Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya

Trending

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya

Terdapat beberapa baka kucing yang mempunyai rupa yang sangat mirip sampai susah nak dibezakan jenis bakanya kalau kurang familiar dengan jenis-jenis kucing. Antara baka yang memiliki warna bulu yang hampir sama pada bahagian wajah dan tubuhnya adalah Kucing Siam, Kucing Ragdoll, Kucing Himalaya dan juga Birman. Kalau sekali tengok memang akan ingat kucing Siam bila bulunya warna coklat di muka, telinga dan ekor. Sebenarnya setiap ras ini mempunyai ciri-ciri khas yang membezakan mereka dari yang lain.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya

1. Pengenalan kepada Kucing Siam, Kucing Himalaya, dan Ragdoll

Kucing Siamese
Kucing Siam/Siamese juga dikenali sebagai "Wichian Mat" adalah baka kucing jenis oriental popular yang berasal dari Thailand dan merupakan jenis baka tulen. Awal kemunculan kucing Siam di Eropah apabila kucing ini dijadikan hadiah untuk duta besar negara Inggeris di Thailand, dan semakin popular hingga ke Eropah pada sekitar abad ke-18.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya

Kucing Siam adalah ras kucing tulen yang berasal dari zaman dahulu. Ras kucing ini telah mempertahankan keasliannya selama bertahun-tahun, dilestarikan oleh pembiak dan pecinta kucing Siam dari seluruh dunia. Dari baka ini telah berkembang seperti Kucing Bali, Oriental, dan Himalaya.

Kucing Himalaya
Kucing Himalaya atau Persia Himalaya (dahulu bernama Colourpoint Persian), sering dianggap sebagai 'saudara' kepada Kucing Siam walhal mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbeza. Baka kucing Himalaya merupakan hasil persilangan antara baka kucing Persia/Parsi dengan baka kucing Siam pada awal 1930-an. Persilangan genetik ini menghasilkan baka kucing dengan struktur badan, berbulu panjang seperti kucing Parsi dan memiliki warna bulu seperti kucing Siam pada telinga, ekor dan muka kucing. Pada 1957, Cat Fanciers Association mengakui kucing Himalaya sebagai baka tulen, tetapi akhirnya mengklasifikasikan Himalayan cat sebahagian dari baka kucing Persian.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya


Pada umumnya semua anak kucing Himalaya lahir dengan warna putih dan warna asli yang baru akan muncul beberapa minggu setelah lahir. Warna bulu Kucing Himalaya sepenuhnya bergantung pada gen yang dipengaruhi oleh enzim yang terbentuk oleh pengaruh suhu badan disebabkan persekitaran lingkungannya.

Kucing Ragdoll
Ragdoll adalah salah satu baka kucing terbesar di dunia. Sejarah kucing Ragdoll ini dimulai pada tahun 1960-an oleh seorang pembiak bernama Ann Baker dari Riverside, California, AS yang mengembangkan baka ini hasil persilangan antara beberapa baka kucing termasuk Angora, Persia, dan Birman.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya

Ragdoll adalah kucing berbadan besar dan dada yang lebar. Berat badan Ragdoll jantan sekitar 12-20 paun (5.4-9 kg) dan Ragdoll betina sekitar 10-15 paun (4.5-6.8 kg). Ragdoll mempunyai bulu sederhana panjang dan memiliki 4 pola warna, yaitu bicolor (dua warna), mitted, vandan point (solid, lynx, dan tortie).

2. Ciri-Ciri Fizikal

Kucing Siamese
Kucing Siam mempunyai beberapa ciri-ciri fizikal yang ketara seperti mata berwarna biru yang menjadi ciri tanda utama mereka. Selain itu, Kucing Siam mempunyai tubuh yang langsing, bulu yang pendek dan halus, muka yang tirus dan tajam segitiga serta telinga yang besar. Warna bulu utama mereka termasuk coklat, biru, dan seal point.

Jenis-jenis Kucing Siam

  • Siam Tradisional (Traditional Siamese Cat)
  • Siam Klasik (Classic Siamese Cat)/ Old Siamese Style (muk apanjang)
  • Siam Modern (Modern Siamese Cat)
  • Siam Applehead (Applehead Siamese Cat)
  • Wedgies

Kucing Himalaya/Himalayan
Kucing Himalaya mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbeza. Mereka mempunyai bulu yang panjang, lebat, dan berlapis-lapis yang menutupi tubuh mereka. Warna bulu Himalaya adalah pelbagai, termasuk putih, biru, coklat, dan banyak lagi. Mata mereka besar dan berwarna biru atau hijau, tidak seperti mata biru Kucing Siam.

