Cryptocurrency: Apa Itu Mata Wang Kripto? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cryptocurrency: Apa Itu Mata Wang Kripto?

Trending

Cryptocurrency: Apa Itu Mata Wang Kripto?

Pendahuluan

Mata wang kripto, atau lebih dikenali sebagai cryptocurrency, merupakan bentuk mata wang digital yang yang digunakan sebagai medium transaksi. Ianya menggunakan teknologi kriptografi dan beroperasi di atas teknologi blockchain dan semakin popular dalam ekonomi digital global.

Cryptocurrency: Apa Itu Mata Wang Kripto?


Apa Itu Cryptocurrency? Apa Itu Mata Wang Kripto?

Cryptocurrency merupakan bentuk mata wang digital yang digunakan sebagai medium transaksi dan bergantung kepada teknologi blockchain. Konsep kripto ini mirip dengan mata wang konvensional, tetapi tidak wujud dalam bentuk fizikal seperti wang kertas dan syiling. Ia tidak terikat kepada kuasa pusat seperti Bank Negara yang mengawal dan memantau semua urusan mengenai duit, kredit kad, skor CCRIS, skor CTOS dan sebagainya. Kripto beroperasi di luar perbankan tradisional, bergantung kepada blockchain dan teknologi kriptografi.

Blockchain Asas Teknologi Cryptocurrency

Blockchain adalah tulang belakang bagi mata wang kripto. Ia merupakan rangkaian blok yang mengandungi maklumat transaksi dan dibina secara berterusan. Setiap blok dalam blockchain menyimpan rekod transaksi dan mempunyai hubungan kriptografik dengan blok sebelumnya dan selepasnya. Ini menjadikan blockchain terdesentralisasi, tidak dikawal oleh satu entiti tunggal dan menjadikannya sukar untuk diubah atau dimanipulasi.

Cryptocurrency: Apa Itu Mata Wang Kripto?


Maksud Blockchain dan Cryptography

Apa Itu Blockchain?

Semua urus niaga matawang kripto disimpan dalam lejar awam (open ledger ) yang terpencil dan digital yang dipanggil Blockchain yang akan merekod semua transaksi di antara pelabur-pelabur. Dengan kata lain, blockchain merupakan satu bentuk penyimpanan rekod digital yang memaparkan lejar transaksi yang kekal dan tidak boleh diubah-ubah atau dimanipulasi.

Apa itu Kriptografi?

Kriptografi menggunakan kod matematik untuk menyimpan rahsia maklumat. Maksud perkataan kriptografi itu sendiri bermakna “tulisan rahsia”. Cryptography merupakan satu kaedah yang melindungi maklumat dan komunikasi melalui penggunaan kod. Dengan kaedah ini, hanya pihak pemberi dan penerima sahaja yang boleh baca dan faham kod yang disampaikan. Teknik kriptografi memastikan aktiviti transaksi di antara pelabur kripto kekal selamat dan tersembunyi. Teknik ini dikatakan lebih selamat dan transparent.

“Mata wang kripto ialah satu “aset” digital yang tidak zahir tetapi dianggap mempunyai nilai. Nilainya boleh dialih (transfer), diagih (distribute) dan ditukar (exchange) di mana pemindahannya adalah secara terus (peer-to-peer) tanpa melalui pihak ketiga (contohnya bank)”.

Contoh Cryptocurrency dan Fungsi Utama

Bitcoin adalah matawang Kripto yang asal, paling mahal dan paling terkenal tetapi kini terdapat 1000 kripto mata wang berdasarkan teknologi yang sama.

Cryptocurrency: Apa Itu Mata Wang Kripto?


1. Bitcoin (BTC): Bitcoin merupakan wang elektronik yang dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto. Sebagai mata wang kripto pertama paling terkenal, Ia digunakan untuk pembayaran dan pelaburan, dan nilai pasarnya sangat dipantau di seluruh dunia. Setakat ini, permodalan pasaran Bitcoin kekal jauh dan lebih tinggi daripada alternatif yang terdekat Ethereum (ETH)

2. Ethereum (ETH): Ethereum merupakan sebuah projek besar yang dimulai oleh Vitalik Buterin pada tahun 2013 yang diedarkan pada tahun 2015. Matawang ini dipanggil Ether. Ether ialah apa yang diperdagangkan tetapi sering disebut sebagai Ethereum. Perbezaan utama antara Ethereum dan Bitcoin adalah fungsi rangkaian.

3. Ripple (XRP): Ripple atau mata wang kripto XRP tidqak menggunakan teknologi blockchain. Koin XRP direka untuk menyelesaikan masalah ini dengan membolehkan anda menghantar wang dalam jumlah yang besar dengan selamat dan cepat dengan kos yang sangat rendah.

4. Litecoin (LTC): Dicipta sebagai versi ringan Bitcoin, Litecoin memberikan kelajuan pemprosesan transaksi yang lebih pantas.

5. Cardano (ADA): Mengutamakan keamanan dan desentralisasi, Cardano memberi tumpuan kepada penyelidikan saintifik dan pendekatan akademik dalam pembangunan blockchain.

