i-Akaun KWSP : Cara Register Online, Login, Pengeluaran KWSP i-Akaun - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal i-Akaun KWSP : Cara Register Online, Login, Pengeluaran KWSP i-Akaun

Trending

i-Akaun KWSP : Cara Register Online, Login, Pengeluaran KWSP i-Akaun

i-Akaun KWSP : Cara Register Online, Login, Pengeluaran KWSP i-Akaun | Hi korang! Bagi Rakyat Malaysia yang bekerja pasti akan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Selain bahagian gaji kita, terdapat juga bahagian yang dicarum oleh majikan untuk akaun kita. Dalam artikel ini dikongsikan cara daftar i akaun kwsp tanpa ke kaunter.

i-Akaun KWSP : Cara Register Online, Login, Pengeluaran KWSP i-Akaun


Bila nak buat urusan beli rumah, pinjaman dan sebagainya memang mudah kalau dah ada i-akaun, boleh download terus penyata EPF tahunan tanpa perlu nak pergi menghadap kaunter. Buat korang yang masih belum buat i-akaun, silalah register i-akaun kwsp online.

Apakah KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk memastikan kita mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja bagi kegunaan pada hari tua. Oleh itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.

Pengeluaran KWSP i-Akaun

Wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai untuk:
  • Pembelian rumah / hartanah
  • Membayar pinjaman perumahan
  • Menyelesaikan pinjaman pendidikan/PTPTN
  • Bayaran rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara

Cara Pendaftaran Ahli KWSP

Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP seperti di bawah:
1. Pendaftaran automatik oleh majikan
2. Pendaftaran di Kaunter
3. i-akaun KWSP majikan
4. KIOSK
5. Pendaftaran sendiri

Jika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.


Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun KWSP Online

Sekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun. i-Akaun kwsp ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online seperti berikut:
  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Semak baki simpanan
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Langkah Mendaftar/Mengaktifkan i-Akaun KWSP First Time Login

1. Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran.
2. Layari laman web KWSP login.
  • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun KWSP (Ahli) ATAU
  • Muat turun aplikasi mobile i-Akaun

i-Akaun KWSP : Cara Register Online, Login, Pengeluaran KWSP i-Akaun


3. Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS (TAC i-akaun KWSP).
4. Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
5. Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Tanpa Ke Kaunter

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke kaunter atau pejabat KWSP, anda boleh buat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online sahaja tanpa perlu ke kiosk/kaunter KWSP.

Caranya mudah, anda hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (8am-5pm). Bagaimanapun, kemudahan i-Akaun (view mode) adalah terhad kepada:
  • Semakan Baki Akaun
  • Semakan Caruman Semasa
  • Semakan Profil
  • Semakan Sejarah Pengeluaran
  • Semakan Kelayakan Pengeluaran
  • Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox

*Untuk akses penuh i-Akaun seperti kemudahan reset kata laluan, e-Pengeluaran, Penamaan, muat turun penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, ahli perlu hadir ke kios/kaunter di cawangan KWSP untuk pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari.

Semakan Penyata KWSP Online

KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

1. Log masuk di pautan i-Akaun (Member) menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
2. Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.


Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP

Jika anda memohon Pengeluaran Khas, anda boleh membuat semakan di bahagian ‘Withdrawal History’ atau ‘Sejarah Pengeluaran’. Boleh semak kalau dah buat pengeluaran KWSP 10K atau untuk pembayaran PTPTN dan sebagainya.

1. Login ke i-Akaun
2. Pergi ke menu Withdrawal
3. Klik Withdrawal History
4. Search Pengeluaran Khas
5. Rekod / status terkini akan dipaparkan

Register i-Akaun KWSP Online App

Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui aplikasi di telefon bimbit. Aplikasi i-Akaun tersedia di Google Play dan juga Apple Store.
  • Aplikasi i-Akaun di Google Play Store
  • Aplikasi i-Akaun di Apple Store

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun KWSP, boleh rujuk laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 0389226000. Baca juga Cara Dapatkan Roadtax Digital

i-akaun login, register i-akaun kwsp online, semakan kwsp, pengeluaran kwsp i-akaun, i-akaun majikan, semak kwsp online ic, pengeluaran kwsp 2023, kwsp majikan login,Register i akaun kwsp online login, Register i akaun kwsp online app, cara daftar i akaun kwsp tanpa ke kaunter, kwsp login, kwsp register, kwsp first time login,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post