Kari Ayam merupakan antara hidangan yang cukup popular dalam kalangan rakyat
Malaysia dan merupakan hidangan yang terkenal di banyak negara seperti India,
Pakistan, Filipina, Thailand, dan Jamaica. Walaupun hakikatnya kari ini
bukanlah berasal dari tanah Melayu namun ramai dalam kalangan kita yang
menggemari lauk kari ayam ini.
Setiap individu mempunyai cara memasak kari ayam yang berbeza, tetapi asasnya
adalah ayam dan kuah kari yang pekat. Namun begitu, tidak ramai tahu cara yang
betul untuk masak kari ayam ini. Ada yang sudah berkali-kali cuba
menyediakannya namun rasanya kurang enak. Ikuti lebih lanjut untuk ketahui
petua masak
kari ayam sedap
dan tip masak kari ayam terlajak sedap!
Petua Masak Kari Ayam Terlajak Sedap
1. Pastikan ayam di basuh dengan cara betul dan betul-betul bersih
- Campur ayam mentah yang dicuci dengan sedikit serbuk kunyit, garam dan asam jawa.
- Basuh banyak kali sampai bersih sampai hilang hanyir ayam.
2. Kuantiti Minyak
- Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja.
- Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan.
- Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
3. Hirisan Bawang
- Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja ke semua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza.
- Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis.
- Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
4. Teknik tumis rempah yang betul
- Campur serbuk kari dengan serbuk cili dan serbuk kunyit dan digiling atau diblender bersama bawang, serai, cili merah masak, halia dan jintan manis.
- Tuang sedikit air panas dalam blender tersebut. Pasti rasa masakan kari akan lebih sedap
- Tumis serbuk kari sampai naik bau hingga pecah minyak.
- Oleh itu pastikan digoreng lama dan seelokkan hingga berumah warna tumisan menjadi gelap.
- Namun pastikan jangan hangus, oleh itu minyak perlu lebih ketika menggoreng serbuk kari ini.
5. Halba Campur
- Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari.
- Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
6. Santan segar
- Mendapatkan rasa yang semulajadi, sebaiknya gunakan santan segar untuk memberi rasa yang lebih enak.
- Asingkan terlebih dahulu antara pati santan dan santan cair.
- Apabila ingin masukkan santan ke dalam masakan, ambil yang pekat terlebih dahulu dan apabila mendidih masukkan ikan atau udang dan sebagainya dan biarkan seketika sebelum ditambah santan cair untuk menambahkan kuantiti kuah. Cara ini menjadikan kuah kari lebih berlemak dan sedap.
Source:
Bengali Chicken Curry
Recipe
7. Asam Jawa
- Tanpa asam jawa dalam masakan kari akan kurang rasanya. Oleh itu buatkan air asam yang pekat di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
- Pastikan tidak dimasukkan biji asam untuk pastikan ketika makan kari tidak pula tergigit biji asam yang keras.
8. Kacau Sentiasa
- Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih.
- Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan tekstur kuah juga lebih elok.
9. Tambahkan Sayuran
- Walaupun memasukkan sayur seperti bendi, tomato, kentang, lobak atau sebagainya tidak terlalu penting namun adanya sayuran tersebut menjadikan hidangan kari ini lebih lengkap dan sempurna.
Resepi Kari Ayam Sedap Dan Mudah
Kari Ayam juga adalah hidangan yang lengkap kerana ia mengandungi protein
daripada ayam. Kuahnya juga dibuat dengan herba dan rempah ratus, yang
tinggi dengan zat mineral baik untuk kesihatan badan. Sesetengah individu
juga suka menambahkan ubi kentang atau sayur lobak merah di dalam hidangan
kari ayam. Sangat enak bila kari ini dimakan bersama-sama dengan nasi putih,
pulut kuning,roti putih atau pun roti canai.
Source:
Recipe Chicken Curry
Bahan-bahan:
2 sudu besar Minyak masak
1 batang Serai, diketuk
1 tangkai Daun kari
1 kecil Kulit kayu manis
1 kecil Bunga lawang
4 sudu besar Serbuk kari ayam, dicampur dengan sedikit air
500 g Ayam, di potong kecil
1 cawan Air
200 g / 1 biji Kentang, di buang kulit dan potong kecil
1 kecil Asam keping
4 sudu besar Susu sejat
Bahan-bahan A: kisar halus
2-3 biji Bawang merah
2 biji Bawang putih
¼ size ibu jari Halia
Bahan-bahan B: bahan perasa
¼ sudu kecil Gula
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/3 sudu kecil Garam
Cara Menyediakan Kari Ayam
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumis serai, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
- Masukkan bahan kisar (A), kacau sebentar.
- Masukkan campuran serbuk kari dan masak beberapa minit sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan kacau rata.
- Masukkan air dan kentang, biarkan didih. Apabila sudah mendidih, masukkan asam keping dan bahan perasa (B).
- Masak sehingga kentang empuk, dan tuangkan susu sejat.
- Biarkan mendidih sekali lagi dan sedia dihidang.
Selamat mencuba membuat kari ayam yang lazat! Sesuaikan rempah-ratus sesuai selera anda dań mangan lupa Ikuti petua dań tips untuk menyediakan kari ayam yang sedap dan terbaik.
Tips Masak Kari Ayam Recipe, Resepi Kari Ayam Simple, Resepi Kari Ayam Tanpa
Santan, Cara Masak Kari Ayam Santan, Resepi Kari Ayam Mamak, Petua Masak Kari
Ayam,
Tags:
Cara Masak Kari Ayam Santan
Petua Masak Kari Ayam
Recipes
Resepi Kari Ayam Mamak
Resepi Kari Ayam Simple
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan
Tips Masak Kari Ayam Recipe