Bak Kut Teh atau Beef Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging
rusuk yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur
sebagai perasa dan sangat bagus untuk kesihatan. Bak Kut Teh ini sering
dinikmati oleh orang bukan Islam kerana ia menggunakan daging rusuk/tulang
daging yang haram dimakan.
Versi halal bak kut teh pula menggunakan daging ayam (Chic Kut Teh) atau
daging lembu
telah menjadi pilihan yang amat digemari di kalangan komuniti Muslim. Dalam
artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda resepi Bak Kut Teh halal yang
boleh anda cuba di rumah.
Asal Usul Bak Kut Teh
Sebenarnya "Bak Kut Teh" adalah bahasa Hokkien, "Bak" bermakna "Daging", "Kut"
ialah "Tulang", "Teh" tu "Teh" lah. Terjemahan harfiahnya ialah herba dalam
daging. Dalam makanan Cina bukan Islam "Bak Kut Teh" adalah masakan Daging dan
Tulang Khinzir direbus dengan Sup Herba Cina.
Disebabkan masakan "Bak Kut Teh" ni selalunya dimasak oleh non-Muslim dengan
daging yang tidak Halal, jadikan ramai orang salah faham ingatkan perkataan
"Bak Kut Teh" mestinya tidak Halal. Namun, untuk memenuhi keperluan pelanggan
Muslim, resepi Bak Kut Teh telah diubahsuai untuk menggunakan daging ayam atau
daging lembu.
Campuran herba ini sebenarnya tidak menggunakan sebarang bahan yang diharam
makan oleh masyarakat Melayu beragama Islam. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menyediakan campuran herba ini terdiri daripada
herba Cina
seperti beri goji,
herba dong gui dan cendawan cina.
Resepi Bak Kut Teh Halal (Daging Lembu)
Kredit : Sea Angel Khaalishah
Bahan A
Herba bak kut teh (seperti dalam gambar)
- Dang shenTong DSum (Codonopdidi root)
- You zhuYok cook (Solomon seal’s rhizome)
- Black dates
- GojiWolf Berries
- Chuan Xiong (Rhizoma ligustici)
- Shu di huang/Lo sok tei (Rehmannia)
- Star anise, clove, fennel seeds, peppercorn
Daging lembu
1 labu bawang putih | tak perlu kupas dan diketuk
Halia
Cendawan shitake
Sos tiram
Kicap cair
Sedikit kicap pekat
Perasa
Cara Penyediaan Bak Kut Teh Halal
- Kesemua bahan-bahan dimasukkan sekali ke dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan selama 1 jam lebih atau lagi bagus guna pressure cooker.
- Guna pressure cooker tak perlu masak lama. Set je bahagian daging, dalam 30 minit daging sudah empuk dan bahan-bahan herba tadi pun dah meresap ke seluruh daging.
- Sup siap dan boleh dimakan.
Resepi Chic Kut Teh Halal (Daging Ayam)
Perkongsian resepi Chic Kut Teh/Chi Kut Teh dari Abang Brian1 paket bak kut campuran herba (anda boleh mendapatkannya di pasar raya besar)
1 labubawang putih
1.5 liter air
500ml stok ayam buatan sendiri
3 akar ketumbar, dibersihkan
5 tangkai lada
Ayam 700g (tidak dibuang tulangnya)
8 besar cendawan shitake kering, direndam dalam air suam selama 10 minit dan hiris
8 keping goreng tepung tofu, dihiris
1 kubis cina, dicincang kasar
1 sudu besar bawang merah, dicincang
Bahan B: Sos Seasoning
1 sudu kecil kicap hitam
3 sudu kecil kicap ringan
2 sudu sos tiram
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan Chi Kut Teh Halal
- Dalam periuk besar, letakkan campuran herba, bawang putih, air, stok ayam, akar ketumbar, lada dan ayam dan masak. Biarkan selama 30 minit.
- Masukkan cendawan dan tepung tofu. Rebus lagi 10 minit
- Masukkan kubis Cina dan reneh selama 5 minit. Masukkan Perasa secukup rasa dan biarkan masak selama 10 minit terakhir.
- Taburkan daun bawang dan disajikan bersama nasi.
Jenama Herba Bak Kut Teh Halal
Berikut merupakan jenama uncang herba bak kut teh yang halal di pasaran:- A1 Spices Bak Kut Teh 35g
- Togi Traditional Herbal Broth Spice (Bak Kut Teh) 35g
- Mo Sang Kor Campuran Herba dan Rempah 35g
- Taste-Me Soup Spices Paste 116g
- ClayPot Chickuteh Herbs & Spices Mix
Mudah sahaja kan cara penyediaan Bak Kut Teh dan Chi Kut Teh ini. Dengan
perpaduan herba dan rempah yang kaya, serta daging ayam atau daging lembu
yang empuk, anda pasti akan terpesona dengan rasa yang dihasilkan.
Jadi bagi anda yang nak tahu sejauh mana khasiatnya, bolehlah cuba resepi
ini. Pasti anda akan berpuas hati punya. Selamat mencuba!
bak kut teh halal near me, halal bak kut teh malaysia, bak kut teh halal resepi, bak kut teh halal kuala lumpur, rempah bak kut teh halal, bak kut teh recipe, maksud bak kut teh, asal usul bak kut teh,bak kut teh, bak kut teh halal, bak kut teh near me,
Tags:
Asal Usul Bak Kut Teh
Bak Kut Teh
Bak Kut Teh Halal
Bak Kut Teh Halal Resepi
Bak Kut Teh Near Me
Bak Kut Teh Recipe
Maksud Bak Kut Teh
Recipes
Rempah Bak Kut Teh Halal