Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Trending

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Hujung minggu baru-baru ini Kak Bell bercuti 2 hari setelah kepenatan bekerja 'straight' 5 hari. Biasa dalam seminggu mesti ada cuti longkang dan tidaklah penat sangat. Disebabkan sudah lama tidak berhujung minggu dan duduk melepak bersama kawan-kawan, jadi 2 hari tersebut Kak Bell pulun ke sana-ke sini berjalan dan tentunya lah pergi mengopi! Jom baca nak tengok apa menu menarik di Kenny Hills Bakers.

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Pada hari Sabtu Kak Bell menyinggah di Sunway Putra Mall nak melawat kedai 2 hengget yang baru dibuka iaitu NOKO. Bukan main ramai umat manusia kat NOKO sebab dah viral kan. Maklumlah rakyat Malaysia ni pantang viral, memang pasti diserbu. Disebabkan keadaan terlalu sesak dan berisiko so Kak Bell tak jadi masuk NOKO. Nanti bila reda baru kita pi ye.

Kebetulan pula ada Guardian buat sale, so beli apa yang patut. Kemudian sengaja cuci mata masuk ke Nichii dan Kitschen, terbeli lah pulak baju 3 helai dan seluar jeans 2 helai. Mana tidaknya sebab harga RM40 ke bawah aje. Biasa sehelai jeans dalam RM80 ke atas baru dapat. So, sebab murah Kak Bell beli. Tak mampulah ye beli yang mahal-mahal. Selepas melantak Ayam Penyet Best, terus gerak ke Nexus Bangsar South mengopi di Starbuck.

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City


Esoknya pula, masih lagi keluar berjalan makan nasi ayam Hainan di Plaza Damas, Hartamas kemudian mengopi di Kenny Hills Bakers Bukit Tunku. Siapa yang pernah datang ke sini pastinya jatuh hati dengan pastri atau kek kat sini. Cuma nak bagitahu entri ini bukan entri sponsored ye. Kalau ada tempat menarik dan best pasti Kak Bell akan kongsikan kat sini buat korang.

Cawangan Kenny Hills Bakers Near Me

Kenny Hills Bakers ini mula beroperasi kecil-kecilan bermula pada tahun 2014. Kini Kenny Hills Baker berkembang dengan adanya 7 cawangan sekitar Lembah Klang. Sebelum ini outlet terawal adalah terletak di Bukit Tunku, Desa Park City dan Ampang. Berikut adalah 7 Cawangan Kenny Hills Bakers:
  • Bukit Tunku
  • Ampang
  • Desa Park City
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
  • Bangsar Shopping Centre (Kiosk)
  • IOI City Mall
  • KL East Mall

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Kenny Hills Bakers Bukit Tunku

Disebabkan hendak mengopi dengan suasana cozy, nyaman dengan suasana hutan, so Kak Bell dan kawan-kawan plan minum kat outlet Bukit Tunku. Pada masa Kak Bell pergi haritu, kawasan jalan depan tu dalam proses renovasi, jadi agak sesak la sikit dan dapatkan parkir kereta. Lepas park kereta, nampak barisan panjang umat beratur. Aduhaiiii, full house! Jadi tak dapatlah Kak Bell nak merakam scenes and other cool pics kat outlet ni.

Kak Bell memang jenis yang malas menunggu semata-mata nak tunggu seat dengan keadaan orang yang ramai gile beratur, so terus plan ke outlet Desa Park City. Korang boleh makan kat dalam atau lepak kat outdoor seating. Kitaorang dining kat dalam sebab waktu tu hujan lebat.

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Kenny Hills Bakers Desa Parkcity


Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Status Halal Kenny Hills Bakers

Kenny Hills Bakers halal atau tidak? Untuk makluman, Kenny Hills Bakers menggunakan ramuan daripada pembekal yang disahkan halal. Masa Kak Bell edit semula artikel ni, ada terjumpa info meragukan tentang kesahihan jika Kenny Hills Bakers halal.

Namun, terdapat dua menu kek yang menggunakan alkohol sebagai ramuan dan telah dilabel dengan jelas untuk makluman pelanggan Muslim. Mohon pembaca semua rujuk semula status halalnya ya.

Kenny Hills Bakers Menu

Seawal 8 pagi, kafe ini sudah mula menyajikan aneka menu yang segar dan menyelerakan buat semua penggemar pastri serta hidangan citarasa fusion. Kenny Hills Bakers bukan saja menawarkan roti, malah variasi menu seperti gourmet sandwich, salad, nasi lemak, pasta serta pizza yang dibakar menggunakan kayu api turut menanti pelanggan.

Kafe ini juga cukup terkenal dengan Peach Strudelnya yang rapuh dan cair di mulut. Ramai yang sanggup datang dari jauh dan beratur untuk mencubanya!

Buat peminat organic bread and pastries atau kek (pakai organic flour), fresh bakes, pastinya setuju dengan kualiti hidangan di sini. Selain itu, piza pun ada. Jadi, semalam Kak Bell datang untuk cuba Peach Strudel yang laris di sini dan juga kek Tiramisu.

