Resepi Pak Choy : 6 Resepi Mudah Sayur Pak Choy - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Pak Choy : 6 Resepi Mudah Sayur Pak Choy

Trending

Resepi Pak Choy : 6 Resepi Mudah Sayur Pak Choy

Resepi Mudah Sayur Pak Choy merupakan panduan buat korang semua yang ingin menikmati hidangan sayur yang lazat dan berkhasiat. Dengan pelbagai resepi mudah, anda boleh mencuba pelbagai cara untuk memasukkan sayur Pak Choy ke dalam hidangan harian anda. Dari sup hingga tumisan, setiap resepi memberikan kombinasi rasa yang unik dan pasti memukau selera anda.

Resepi Mudah Sayur Pak Choy


Sup Pak Choy Telur

Sup Pak Choy Telur ialah hidangan sayur yang senang dan sedap. Ia ada sayur pak choy dan telur yang kaya protein. Sup ini sesuai sebagai hidangan pembuka atau hidangan utama yang lazat dan mudah disediakan.

Pak Choy Resepi

Bahan-bahan:
2 pokok sayur pak choy (dileraikan sehelai-sehelai)
2 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
400 ml air
1 biji telur ayam
Secukupnya garam
Secubit serbuk perasa

Cara memasak:
1. Didihkan air. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan sayur pak choy. Hakak masukkan bahagian batang sayur dahulu selepas tu baru dimasukkan sayurnya.
3. Masukkan telur yang telah dikocakkan. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Kacau sebati dan renehkan seketika. Tutup api.

Sup Pak Choy Telur adalah pilihan yang tepat untuk hidangan segera dan berkhasiat. Dengan kombinasi rasa yang seimbang, sup ini pasti memuaskan selera anda.

Park Choy Goreng Cendawan Shitake

Park Choy Goreng Cendawan Shitake ialah hidangan sayur yang lazat dengan parkchoy yang renyah dan cendawan shitake yang sedap. Sos tiram dan kicap memberikan cita rasa yang kaya dan memuaskan.

Pak Choy Resepi


Bahan-bahan:
2 ikat park choy
50 g cendawan shitake
5 ulas bawang putih yang dicincang halus
2 biji cili merah dihiris halus
1 sdm kicap cair
2 sdm sos tiram
1/2 cawan air bancuhan tepung jagung

Cara memasak:
1. Celur parkchoy dan cendawan shitake dalam air yang mendidih yang diletak garam
2. Panaskan minyak, kemudia tumis bawang putih dan cili merah
3. Kemudian masukkan cendawan shitake, parkchoy, kicap cair, dan sos tiram.
4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan. Kacau sampai masak.

Park Choy Goreng Cendawan Shitake pilihan yang menarik untuk hidangan sayur dengan citarasa Asia atau sentuhan oriental.


Sayur Pak Choy & Kobis Tumis

Sayur Pak Choy & Kobis Tumis adalah hidangan sayuran yang menggabungkan keanekaragaman rasa dan tekstur. Dengan campuran sayuran, tauhu lembut, dan kuah bilis, hidangan ini menawarkan pengalaman makan yang memuaskan.

Pak Choy Resepi

Bahan-bahan:
3 batang pakchoy
2 cawan kobis - potong halus
1/2 biji bawang besar- hiris halus
3 ulas bawang putih- hiris halus
3 biji cili padi-ketuk
1 biji cili merah- potong serong
1 tauhu lembut- potong 4
1 kiub bilis
1/4 cawan serbuk bilis/ bilis tumbuk kasar
3 cawan air/ secukupnya
secukup rasa garam
Minyak masak untuk menumis

Cara memasak:
1. Sediakan bahan-bahan.
2. Panaskan minyak.Tumis bawang besar,bawang putih dan cili padi sehingga wangi.
3. Masukkan air, kiub bilis, serbuk bilis dan biarkan mendidih
4. Kemudian masukkan kubis, tauhu, pakchoy dan cili merah. Biarkan mendidih sekejap. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Steam Pak Choy with Oyster Sauce

Steam Pak Choy with Oyster Sauce ialah hidangan yang simple tapi sedap. Pak choy dikukus dengan sos tiram, untuk mendapatkan visual yang menarik, berikan taburan bawang goreng.
 
Pak Choy Resepi


Bahan-bahan:
3 pokok pak choy (dicarik dari perdunya)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 biji cili padi (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar air
1 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
Sedikit bawang goreng

Cara memasak:
1. Kukus / stimkan pak choy dalam 3-5 minit.
2. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. 
3. Masukkan sos tiram dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Tuangkan kuah atas pak choy stim tadi.
5. Taburkan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Baca juga > Resepi Sawi Jepun Sos Tiram

Sup Pak Choy, Cendawan Putih dan Telur

Sup Pak Choy, Cendawan Putih, dan Telur ialah hidangan yang menggabungkan rasa sayur, cendawan, dan telur. Saus lada hitam memberikan sentuhan pedas yang lazat.

Resepi Sayur Pak Choy

Bahan:
1 peket pak choy
1/2 batang carrot
1 peket cendawan putih/lain2 cendawan
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 ulas bawang merah (hiris)
2 hiris halia
1 sudu teh KFC serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam
secukupnya Garam, perasa
secukupnya Air

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan hirisan halia bersama serbuk lada hitam sampai kekuningan.
2. Kecilkan api dapur. Masukkan air dan carrot. Perasakan. Pecah telur dalam mangkuk, tuangkan ke dalam kuah. Biar mereneh seketika dan telur mengeras elok.
3. Masukkan pak choy dan cendawan. Masak sekejap sahaja 1-2 minit. Tutup api.

Sup Bebola Pak Choy

Sup Bebola Pak Choy menggabungkan kelembutan bebola ikan dengan kelazatan sayur pak choy. Kuah yang gurih dan pedas sesuai untuk menghangatkan badan.

Resepi Pak Choy

Bahan-bahan:
2 pokok sayur pak choy (dipotong kecil)
1 mangkuk kecil fish cake + fish ball
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
3 cawan air
Secukupnya garam
1 sudu teh serbuk cukup rasa
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan fish cake / fish ball sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
2. Masukkan batang sayur pak choy terlebih dahulu dan air. Renehkan seketika.
3. Masukkan daun pak choy. Perasakan dengan serbuk cukup rasa dan garam. 
4. Tabur bawang goreng. Kacau sebati dan tutup api.

Dengan variasi resepi mudah dalam artikel ini, kini anda boleh menambahkan kepelbagaian kepada hidangan harian anda dengan mudah. Sayur Pak Choy bukan sahaja enak, tetapi juga kaya dengan nutrien penting untuk kesihatan. Selamat mencuba semua resepi-resepi ini!

Kredit images: Cookpad, Google.

Resepi Pak Choy Mudah Dimasak, Pak Choy Resepi, Resepi Mudah Sayur Pak Choy,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post