Untuk mengenali kucing Himalaya, warna hitam ada pada bahagian hidungnya, ditambah gradasi warna coklat tua hingga coklat muda yang menyebar dari hidung ke mata serta pipinya. Bahagian telingag juga berwarna coklat.

Jenis Kucing Himalaya

Terdapat dua jenis kucing himalaya:

1. Himalayan Ultra Face : Himalayan Ultra Face mempunyai wajah sangat pesek jika dilihat dari samping, sehingga terlihat seperti datar.

2. Himalayan Doll Face : Himalayan Doll Face memiliki wajah sedikit pesek jika dilihat dari samping.

Kucing Ragdoll
Ragdoll adalah salah satu ras kucing yang besar dengan bulu yang lebat dan panjang. Ciri-ciri utama mereka adalah mata besar yang berwarna biru, tubuh yang besar dan berat, serta ekor yang panjang dan bulu yang panjang, lembut, dan lebat.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya


Sementara kucing Ragdoll identik dengan warna coklat atau kelabu pada bagian matanya yang menyebar ke arah pipi, tetapi bahagian hidung dan mulutnya berwarna putih. Dua ras kucing ini sama-sama memiliki mata berwarna biru cerah.

3. Bentuk Telinga

Terdapat perbezaan pada bentuk telinga/kuping antara kucing Himalaya dan Siam. Kucing Himalaya memiliki kuping telinga yang kecil dan lebar, sedangkan kucing Siam memiliki kuping lebih panjang dan tirus memanjang.

4. Jenis Bulu

Kucing Siamese
  • Memiliki bulu dasar warna coklat.
  • Warna pada hujung-ujung telinga, kaki dan ekor memiliki warna yang lebih gelap.
  • Memiliki bulu yang pendek.
  • Sudah dapat dipastikan jika kucing ras berbulu pendek dan tidak panjang itu adalah Kucing Siam.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya


Warna Kucing Siam

1. Seal Point
2. Blue Point
3. Coklat Point
4. Lilac Point
5. Cream Point
6. Red Point

Kucing Himalaya
  • Kucing Himalaya berbulu panjang mirip dengan baka kucing Parsi.
  • Kucing ini memiliki bulu super tebal dan halus.
  • Meskipun ukuran tubuhnya tidak terlalu besar, tapi bulu tebalnya membuat kucing Himalaya nampak besar.
  • Memiliki dasar warna bulu putih
  • Warna pada ujung-ujung telinga, kaki dan ekor, dia akan memiliki warna gelap
  • Bulu panjang

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya

Warna Kucing Himalaya

1. Chocolate point Himalayan
2. Seal point Himalayan
3. Lilac point Himalayan
4. Blue point Himalaya
5. Flame point Himalaya
6. Cream point Himalayan
7. Tortie point Himalayan
8. Blue-cream point Himalayan
9. Chocolate-tortie point Himalayan
10. Lilac-cream point Himalayan

Kucing Ragdoll
  • Ragdoll memiliki bulu halus dan lembut.
  • Walaupun bulunya tebal, bulu bahagian bawah dari jenis kucing ini tidak setebal kucing Himalaya.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya


Warna Kucing Ragdoll

1. Chocolate Point Ragdoll
2. Lilac Bicolor Ragdoll
3. Flame Point (Red) Ragdoll
4. Seal Mitted Ragdoll
5. Lilac Point Ragdoll
6. Lynx Point Ragdoll
7. Seal Tortoiseshell (Tortie) Ragdoll
8. Chocolate Bicolor Ragdoll
9. Cream Point Ragdoll
10. Blue Mitted Ragdoll

5. Sifat dan Tabiat Kucing

Kucing Siamese
Kucing Siam dikenali kerana sifat yang aktif, suka bermain, dan mesra. Mereka suka mencari perhatian dari pemilik mereka dan sering berinteraksi dengan manusia. Kucing Siam juga dikenali dengan suara yang bising (sangat vokal) dan sering berkomunikasi dengan pemilik mereka. Mereka adalah kucing yang sangat penyayang dan suka berada di dekat pemilik mereka.

Kucing Himalaya
Kucing Himalaya adalah kucing yang lebih tenang dan bersifat santai berbanding dengan Kucing Siam yang aktif. Mereka suka tidur dan bersantai, dan jarang bermain seaktif Kucing Siam. Walaupun mereka mesra dengan pemilik mereka, mereka tidak seaktif dalam mencari perhatian seperti Kucing Siam. Kucing Himalaya juga sering dikenali sebagai "kucing sofa" kerana mereka suka berbaring dan bersantai di sofa.

