Negeri Selangor, sebuah negeri di Malaysia yang terkenal dengan keindahan alam
semula jadi, menawarkan pelbagai khazanah tersembunyi. Dengan pelbagai kawasan
untuk mendaki, pengunjung berpeluang menyaksikan keindahan eko pelancongan di
Negeri ini. Sempena Sambutan
hari Geodiversiti, kami menjemput anda untuk menerokai 6 kawasan untuk aktiviti mendaki yang
terbaik di Selangor yang telah diluluskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri
Selangor.
Laluan ini menjanjikan pengalaman mendaki yang tidak dapat dilupakan dengan
keindahan geologi dan landskap yang subur.
Gunung Nuang Hulu Langat
Hulu Langat, yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, menyimpan
banyak permata tersembunyi untuk dinikmati oleh para pelancong yang ingin
melarikan diri dari kesibukan bandar. Berketinggian kira-kira 1,439 meter,
Gunung Nuang adalah puncak yang tertinggi di Negeri Selangor. Gunung ini
merupakan antara tapak pendakian yang digemari oleh ramai pendaki dan antara
salah satu geotapak di bawah Gombak Hulu Langat Geopark. Perjalanan mendaki
Gunung Nuang akan membawa anda melalui hutan yang subur, air terjun dan
pelbagai kehidupan flora dan fauna.
Bukit Kutu Hulu Selangor
Bukit Kutu merupakan sebuah kawasan yang bersejarah dengan laluan mendaki
sepanjang 6.5 km. Laluan Bukit Kutu akan membawa anda melalui pelbagai hutan
tebal dan juga laluan sungai. Aktiviti pendakian di sini akan memakan masa
selama 2 hingga 3 jam untuk sampai ke puncak yang setinggi 1053 meter. Antara
keunikan Bukit Kutu ialah runtuhan peninggalan stesen pemantauan tentera
British yang pernah wujud di atas bukit ini, mengimbau kembali sejarah dan
masa lalu Negeri Selangor. Dari puncak Bukit Kutu, anda boleh menikmati
pemandangan bukit, hutan dan lembah di sekitarnya. Kepada semua pendaki yang
merancang untuk mendaki di Bukit Kutu, sila dapatkan permit dari Pejabat Hutan
Daerah.
Bukit Batu Pahat Hulu Selangor
Terletak berhampiran dengan Kuala Kubu Bharu, Bukit Batu Pahat ialah kawasan
pendakian yang popular di Hulu
Selangor
dan tidak memerlukan permit atau bayaran, dengan kawasan parkir yang tersedia
di Taman Tasik Millenium untuk pengembara. Berketinggian 426 meter dari paras
laut, secara purata ia mengambil masa 1- 2 jam untuk sampai ke puncak. Bukan
sahaja tempat mendaki ini sangat digemari dalam kalangan pendaki, tetapi ia
juga merupakan tempat berlepas untuk aktiviti paragliding. Anda berpeluang
untuk menyaksikan sebilangan paraglider melakukan aktiviti paragliding di
puncak Bukit Batu Pahat. Mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti
paragliding di Bukit Batu Pahat boleh membuat tempahan melalui Taman
Paragliding KKB (CloudBase).
Baca juga Kedai Makan Sedap Near Me di Selangor.
Bukit Jugra Kuala Langat
Pada tahun 1800-an, Bukit Jugra merupakan Ibu Kota Diraja Negeri Selangor
dan ianya kekal menjadi tempat yang dikunjungi ramai hingga ke hari ini.
Bukit Jugra yang berketinggian kira-kira 3.7 kilometer, ini ialah salah satu
laluan mendaki yang agak mencabar untuk pendaki yang kurang mahir. Kawasan
di sekitar Bukit Jugra juga dikelilingi dengan Hutan Simpan kekal. Dari
rumah api, anda juga boleh melihat Selat Melaka. Untuk para pendaki yang
ingin mendaki di sini, anda dinasihatkan untuk memulakan aktiviti pendakian
berhampiran dengan Masjid Al-Muttaqin di Kampung Permatang Pasir. Aktiviti
mendaki di sini mengambil masa kira-kira 1 hingga 1.5 jam untuk sampai ke
puncak bukit. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui peninggalan
sejarah di Bukit Jugra, anda juga boleh berkunjung ke Istana Bandar Jugra,
Muzium Insitu Jugra dan Masjid Sultan Alaeddin.
Bukit Broga Hulu Langat
Mengambil masa 1 jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Bukit Broga ialah tapak
pendakian yang digemari oleh para pendaki dan merupakan tempat yang sesuai
dikunjungi untuk aktiviti bersama rakan-rakan dan keluarga. Para pendaki
boleh menikmati pemandangan yang indah dari puncak Bukit Broga yang setinggi
400 meter. Dikelilingi oleh rumput-rumput menghijau yang panjang, kebanyak
pendaki yang mendaki di sini akan memulakan aktiviti pendakian di awal pagi
untuk menyaksikan matahari terbit di puncak Broga.
Taman Eko Rimba Kanching Gombak
Taman Eko Rimba Kanching adalah sebuah Hutan Lipur dengan air terjun yang
indah dan terletak di bawah Rawang Bypass. Dengan 7 air terjun bertingkat
dan dikelilingi hutan lipur berketinggian 208 meter, menjadikan kawasan
pendakian ini antara yang mencabar untuk para pendaki dengan laluan yang
curam dan licin. Terletak di kawasan pinggir bandar, destinasi pelancongan
yang popular ini dikendalikan oleh Tourism Selangor dengan bayaran masuk
dari RM 2 hingga RM 8 dan kawasan meletakkan kenderaan dengan harga RM 5
dikenakan kepada pengunjung.
Selaras dengan tema Sambutan Hari Geodiversiti tahun ini, “Geodiversiti
Untuk Semua”, tarikan pelancongan di negeri ini sentiasa dilindungi untuk
penjagaan alam sekitar yang lebih mampan dan untuk kebaikan masyarakat yang
hidup di sekitar.
Gombak Hulu Langat Geopark telah lama dibangunkan sejak tahun 2019 bagi
melindungi khazanah alam yang ada di Negeri Selangor demi kelestarian alam
semula jadi, di mana alam semula jadi juga mencerminkan budaya dan sejarah
warisan, kerana kelestarian alam sekitar bukan sahaja memberi manfaat kepada
alam semula jadi malah kepada tinggalan sejarah dan budaya.
Tempat hiking di selangor untuk aktiviti mendaki map, tempat hiking untuk beginner, hiking di selangor yang boleh mandi, tempat hiking di kl dan selangor, tempat hiking di malaysia, tempat hiking di klang, tempat hiking di shah alam,
Tags:
Tempat Hiking di KL dan Selangor
Tempat Hiking di Klang
Tempat Hiking di Malaysia
Tempat Hiking di Selangor
Tempat Hiking di Shah Alam
Tempat Hiking Untuk Beginner
Travel