Doa Nabi Yunus juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang
dibaca oleh Nabi Yunus A.S. setelah dia meninggalkan tugas yang diberikan
Allah dan merasa menyesal atas tindakannya ketika Baginda berada dalam perut
ikan nun.
Doa ini adalah pengakuan kebesaran Allah, permohonan ampunan, dan penyesalan
akan kesalahan yang telah dilakukan oleh Nabi Yunus. Disebabkan zikir ini
juga, Allah S.W.T. telah menyelamatkannya dari ujian tersebut, yang akhirnya
membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya.
Bacaan Doa Nabi Yunus Jawi
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Bacaan Doa Nabi Yunus Rumi
Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin
Maksud Doa Nabi Yunus
Berikut adalah maksud terjemahan Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun.
Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci
Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri
sendiri - (Surah al-Anbiya ayat 87)
Latar Belakang Kisah Nabi Yunus
Nabi Yunus adalah salah seorang nabi yang diutus kepada bangsa Ninawa, suatu
kota yang terletak di Mesopotamia. Dia diutus untuk menyampaikan ajaran
tauhid dan kebenaran kepada penduduk yang tengah hidup dalam kekacauan
moral. Namun, penduduk Ninawa tidak mahu mendengarkan ajaran Nabi Yunus dan
tetap dalam kesesatan.
Melihat bahwa penduduk kota tidak mengubah perilakunya, Nabi Yunus merasa
putus asa dan meninggalkan kota tanpa izin Allah. Dia naik ke kapal dan
berlayar ke tengah laut. Namun, Allah SWT mengirimkan badai yang hebat
sebagai tanda kemurkaan-Nya.
Semua penumpang kapal tersebut mengundi sama ada siapa yang perlu dicampak
ke dalam laut supaya kapal menjadi stabil dan semua penumpang lain selamat,
mereka mengundi bahawa Nabi Yunus perlu dicampakkan ke dalam laut.
Tenggelam dalam lautan, Nabi Yunus kemudian ditelan oleh seekor ikan besar
yang diutus Allah untuk menyelamatkannya. Di dalam perut ikan, Nabi Yunus
merenungi perbuatannya dan menyadari kesalahan yang telah dilakukannya
dengan meninggalkan tugas yang diberikan Allah. Akhirnya selepas 40 hari,
Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan tersebut.
Firman Allah Mengenai Doa Nabi Yunus
Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya
nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah SWT berfirman maksudnya:
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
"Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.” (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)
Kelebihan/Khasiat Doa Nabi Yunus
1. Dimakbulkan Doa & PermintaanMenurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.
2. Doa Yang Terbaik
Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.
3. Mendapat Ampunan dari Allah SWT
Dalam hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan keistimewaan dari doa Nabi Yunus. Doa ini boleh mengabulkan permohonan seseorang kepada Allah SWT
دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya : "Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan
paus adalah: 'Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz
dzaalimiin' Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam
suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya."—HR At Tirmidzi
4. Dikeluarkan dari Kesulitan
Dalam al-Quran, Allah berfirman bahawa tak akan menguji hamba di luar batas
kemampuannya. Pada kisah Nabi Yunus, dirinya pada akhirnya diselamatkan
Allah dari ujian masuk ke dalam perut ikan. Untuk itu, doa Nabi Yunus sering
dibaca sebagai doa untuk meminta keselamatan dan keluar dari kesulitan.
Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus
Menurut Sa'ad bin Abi Waqqash mengatakan bahawa Rasulullah menyebut doa Nabi
Yunus boleh dibaca sebanyak 40 kali.
"Barangsiapa yang berdoa dengannya kepada orang yang sakit sebanyak 40 kali
maka jika ia mati, ia mati dalam keadaan membawa pahala mati syahid. Jika
sembuh maka sembuh dalam keadaan dosanya terampuni,"—HR Imam Hakim
Para ulama membaca doa Nabi Yunus 40 kali selepas solat subuh. Ada pula yang
membaca doa Nabi Yunus setiap hari sebanyak 1000 kali untuk memohon
keampunan.
Waktu Membaca Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus (kisah tersebut diceritakan di dalam surah al-Anbiya’ ayat 87 dan 88) boleh dibaca pada pelbagai waktu dan situasi. Berikut adalah beberapa waktu yang dianjurkan untuk membaca doa Nabi Yunus:- Selepas Solat: Banyak ulama mengesyorkan untuk membaca doa ini selepas menunaikan solat (doa selepas solat fardhu), terutama solat wajib. Ini merupakan waktu yang baik untuk berdoa dan memohon ampunan dari Allah selepas menjalankan ibadah.
- Pada Waktu Sepi: Seperti yang berlaku dalam kisah Nabi Yunus, beliau berada dalam keadaan kesunyian di dalam perut ikan. Oleh itu, membaca doa ini ketika anda berada dalam keadaan seorang diri dan dapat merenungi dengan tenang boleh memberikan makna yang lebih mendalam.
- Selepas Bangun Tidur: Terdapat tradisi untuk membaca doa ini selepas bangun tidur, terutamanya apabila anda merasakan telah memasuki keadaan baru selepas tidur. Ini boleh menjadi masa untuk merenung dan memohon ampun.
- Pada Waktu Mustajab: Terdapat beberapa waktu yang dianggap mustajab (dikabulkan) untuk berdoa, seperti pada waktu sujud antara Adzan dan Iqamah, pada tengah malam (sepertiga malam terakhir), pada hari Jumaat, dan sebelum hujan turun. Membaca doa Nabi Yunus pada waktu-waktu ini boleh menjadi momen yang lebih istimewa.
- Apabila Menghadapi Kesulitan: Seperti yang dinyatakan dalam kisah Nabi Yunus, doa ini boleh dijadikan doa permohonan ketika anda menghadapi kesulitan, cabaran, atau ketika merasai keputusasaan
Doa Nabi Yunus mengajarkan betapa pentingnya merenung, memeriksa diri, dan
mengakui kesalahan dalam hidup kita. Amalkan doa ini sekiranya kita di dalam
kesulitan, keresahan dan terasa jalan hidup di hadapan sangat gelap. Tiga
kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus iaitu kegelapan di dalam perut ikan,
kegelapan di dasar lautan dan kegelapan malam. Insyaallah Allah akan
permudahkan hidup kita.
doa nabi yunus 40 kali, doa nabi yunus 100x, khasiat doa nabi yunus, doa
nabi yunus 1000x, cara mengamalkan doa nabi yunus, pengalaman membaca doa
nabi yunus, Doa nabi yunus bersalin, Doa nabi yunus rumi,
Tags:
Agama
Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus
Doa Nabi Yunus 100x
Doa Nabi Yunus 40 kali
Doa Nabi Yunus Bersalin
Doa Nabi Yunus Rumi
Khasiat Doa Nabi Yunus