Ernie Zakri Dilantik Duta Ayuwan Skarf & Pelancaran Album Aura - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ernie Zakri Dilantik Duta Ayuwan Skarf & Pelancaran Album Aura

Trending

Ernie Zakri Dilantik Duta Ayuwan Skarf & Pelancaran Album Aura

Pada 3 November 2023, Ayuwan mengumumkan usaha samanya dalam melantik penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri sebagai duta jenama rasminya. Pelancaran album baharu Ernie Zakri yang berjudul “AURA” turut dilancarkan dalam majlis yang sama.

Ernie Zakri Dilantik Duta Ayuwan Skarf & Pelancaran Album Aura


Fesyen Muslimah yang Sofistikated

Ayuwan, jenama tudung dan skarf tempatan dengan dedikasinya membawa fesyen Muslimah tempatan ke tahap yang lebih tinggi melalui koleksi terbarunya. Lantas, melayangkan era baharu buat jenama dengan mempertaruhkan himpunan rekaan yang sofistikated dalam memperkasakan fesyen Muslimah tempatan.

Penyerahan Gelaran Duta Jenama Ayuwan kepada Ernie Zakri

Momen puncak acara adalah apabila Ernie Zakri diumumkan sebagai duta jenama rasmi Ayuwan. Penyanyi bersuara emas ini menandatangani sebuah plak khas yang dihiasi dengan gambar dirinya yang tampil menggayakan skarf menawan kreasi kreatif Ayuwan.

Ernie Zakri Dilantik Duta Ayuwan Skarf & Pelancaran Album Aura


Kolaborasi bersama Ernie Zakri menjadi detik bersejarah bagi Ayuwan, lalu membuka peluang buat pangkalan pelanggan yang lebih meluas dan pelbagai. Kehadiran Ernie mewarnai lapangan seni hiburan tempatan, merangkumi intipati komitmen Ayuwan yang mengutamakan keanggunan, keperibadian, serta kecantikan abadi. Berkarisma lagi bersopan- santun menjadikannya pilihan ideal sebagai wajah Ayuwan.

Gaya peribadinya ditambah pula dengan cara penataan skarf yang tersendiri, imej Ernie Zakri selari dengan barisan produk Ayuwan. Dengan kehadiran Ernie Zakri, Ayuwan teruja untuk meneroka lalu melaksanakan koleksi eksklusif yang menggabungkan gaya penghibur terkemuka itu. Kolaborasi ini bakal menawarkan pelanggan Ayuwan akses kepada pengalaman fesyen yang benar-benar unik dengan rekaan yang mengikuti trend semasa.

“Saya sangat gembira dalam masa yang sama juga teruja. Ayuwan mencerminkan minat saya dalam fesyen dan membolehkan saya berkongsi gaya peribadi serta kreativiti saya dalam menggayakan tudung. Saya juga bakal mengongsi cara penggayaan yang saya gemari secara peribadi dengan peminat dalam masa ke semasa. Jadi, tunggu akan tutorial saya,” kata Ernie Zakri.

 

Pelancaraan Album Aura Ernie Zakri

Mengambil lokasi di Sunway Putra Mall, peminat Ernie Zakri berhimpun bagi menyaksikan pengumuman usaha sama serta pelancaran album baharunya, Aura. Ernie turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baharunya secara langsung buat pertama kalinya. Baca juga Lirik lagu Ernie Zakri Astana.

Ernie Zakri Dilantik Duta Ayuwan Skarf & Pelancaran Album Aura



Acara juga diteruskan dengan pementasan peragaan himpunan skarf Ayuwan termasuklah koleksi Desa, Spora, Pancawarna, Birai dan Gemala.

Terokai Dunia Ayuwan

Bagi mereka yang ingin menyelami lebih dalam dunia Ayuwan yang anggun dan bergaya, terdapat koleksi eksklusif dan terkini di laman web www.ayuwan.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman fesyen yang unik dan memikat bersama Ayuwan dan Ernie Zakri.

Ernie Zakri Duta Ayuwan Skarf, Album Aura Ernie Zakri, Lagu Baru Ernie Zakri, Album Baru Ernie Zakri, Ernie Zakri Bertudung, Ayuwan Skarf,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post