6. Bitcoin Cash (BCH) : Wang tunai Bitcoin adalah 'besi keras' Bitcoin Classic yang terkenal (Bitcoin asal). Besi yang keras mencipta mata wang baru berdasarkan teknologi Bitcoin yang sedia ada. Alasan utama untuk membuatnya adalah menambah skalabiliti. Perubahan terbesar adalah disebabkan meningkatkan saiz blok untuk membolehkan pemprosesan lebih banyak transaksi sesaat (iaitu lebih cepat).

7. EOS (EOS) : EOS adalah matawang kripto asli protokol blockchain EOS.IO yang dilancarkan pada 2017. Tujuannya adalah untuk beroperasi sebagai platform kontrak pintar dan sistem operasi yang terdesentralisasi untuk menjadi tuan rumah aplikasi yang terdesentralisasi dan menawarkan storan terdesentralisasi.

Kelebihan dan Risiko Cryptocurrency

Kelebihan Cryptocurrency

  1. Terdesentralisasi: Cryptocurrency tidak dikawal oleh satu pihak atau kerajaan. Ia bebas dari kawalan pusat. Ini bermakna tiada campur tangan daripada kerajaan atau pengaruh daripada dasar monetari.
  2. Anonimiti: Beberapa mata wang kripto memberikan privasi tinggi kepada pengguna. Transaksi boleh dilakukan tanpa mendedahkan terlalu banyak butiran peribadi.
  3. Transaksi Pantas: Anda boleh membuat transaksi dengan pantas kerana tidak perlu melibatkan pihak ketiga seperti bank. Ia mempercepatkan proses pembayaran.
  4. Privasi : Urus niaga mata wang kripto dapat dijalankan adalah tanpa mendedahkan identiti. Ini merupakan satu berita baik bagi pengguna yang mahukan privasi.
  5. Telus : Walaupun identiti anda dirahsiakan semasa transaksi, data akan direkodkan pada lejar awam yang menggunakan teknologi blockchain. Ini bermakna data adalah telus dan boleh dilihat oleh orang ramai pada bila-bila masa.
  6. Berpotensi Beri Keuntungan: Melabur dalam kripto sememangnya mempunyai risiko yang tinggi tetapi ia mampu menjana pulangan yang tinggi. Contohnya, pada tahun 2021, nilai Bitcoin meningkat sehingga lebih dua kali ganda.

Risiko Cryptocurrency

  1. Volatiliti Tinggi/Pelaburan Tidak Menentu: Harga mata wang kripto boleh berubah-ubah dengan cepat. Ini bermakna nilai wang kripto mungkin melonjak atau merudum dalam masa yang singkat.
  2. Kelemahan Keselamatan: Risiko kehilangan wang wujud akibat serangan siber atau masalah keselamatan lain. Keamanan mata wang kripto perlu dipertimbangkan dengan serius.
  3. Regulasi: Cryptocurrency masih belum mendapat pengiktirafan dan peraturan yang kukuh daripada pihak berkuasa. Hal ini boleh memberi kesan kepada cara cryptocurrency beroperasi dan diiktiraf dalam sistem kewangan global.
  4. Terdedah kepada Crypto Scam: Terdedah kepada scam, sindiket penipuan aktif di dalam industri.
  5. Tidak Ada Pusat Kawalan: Pasaran mata wang kripto tidak dikawal dan tiada peraturan atau polisi yang ditetapkan untuk melindungi anda. Sekiranya, kebanyakan syarikat atau ramai pengguna beralih kepada mata wang kripto baharu daripada anda atau berhenti menggunakan mata wang digital sepenuhnya, mata wang kripto anda akan jadi tidak bernilai.

Cryptocurrency: Apa Itu Mata Wang Kripto?


Hukum Mata Wang Kripto : Crypto Halal atau Haram?

Terdapat beberapa pandangan fikah samada oleh individu atau institusi terhadap hukum mata wang kripto. Ada yang membenarkannya dan ada juga yang sebaliknya. Namun di Malaysia, pandangan rasmi belum lagi dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwajib.

Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan (MKI)

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah membincangkan mengenai Mata Wang Kripto (Cryptocurrency): Satu Analisa Syarak dan bersetuju memutuskan bahawa harus untuk menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran (medium of payment), pemindahan wang (remittance) dan aset simpanan sekiranya memenuhi parameter-parameter di bawah:

https://ciri.islam.gov.my/_msys/files/jurnal/16728_Kajian%20Crypto_Interactive.pdf

Masa Depan Cryptocurrency

Walaupun terdapat risiko, mata wang kripto terus berkembang sebagai alternatif kepada sistem kewangan konvensional. Keupayaan untuk menyertai pasaran global, pemindahan wang pantas, dan potensi pulangan pelaburan tinggi menjadikannya pilihan yang menarik bagi ramai. Bagaimanapun, penting untuk membuat keputusan pelaburan berdasarkan pengetahuan yang baik dan kesedaran terhadap risiko yang mungkin terlibat.

keburukan mata wang kripto, hukum mata wang kripto, mata wang kripto di malaysia, maksud cryptocurrency, crypto halal atau haram, Cryptocurrency, Mata Wang Kripto, Apa itu Cryptocurrency, Apa Itu Mata Wang Kripto, Blockchain, Ciri-ciri Cryptocurrency, Contoh Cryptocurrency, Kelebihan dan Risiko Cryptocurrency,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post