Kucing Ragdoll
Ragdoll dikenali dengan sifat yang lembut dan tenang. Mereka cenderung untuk 'melekat' pada pemilik mereka dan sering menjadi kucing yang sangat penyayang. Ragdoll juga dikenali dengan kemampuan mereka untuk 'meluntur' seperti boneka rag, dengan otot yang lebih santai apabila diangkat. Mereka suka berada dalam pelukan pemilik mereka dan sering mengikuti mereka di sekitar rumah.

Berbeza dengan Kucing Himalaya, Ragdoll adalah jenis kucing yang menuntut perhatian tetapi tidak agresif. Kucing ini akan terus mengeow bila tidak mendapatkan perhatian yang dicarinya.

6. Kesihatan Kucing

Kucing Himalaya
Kucing Himalaya memiliki wajah yang datar seperti kucing Persia. Jadi, mereka diketahui memiliki masalah pernafasan pada waktu-waktu tertentu. Mereka mungkin mengalami kesulitan bernapas atau menelan, dan mungkin tidak boleh terlalu aktif. Bulunya yang panjang menyebabkan ia lebih mudah terkena masalah kulit.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya


Kucing Siam
Kucing Siam rentan terhadap beberapa keadaan kesihatan genetik, dan secara umum lebih rentan terhadap penyakit daripada kucing Himalaya.

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya

Kucing Ragdoll
Si comel Ragdoll merupakan baka kucing yang sihat dan boleh hidup sihat sehingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, seperti baka kucing asli yang lain, anak kucing Ragdoll juga terdedah kepada penyakit tertentu. Bagi memastikan kucing Ragdoll anda kekal sihat dan hidup lebih lama, sila perhatikan penyakit berikut:

Beza Kucing Siam, Ragdoll dan Kucing Himalaya


Kardiomiopati Hipertropik
Dikenali sebagai HCM, ia adalah penyakit pembunuh senyap untuk kebanyakan baka kucing, termasuk Baka Ragdolls. Penebalan dinding otot jantung adalah ciri penyakit ini dan gejala penyakit ini yang perlu diperhatikan termasuk:
  • Kelesuan
  • Susah untuk bernafas dan bernafas dengan mulut terbuka
  • Pernafasan laju
  • Nadi lemah
  • Degupan jantung laju

7. Harga Kucing Di Malaysia

Harga Kucing Siam

Harga kucing Siam di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, warisan genetik, kualiti, dan tempat pembelian. Kucing Siam dengan keturunan dan ciri-ciri unggul cenderung lebih mahal. Sementara itu, kucing Siam biasa yang tidak mempunyai warisan keturunan yang jelas mungkin lebih murah atau percuma sahaja. Pada umumnya, harga kucing Siam di Malaysia bermula RM0 sehingga RM500.

Harga Kucing Himalaya di Malaysia

Harga kucing Himalaya boleh berbeza-beza bergantung kepada kategorinya.
  • Kitten (Umur 2-4 bulan): RM200 – RM800
  • Dewasa (Umur 6 bulan – 2 tahun): RM600 – RM1,200
  • Himalaya Persian Cat : RM750
  • Himalayan Cat Kusing Siamese : RM600 – RM1,200
  • Kucing Himalaya Breed Quality 6 Bulan : RM1,982.07-RM2,831.53

Harga Kucing Ragdoll

Kucing ragdoll adalah di antara baka kucing yang dijual dengan harga yang lebih mahal.
  • Kitten ragdoll dengan pedigree: RM300 – RM450
  • Ragdoll tanpa pedigree: RM750 – RM900
  • Ragdoll dengan pedigree: RM1200 – RM1800
  • Baka ragdoll berkualiti: RM3000 – RM3600
  • Ragdoll berkualiti tinggi: RM7500 – RM9000

Kesimpulannya, Kucing Siam, Kucing Himalaya, dan Ragdoll adalah tiga baka kucing yang mempunyai perbezaan yang ketara dalam ciri-ciri fizikal, sifat, dan tabiat. Kucing Siam adalah aktif dan penyayang dengan mata biru yang menarik. Kucing Himalaya adalah lebih santai dan suka tidur dengan bulu panjang dan mata yang besar. Ragdoll berbadan besar, lembut, dan sangat manja dalam pelukan pemilik mereka. Memilih salah satu daripada mereka sebagai haiwan peliharaan bergantung pada preferensi individu anda dan gaya hidup anda.

Kucing Siam original, Kucing Siam putih, Kucing siam parsi, Kucing Siam kampung, beza kucing siam dan ragdoll, harga kucing siam, ciri-ciri kucing siam,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post