Doa Nabi Yunus Rumi Dan Jawi : Khasiat & Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Doa Nabi Yunus Rumi Dan Jawi : Khasiat & Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus

Trending

Doa Nabi Yunus Rumi Dan Jawi : Khasiat & Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. setelah dia meninggalkan tugas yang diberikan Allah dan merasa menyesal atas tindakannya ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.

Doa Nabi Yunus Rumi Dan Jawi


Doa ini adalah pengakuan kebesaran Allah, permohonan ampunan, dan penyesalan akan kesalahan yang telah dilakukan oleh Nabi Yunus. Disebabkan zikir ini juga, Allah S.W.T. telah menyelamatkannya dari ujian tersebut, yang akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya.

Bacaan Doa Nabi Yunus Jawi


لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Bacaan Doa Nabi Yunus Rumi

Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin

Maksud Doa Nabi Yunus

Berikut adalah maksud terjemahan Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun.

Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri - (Surah al-Anbiya ayat 87)


Latar Belakang Kisah Nabi Yunus

Nabi Yunus adalah salah seorang nabi yang diutus kepada bangsa Ninawa, suatu kota yang terletak di Mesopotamia. Dia diutus untuk menyampaikan ajaran tauhid dan kebenaran kepada penduduk yang tengah hidup dalam kekacauan moral. Namun, penduduk Ninawa tidak mahu mendengarkan ajaran Nabi Yunus dan tetap dalam kesesatan.

Melihat bahwa penduduk kota tidak mengubah perilakunya, Nabi Yunus merasa putus asa dan meninggalkan kota tanpa izin Allah. Dia naik ke kapal dan berlayar ke tengah laut. Namun, Allah SWT mengirimkan badai yang hebat sebagai tanda kemurkaan-Nya.

Semua penumpang kapal tersebut mengundi sama ada siapa yang perlu dicampak ke dalam laut supaya kapal menjadi stabil dan semua penumpang lain selamat, mereka mengundi bahawa Nabi Yunus perlu dicampakkan ke dalam laut.

Tenggelam dalam lautan, Nabi Yunus kemudian ditelan oleh seekor ikan besar yang diutus Allah untuk menyelamatkannya. Di dalam perut ikan, Nabi Yunus merenungi perbuatannya dan menyadari kesalahan yang telah dilakukannya dengan meninggalkan tugas yang diberikan Allah. Akhirnya selepas 40 hari, Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan tersebut.

Firman Allah Mengenai Doa Nabi Yunus

Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman maksudnya:
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
"Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.” (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)

Kelebihan/Khasiat Doa Nabi Yunus

1. Dimakbulkan Doa & Permintaan
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

2. Doa Yang Terbaik
Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

Doa Nabi Yunus Rumi Dan Jawi


3. Mendapat Ampunan dari Allah SWT
Dalam hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan keistimewaan dari doa Nabi Yunus. Doa ini boleh mengabulkan permohonan seseorang kepada Allah SWT

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya : "Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah: 'Laa ilaaha illaa anta, subhaanaka, innii kuntu minadz dzaalimiin' Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah, melainkan Allah kabulkan baginya."—HR At Tirmidzi

4. Dikeluarkan dari Kesulitan
Dalam al-Quran, Allah berfirman bahawa tak akan menguji hamba di luar batas kemampuannya. Pada kisah Nabi Yunus, dirinya pada akhirnya diselamatkan Allah dari ujian masuk ke dalam perut ikan. Untuk itu, doa Nabi Yunus sering dibaca sebagai doa untuk meminta keselamatan dan keluar dari kesulitan.

Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus

Menurut Sa'ad bin Abi Waqqash mengatakan bahawa Rasulullah menyebut doa Nabi Yunus boleh dibaca sebanyak 40 kali.

"Barangsiapa yang berdoa dengannya kepada orang yang sakit sebanyak 40 kali maka jika ia mati, ia mati dalam keadaan membawa pahala mati syahid. Jika sembuh maka sembuh dalam keadaan dosanya terampuni,"—HR Imam Hakim

Para ulama membaca doa Nabi Yunus 40 kali selepas solat subuh. Ada pula yang membaca doa Nabi Yunus setiap hari sebanyak 1000 kali untuk memohon keampunan.


Waktu Membaca Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus (kisah tersebut diceritakan di dalam surah al-Anbiya’ ayat 87 dan 88) boleh dibaca pada pelbagai waktu dan situasi. Berikut adalah beberapa waktu yang dianjurkan untuk membaca doa Nabi Yunus:

  • Selepas Solat: Banyak ulama mengesyorkan untuk membaca doa ini selepas menunaikan solat (doa selepas solat fardhu), terutama solat wajib. Ini merupakan waktu yang baik untuk berdoa dan memohon ampunan dari Allah selepas menjalankan ibadah.
  • Pada Waktu Sepi: Seperti yang berlaku dalam kisah Nabi Yunus, beliau berada dalam keadaan kesunyian di dalam perut ikan. Oleh itu, membaca doa ini ketika anda berada dalam keadaan seorang diri dan dapat merenungi dengan tenang boleh memberikan makna yang lebih mendalam.
  • Selepas Bangun Tidur: Terdapat tradisi untuk membaca doa ini selepas bangun tidur, terutamanya apabila anda merasakan telah memasuki keadaan baru selepas tidur. Ini boleh menjadi masa untuk merenung dan memohon ampun.
  • Pada Waktu Mustajab: Terdapat beberapa waktu yang dianggap mustajab (dikabulkan) untuk berdoa, seperti pada waktu sujud antara Adzan dan Iqamah, pada tengah malam (sepertiga malam terakhir), pada hari Jumaat, dan sebelum hujan turun. Membaca doa Nabi Yunus pada waktu-waktu ini boleh menjadi momen yang lebih istimewa.
  • Apabila Menghadapi Kesulitan: Seperti yang dinyatakan dalam kisah Nabi Yunus, doa ini boleh dijadikan doa permohonan ketika anda menghadapi kesulitan, cabaran, atau ketika merasai keputusasaan

Doa Nabi Yunus mengajarkan betapa pentingnya merenung, memeriksa diri, dan mengakui kesalahan dalam hidup kita. Amalkan doa ini sekiranya kita di dalam kesulitan, keresahan dan terasa jalan hidup di hadapan sangat gelap. Tiga kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus iaitu kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan dan kegelapan malam. Insyaallah Allah akan permudahkan hidup kita.

doa nabi yunus 40 kali, doa nabi yunus 100x, khasiat doa nabi yunus, doa nabi yunus 1000x, cara mengamalkan doa nabi yunus, pengalaman membaca doa nabi yunus, Doa nabi yunus bersalin, Doa nabi yunus rumi,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post