Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 1 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 1

Trending

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 1

Hi Korang! Sis lambat sikit hapdate untuk Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 1, Gegar Vaganza All Stars 2023. Masa hari kejadian punyalah busy sampai terlambat nak bukan AstroGO. Bagi episod 1, mesti semua ternanti-nanti siapa bintang GV yang terpilih untuk duduk di posisi 'hot seat'.

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 1

Edisi All Stars Gegar Vaganza membariskan 10 bekas juara dari musim pertama hingga kesembilan, membabitkan Ayai Illusi, Siti Nordiana, Azharina Azhar, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu (Boboy), Hady Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor. Bagi kuota 'hot seat' pula menyaksikan kehadiran enam penyanyi handalan iaitu Zamani (Slam), Liza Hanim, Ezad Lazim (Exists), Tomok (New Boyz), Nikki Palikat dan Suki Low. Peserta hot seat ini adalah hasil undian para peminat Gegar Vaganza. Jom baca lebih lanjut untuk keputusan penuh Minggu 1 GV10.

Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 1

Tema minggu pertama adalah Lagu Pilihan Tok Ram dan ke semua para peserta menyanyikan lagu peserta lain yang dipilih oleh Tok Ram sendiri. Pada Kak Bell semua peserta membawakan lagu dengan baik dalam episod permulaan, cuma lagu Dato Aisyah nampak off sikit. Masa awal lagu ok. Kehadiran Zamani, Liza Hanim dan Niki membuatkan penonton riuh-rendah. Memang sesuai sangatlah mereka ni masuk senarai peserta hot seat.

Dengan markah sebanyak 80.75%, penyanyi Naqiu berjaya mencuri tumpuan dalam membawakan lagu Di Bawah Pohon Asmara nyanyian asal oleh Jaclyn Victor. Di sisi lain, Cliff Umar menerima markah terendah dalam kalangan mereka dengan hanya 50.50%, tetapi tetap memberikan persembahan yang memberangsangkan dengan lagu Sayang Sayang rakaman asal oleh Aliff Aziz.


Kedudukan Dan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 1

Tarikh konsert: 24 September 2023
Tema: Lagu Pilihan Tok Ram

1. Naqiu (Di Bawah Pohon Asmara) – 80.75%
2. Liza Hanim (Jangan Kau Mimpi) – 79%
3. Jaclyn VIctor (Janji Manismu) – 71.75%
4. Nikki Palikat (Bertakhta Di Hati – 71.25%
5. Hady Mirza (Segalanya Ku Terima) – 70%
6. Noryn Aziz (Ikut Rentakku) – 68.75%
7. Ezad (Kembali Terjalin) – 65.5%
8. Aliff Aziz (Wanita Seluruh Dunia) – 64%
9. Tomok (Kata) – 63.25%
10. Zamani (Langkah Seiringan) – 61.25%
11. Azharina (Angkara) – 59.75%
12. Suki (Hanya Di Mercu) – 58.5%
13. Ayai (Cinta Beralih Arah) – 55.5%
14. Siti Nordiana (Beribu Sesalan) – 54%
15. Aishah (Gemilang) – 51.25%
16. Cliff Umar (Sayang-sayang) – 50.5%

Juri jemputan: Tiada
Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak - Tomok
Peserta Tersingkir Minggu ke-1 - Tiada Penyingkiran

Baca juga : All Stars Gegar Vaganza 2023 : Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan GV10
Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 2

Senarai Lagu Konsert Minggu Ke-2 All Stars Gegar Vaganza 2023

Tarikh konsert: 1 Oktober 2023
Tema: Lagu Pilihan Sendiri

1. Noryn Aziz – Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)
2. Aliff Aziz – Sampai Mati (Hazama)
3. Ezad Lazim – Potret (Akim & The Majistret)
4. Jaclyn Victor – Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella)
5. Naqiu – Setahun Sudah Berlalu (Alleycats)
6. Ayai – Bunga Pujaan (Eddie Silitonga)
7. Siti Nordiana – Sepi (Aina Abdul)
8. Zamani – Sambutlah Kasih (Lovehunters)
9. Suki Low – Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)
10. Cliff Umar – Laskar Cinta (Dewa 19)
11. Aishah – Flashdance What A Feeling (Irene Cara)
12. Azharina – Ayah (Rinto Harahap)
13. Hady Mirza – How Am I Supposed To Live Without You (Michael Boltion)
14. Liza Hanim – Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
15. Nikki Palikat – Bersama Akhirnya (Ziana Zain)
16. Tomok – Malam (Kembara)

Tak sabar untuk menyaksikan konsert kedua nanti. Buat masa ni semua power-power. Sis pun tak boleh jangka bagaimana persembahan para peserta di minggu hadapan. Sis pun belum decide nak sokong siapa. Hahaha. Tengok kualiti nyanyian di minggu ke-2 kay.

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Kredit gambar: Astro Gempak

gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 minggu 1 full episode, gegar vaganza 2023 markah minggu 1, markah gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 episode 1, gegar vaganza all stars result, peserta gegar vaganza 2023, gegar vaganza 10 minggu 1,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post