Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum
cahaya selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia
membentuk lengkungan berwarna-warni, dengan merah di bahagian luar dan ungu di
bahagian dalam. Warna-warna pelangi mengikut urutan adalah merah, jingga,
kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. Meskipun terdapat lebih dari satu juta
warna dalam pelangi, mata manusia hanya dapat melihat tujuh warna utama. Dalam
artikel ini dikongsikan cara mudah nak ingat 7 warna pelangi dan juga senarai
jenis-jenis pelangi.
Bagaimana Pelangi Terbentuk?
Pelangi terbentuk apabila cahaya matahari terpantul/terbias melalui titisan
air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Bentuk
melengkung pelangi disebabkan oleh titisan air yang berbentuk bulat (sfera) di
udara. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari
dan menyembur air pada hari yang cerah.
Credit:
Rainbows
Pelangi terbentuk setelah hujan berhenti dan cahaya matahari yang berwarna
putih (sinar monokromatik) terurai menjadi spektrum cahaya polikromatik
melalui proses pembiasan, pemantulan, pembiasan semula, dan penyebaran cahaya.
Ketika cahaya putih masuk ke dalam titisan air, cahaya akan membengkok dan
memecah menjadi warna komponen. Ini menghasilkan pelangi dengan warna yang
terpisah-pisah mengikut panjang gelombang cahaya.
Ungu adalah warna paling bawah pada pelangi kerana cahaya ungu keluar dari
titisan air pada sudut paling tajam iaitu 40° berbanding dengan titik
masuknya. Sementara itu, cahaya merah yang terletak di bahagian atas pelangi
akan dihantar ke pandangan anda pada sudut 42°.
Mengapa Tidak Ada Warna Coklat dan Hitam dalam Pelangi?
Warna coklat dan hitam tidak wujud dalam pelangi kerana warna hitam terbentuk
apabila tidak ada cahaya sama sekali seperti pada malam hari, manakala warna
putih merupakan gabungan dari semua warna. Ketika cahaya putih dibiaskan
melalui tetisan air, ia terurai menjadi spektrum warna, dan warna putih
hilang.
Teori Prisma Newton
Pada tahun 1611, Antoinius de Demini mengemukakan teori rasmi pembentukan
pelangi yang kemudian disempurnakan oleh René Descartes. Namun, orang pertama
yang mendedahkan teori rasmi pembentukan pelangi ialah Isaac Newton menerusi
Teori Prisma Newton.
Isaac Newton adalah saintis yang memperkenalkan teori prisma Newton, di mana
prisma mampu memecah cahaya putih menjadi warna komponennya. Cahaya putih yang
lewat prisma dibiaskan dan membentuk spektrum warna. Teori ini membuktikan
bahawa cahaya matahari terdiri daripada warna-warna merah, oren, kuning,
hijau, biru, indigo, dan ungu - seperti warna pelangi.
Bentuk Pelangi Adalah Bulatan Penuh
Bentuk pelangi
sebenarnya adalah bulatan penuh, tetapi dari tanah hanya separuh pelangi yang
dapat dilihat kerana separuh bahagian bawah pelangi ini biasanya terhalang
daripada diperhatikan kerana "terlindung" oleh ufuk bumi. Untuk melihat dalam
bentuk bulat sempurma, anda perlu mencari sudut pandangan yang tinggi.
Cara Mudah Nak Ingat Susunan 7 Warna Pelangi
Pelangi ada 7 warna yang sangat cantik. Bukan hari hari kita dapat melihat
pelangi secara semulajadi. Namun untuk mengingati semua tujuh warna tersebut
dengan urutan yang betul secara sepontan tentunya agak sukar. Biasa akan
digunakan teknik penggantian perkataan bagi huruf pertama di warna-warna
pelangi atau dikenali dengan Teknik Mnemonik. Cara ingatan warna tersebut dengan kaedah menjadikan huruf awal setiap
warna kepada satu ayat yang mudah disebut, memudahkan kita untuk mengingati
urutan 7 warna pelangi.
