Konsert Aina Abdul 3.0 : A Night With Aina Abdul 3.0 Sasar 10,000 Penonton - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Aina Abdul 3.0 : A Night With Aina Abdul 3.0 Sasar 10,000 Penonton

Trending

Konsert Aina Abdul 3.0 : A Night With Aina Abdul 3.0 Sasar 10,000 Penonton

Aina Abdul, seorang penyanyi yang telah mengukuhkan namanya dalam industri muzik Malaysia, akan menghadirkan Konsert Aina Abdul 3.0 yang berprestij di Axiata Arena Bukit Jalil pada 18 November ini. Konsert ANWAA 3.0 ini dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bersama Aina Abdul Entertainment (AAE), merupakan kemuncak kepada kejayaan dua siri konsert solo terdahulu, iaitu A Night With Aina Abdul dan A Night With Aina Abdul 2.0 yang telah diadakan di Istana Budaya.

Konsert Aina Abdul 3.0 : A Night With Aina Abdul 3.0 Sasar 10,000 Penonton

Sidang Media Aina Abdul 3.0 & Persembahan Busking di Star Hill KL

Dalam sidang media yang diadakan di Star Hill, Kuala Lumpur, penyanyi berusia 30 tahun itu telah tampil bersemangat dalam gaun labuh berwarna krim melintasi Pavillion KL ke perkarangan Star Hill, Kuala Lumpur bagi mengumumkan penganjuran konsert A Night With Aina Abdul 3.0.

Konsert Aina Abdul 3.0 : A Night With Aina Abdul 3.0 Sasar 10,000 Penonton


Tidak menghampakan peminat yang sabar menanti kemunculannya, Aina turut mendendangkan tiga buah lagi buat peminat iaitu Jangan Mati Rasa Itu, Fool dan Terus Hidup. Sementara itu, Aina turut mengejutkan peminat dengan kemunculan iklan bagi mempromosi konsertnya di papan billboard gergasi yang terletak di Pavilion.

Konsert Aina Abdul 3.0 ini bukan sahaja membuktikan kematangan seninya sebagai penyanyi, tetapi juga merupakan penghargaan kepada peminat setianya yang terus memberikan sokongan dan inspirasi dalam kerjaya seninya. Dalam usaha meneruskan tradisi kejayaan sebelum ini, Aina Abdul dan pasukannya telah merancang secara teliti untuk memastikan konsert ini menjadi salah satu yang paling mengagumkan dalam karier seninya.

Mengulas lanjut mengenai konsert ANWAA 3.0, Aina Abdul berkata, “Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan PRIHATIN bagi menganjurkan konsert solo berskala besar di lokasi yang cukup gah seumpama ini."
Sejujurnya, pengalaman membuat persembahan di Axiata Arena sewaktu AJL telah memberikan satu pengalaman memukau dan tidak boleh dilupakan sama sekali. Sebagai penyanyi, saya tentunya mempunyai impian untuk mengadakan konsert solo di sini. Kepercayaan yang diberikan ini sekaligus meletakkan penanda aras baharu dalam pencapaian rencana seni saya secara peribadi.

Dendangan 33 Buah Lagu Hits Selama Konsert 2 Jam Setengah

Aina Abdul bakal mempersembahkan rangkaian 33 buah lagu hits termasuk medley bertemakan gabungan genre moden serta irama klasik. Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam setengah ini akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew.

Oleh kerana konsert kali ini merupakan kesinambungan daripada dua konsert yang diadakan sebelum ini, saya sepasukan telah bekerja keras untuk membuat perancangan rapi bagi memastikan agar penganjuran kali ini adalah edisi yang terbaik pernah dianjurkan. Apa yang pasti, saya akan tampilkan konsep berbeza terutamanya daripada pelbagai aspek secara keseluruhan agar mampu memberi kepuasan yang tiada tolok bandingan kepada para peminat kelak, kata Aina.


Kolaborasi Strategik PRIHATIN dan AAE untuk Pendidikan Malaysia

Satu aspek yang membuat konsert ini lebih istimewa adalah kolaborasi strategik antara PRIHATIN dan AAE menerusi penganjuran bersama konsert ANWAA 3.0. Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Kasih PRIHATIN untuk membantu pelajar B40 dan asnaf di institut pengajian tinggi.

Datuk Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, mengungkapkan rasa gembiranya kerana program ini bukan sekadar komersial, tetapi juga mempromosikan konsep 'Berhibur Sambil Beramal'. Ini adalah langkah positif dalam memperkasakan pendidikan di Malaysia.

Tiket Konsert ANWAA 3.0 Mula Dijual 15 September 2023

Tiket untuk menyaksikan konsert ANWAA’ 3.0 akan mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.ainaabdul.my

Konsert Aina Abdul 3.0 : A Night With Aina Abdul 3.0 Sasar 10,000 Penonton


Dalam pada itu, penganjuran konsert ANWAA 3.0 ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital menerusi MyCreative Ventures serta turut diserikan dengan kehadiran B De Paris selaku Rakan Pengurusan Konsert, ERA & SINAR selaku Radio Rasmi, GEMPAK selaku Rakan Digital Rasmi dan ticket2u selaku Platform Jualan Tiket Rasmi.

Konsert Aina Abdul 3.0 akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh peminat dan penggemar seni muzik di Malaysia. Dengan jangkakan sasaran penonton sebanyak 10,000 orang, acara ini pasti akan menjadi penanda aras baru dalam dunia seni dan hiburan Malaysia.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post