Tempe sering digunakan dalam pelbagai hidangan, termasuk gorengan, sup, atau
sebagai bahan dalam hidangan berkuah. Rasa gurih dan tekstur rangup tempe
menjadikannya pilihan yang serbaguna dalam pelbagai resepi. Tempe adalah
sebahagian daripada warisan kuliner yang kaya dan menyumbang kepada pelbagai
hidangan enak di seluruh Malaysia. Asalnya Kak Bell nak buat tempe goreng
sambal jawa. Kaedahnya bahan-bahannya tak cukup pulak. Jadi buat
sambal tempe ikan bilis
biasa ajelah. Ini pun konpem sedap juga!
Tempe: Makanan Tradisional dari Kedelai/Kacang Soya
Tempe adalah makanan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Asia
Tenggara, termasuk di Malaysia. Ia diperbuat daripada kacang soya/biji kedelai
yang telah direndam, direbus, dan difermentasikan oleh sejenis kulat tempe
(Rhizopus oligosporus).
Proses fermentasi
ini menghasilkan tekstur yang padat dan rasa yang unik. Tempe sering dianggap
sebagai sumber protein yang baik dan alternatif yang lazat untuk makanan
daging, menjadikannya popular di kalangan vegetarian dan vegan. Ia juga kaya
dengan nutrien seperti zat besi, kalsium, dan vitamin B, menjadikannya makanan
yang berkhasiat untuk kesihatan.
Bahan-bahan Resepi Tempe & Ikan Bilis Goreng Sambal
Bahan A
2 pek tempe
1 mangkuk/segenggam ikan bilis
15-20 cili kering atau cili kisar/ cili boh
Gula
Garam
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menumis
Bahan B (dikisar/tumbuk)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2) Gunakan minyak baki menggoreng tadi dan tumis semua bahan kisar * kak bell tumbuk kasar
3) Masukkan cili kering dan asam jawa, tumis sampai wangi dan sedikit kering *tak guna air asam jawa sebab dah ada air masa kisar cili kering
4) Masukkan gula dan garam sesuka rasa hati korang
5) Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.
2 pek tempe
1 mangkuk/segenggam ikan bilis
15-20 cili kering atau cili kisar/ cili boh
Gula
Garam
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menumis
Bahan B (dikisar/tumbuk)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara Buat Tempe & Ikan Bilis Goreng Sambal
1) Potong dadu atau hiris nipis tempe dan goreng garing. Goreng garing juga ikan bilis.2) Gunakan minyak baki menggoreng tadi dan tumis semua bahan kisar * kak bell tumbuk kasar
3) Masukkan cili kering dan asam jawa, tumis sampai wangi dan sedikit kering *tak guna air asam jawa sebab dah ada air masa kisar cili kering
4) Masukkan gula dan garam sesuka rasa hati korang
5) Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.
Tip Menggoreng Tempe Dengan Sempurna
- Pilih tempe berkualiti tinggi yang segar dan tidak berbau busuk.
- Potong tempe mengikut keinginan, lebih nipis lebih rangup.
- Pastikan minyak panas sebelum memasukkan tempe.
- Goreng tempe dalam batch kecil untuk memastikan kematangan yang merata.
- Jangan terlalu lama menggoreng, cukup hingga tempe goreng berwarna keemasan.
- Letakkan tempe yang baru digoreng di atas kertas minyak untuk menyerap lebihan minyak.
- Tambahkan garam secukup rasa untuk rasa yang lebih gurih.
Sumber: Google
Kebaikan Dan Manfaat Tempe
Tempe adalah makanan yang baik untuk kesihatan yang boleh membawa banyak manfaat dalam diet harian kita. Antara kebaikan dań manfaat tempe adalah seperti berikut:- Kaya Protein: Tempe mengandungi protein yang tinggi, baik untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.
- Serat Diet Tinggi: Serat dalam tempe membantu sistem pencernaan kita berfungsi dengan lancar dan elakkan masalah sembelit.
- Rendah Lemak: Tempe adalah sumber protein yang rendah lemak, jadi baik untuk yang ingin menjaga berat badan.
- Kaya Nutrien: Ia mengandungi zat besi, kalsium, magnesium, dan vitamin B yang baik untuk kesihatan.
- Indeks Glisemik Rendah: Makan tempe boleh membantu kawal gula darah kita.
- Probiotik Alami: Tempe nagus untuk perut, membantu dalam pencernaan dan juga baik untuk sistem imun ki
- Alternatif Vegan: Sumber protein yang baik untuk vegetarian dan vegan Bagi yang tidak makan daging.
- Antioksidan: Tempe mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh kita daripada kerosakan.
- Makanan Versatil: Tempe boleh dimasak dalam pelbagai cara yang mudah dan serasi untuk hidangan pelbagai jenis.
Siap! Memang terangkat uols. Percayalah kata Kak Bell. Makan dengan nasi
panas je pun dah ok. Dengan menggabungkan tempe dalam hidangan pasti
memuaskan selera. Selamat mencuba resepi
Tempe & Ikan Bilis Goreng Sambal
enak!
resepi sambal tempe basah, sambal tempe ikan bilis che nom, sambal tempe ikan bilis azie kitchen, sambal tempe azie kitchen, resepi sambal tempe ikan bilis, tempe goreng sambal, resepi Tempe & Ikan Bilis Goreng Sambal,
Tags:
Recipes
Resepi Sambal Tempe Basah
Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis
Tempe & Ikan Bilis Goreng Sambal
Tempe Goreng Sambal