsinogen yang terdapat dalam menyalakan tembakau dengan api." - Scott Gottlieb, Commissioner of the US Food & Drug Administration (Wawancara di CNBC, 24 Ogos 2017).

Kesimpulannya, penyakit berkaitan gejala merokok sebenarnya bukanlah disebabkan nikotin atau tembakau, tetapi ia berpunca daripada asap rokok itu sendiri. Justeru, muncullah produk alternatif dimana proses pembakaran dihapuskan sama sekali bagi seseorang perokok yang enggan mahu berhenti merokok. Produk alternatif ini adalah seperti produk pemanasan tembakau (HTP), e-rokok, snus, etc.

Produk alternatif rokok


Kita ambil contoh di Jepun, produk tembakau dipanaskan (HTP) telah berjaya mengurangkan penggunaan rokok tradisional dan dalam tempoh beberapa tahun, penjualan rokok telah merosot dengan ketara dan majoriti pengguna HTP tidak merokok lagi.

Sebelum pengenalan sistem pemanasan tembakau (THS) pada tahun 2014, penjualan tembakau di Jepun mengalami penurunan sebanyak 1.8%, tetapi selepas pengenalan THS, kadar penurunan menjadi lebih ketara dan terdapat penurunan purata sebanyak 9.5% dalam penjualan rokok dari tahun 2015 hingga 2018 di Jepun.

Kesimpulan

Di sini, kita boleh simpulkan bahawa kesedaran bahaya rokok adalah kunci untuk mengurangkan penggunaan tembakau.

Bagi perokok dewasa, berhenti dari merokok semestinya adalah pilihan terbaik, pun begitu alternatif bebas asap juga boleh menjadi penyelesaian yang lebih selamat berbanding rokok tradisional kepada anda. Dengan maklumat yang tepat, kita boleh membantu masyarakat menjadi lebih sihat dan terlindungi daripada bahaya daripada asap rokok.

harm reduction cigarettes, Tobacco harm reduction, pengurangan kemudaratan rokok, pengurangan kemudaratan tembakau, apa itu nikotin, bahaya rokok, nikotin rokok, kesan nikotin,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post