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Kek Tiramisu (RM15)


Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Peach strudel Kenny Hills price (RM18)

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
Cappucino (RM11), Latte (RM11), Mocha (RM13)

Di antara Peach Strudel dan Kek Tiramisu, Kak Bell lebih gemar Kek Tiramisu. Rasa dia memang tersangat sedap. Walaupun Kak Bell bukan peminat kekacang, terutamanya kalau dalam kek tapi untuk outside layer kek Tiramisu ni memang best gile! Kak Bell suggest korang semua cuba, confirm tidak mengecewakan dan korang nak lagi!

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City
The Hawaiian Pizza 8-inch (RM25)

Untuk piza pun ada macam-macam seperti MARGHERITA WITH BURRATA, AL FUNGHI, BEEF PEPPERONI, SMOKED SALMON, THE SICILIAN dan lain-lain. Untuk kali pertama ni, Kak Bell cuba The Hawaiian Pizza bersaiz 8 inci. Kalau rasa tak cukup, boleh order piza 12 inci. Piza di Kenny Hills Bakers ni pun not bad! Semua dimasak secara 'live' dalam wood fired oven. Boleh tengok sendiri products behind the scenes!

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City


Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Harga Kenny Hills Bakery Menu

Ni Kak Bell kongsikan diantara menu kek dan pastri with interesting recipes untuk korang semua cuba!

Kek
Black Forest Cake (3.5” round) - RM15
Burnt Cheesecake - RM15/slice
Chocolate Truffle Torte - RM15/slice
Crumble Cheesecake (3.5” round) - RM15
Orange Polenta Cake (gluten-free) - RM15/slice
Salted Caramel Apple Cheesecake - RM15/slice
Tiramisu Cake (3.5” round) *no alcohol - RM15

Pastry
Plain Croissant - RM7
Pain au Chocolat - RM8
Almond Croissant - RM9
Pain au Raisin - RM8
Cinnamon Danish - RM8
Scone (served with clotted cream and homemade strawberry jam) - RM8
Signature Egg Tart - RM7
Canelé - RM6
Chocolate Chip Cookies - RM6

Kenny Hills Bakers Order Online

Selain dining in, korang pun boleh take-away dan delivery. Yang mana nak lihat menu lain, buat tempahan dan nak dapatkan kenny hills bakers early updates on new products, boleh klik sini > https://order.kennyhillsbakers.com/ (kenny hill bakers delivery).

Kenny Hills Bakers : Jom Minum Petang Di Kenny Hills Bakers Desa Park City

Senarai Alamat Location Kenny Hills Bakers


Kenny Hills Bakers Bukit TunkuLot B-2, Taman Tunku,
Off Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur.
Hours: Every day 8am–10pm (8am-6pm during CMCO)
Phone:03-6206 4111
Reservation: Dinner from 7pm onwards every day.

Kenny Hills Bakers Desa Park City
GF-06 Waterfront,
5, Persiaran Residen Desa Park City,
52200 Kuala Lumpur.
Hours: Every day 8am–10pm
Phone:03-6419 5990
Reservation: All day for weekdays and 7pm onwards for weekends and Public holidays.

Kenny Hills Bakers Ampang
241-B, Lorong Nibong,
Off Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Hours: Every day 8am–10pm (8am-7pm during CMCO)
Phone: 03-4265 2020
Reservation: Dinner from 7pm onwards every day.

Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
The Greens Terrace, Lot G-2,
Jalan Wan Kadir 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Hours: 8am - 10pm daily
Phone Number: 03-2703 7030
Reservation: Dinner from 7pm onwards every day.

Bangsar Shopping Centre (Kiosk)
BSC Fine Foods, Bangsar Shopping Centre,
Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur.
Hours: 8am - 9pm daily
Phone Number: 017-2182320
No reservation is allowed as it is only a kiosk.

IOI City Mall
Lot GE217 & GE218, IOI City Mall Phase II,
Wilayah Persekutuan, City, Lbh IRC,
Ioi Resort, 62502 Putrajaya
Hours: 8am - 10pm daily
Phone Number: 03-8953 8985
Reservation: 7pm onwards on Mon-Thurs and
No reservations are allowed on Friday, Sat, Sun, and Public Holiday.

Banyak sebenarnya menu yang ditawarkan di Kenny Bakers Hill. Sampai rambang mata dibuatnya! Semuanya nampak sedap dan menarik untuk dicuba. Kalau korang nak try good food, sesambil lepak minum a cup of hot choclate atau coffee, meh datang sini. Yes, memang confirm Kak Bell akan datang lagi ke sini nak cuba menu yang lain. We really look forward to sharing more of our world with you on the next visit.

kenny hills bakers near me, kenny hills bakery, kenny bakers hill, kenny hill bakers delivery, kenny hills bakers order online, kenny hills bakers menu, kenny hills bakers halal, kenny hills bakers bukit tunku, kenny hills bakers ampang, kenny hills bakers pj,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post