Contohnya adalah seperti berikut ,Warna Pelangi mengikut urutan ialah :
1. Merah = M
2. Jingga = J
3. Kuning = K
4. Hijau = H
5. Biru = B
6. Indigo = I
7. Ungu = U
1) Cara ingat warna pelangi Upin & Ipin
Dalam perkataan: Mail Jual Kacang Hijau Bersama Ipin Upin1. M = Mail
2. J = Jual
3. K = Kacang
4. H = Hijau
5. B = Bersama
6. I = Ipin
7. U = Upin
2) Cara ingat warna pelangi Mat Jenin
Dalam perkataan: Mat Jenin Ke Hutan Bawa Ikan Ulam1. M = Mat
2. J = Jenin
3. K = Ke
4. H = Hutan
5. B = Bawa
6. I = Ikan
7. U = Ulam
3) Cara ingat warna pelangi Mak Jah
Dalam perkataan: Mak Jah Ke Hutan Beli Ikan U1. M = Mak
2. J = Jah
3. K = Ke
4. H = Hutan
5. B = Beli
6. I = Ikan
7. U = U
4) Cara ingat warna pelangi Micheal Jackson
Dalam perkataan: Micheal Jackson Kena Halau Balik India Utara1. M = Micheal
2. J = Jackson
3. K = Kena
4. H = Halau
5. B = Balik
6. I = India
7. U = Utara
5) Hafalan Mejikuhibiniu
Hafalan lama "mejikuhibiniu" ini secara meluas digunakan di Indonesia.9 Jenis-Jenis Pelangi
Pelangi klasik, pelangi melingkar, pelangi sekunder, pelangi merah, pelangi
jenis sundogs, busur kabut, pelangi
air terjun, pelangi api, dan busur bulan adalah beberapa jenis pelangi yang wujudt.
Setiap jenis pelangi ini memiliki karakteristik dan keadaan yang berbeza,
menjadikan pelangi fenomena yang menarik untuk dipelajari. Berikut adalah
penjelasan 9 jenis pelangi rujukan dari Geo of Sky.
1. Classic Rainbows (Pelangi Klasik)
Classic Rainbow biasa disebut dengan pelangi klasik. Pelangi Klasik ini cukup
berbeza dari pelangi lainnya, di mana pada fenomena alam ini hanya ada 6 warna
yang boleh dilihat iaitu merah, hijau, kuning, jingga, ungu dan biru.
Intensity (kekuatan warna) setiap warna dari pelangi klasik ini juga
dipengaruhi oleh keadaan atmosfera dan waktu terjadi.
2. Circular Rainbows (Pelangi Melingkar)
Pelangi melingkar ini menjadi pelangi yang paling dikenal dan paling sering
dijumpai di dalam lukisan Pelangi melingkar ini berbentuk seperti busur
lingkaran sempurna dengan radius tepat 42 darjah.
3. Secondary Rainbows (Pelangi Sekunder)
Menjadi salah satu pelangi yang jarang muncul, pelangi sekunder ini akan
muncul ketika ada pelangi primer yang lebih awal muncul. Pelangi sekunder akan
menampilkan warna yang sedikit lebih redup dari pelangi primer dan juga akan
menampilkan warna yang terbalik dari pelangi primer. Jika ada 2 pelangi dengan
kekuatan warna yang berbeza maka pelangi tersebut merupakan jenis pelangi
sekunder.
4. Red Rainbows (Pelangi Merah)
Tidak seperti pelangi biasa yang memaparkan pelbagai warna yang berbeza, red
rainbow atau pelangi merah ini menghadirkan pelangi yang dikuasai oleh warna
merah. Pelangi merah ini biasanya muncul semasa fajar di waktu pagi dan juga
semasa matahari terbenam menjelang petang. Hal ini terjadi kerana pada waktu
ini, lapisan atmosfera bumi menjadi lebih tebal dan berwarna biru, menyebabkan
cahaya merah memantul dan membiaskan melalui air. Hasil akhirnya ialah pelangi
yang menampilkan spektrum warna merah yang memukau.
5. Sundogs
Pelangi jenis sundogs ini umumnya muncul pada musim dingin ketika cuaca
sedang cerah. Fenomena pelangi sundogs berlaku apabila sinar matahari
meresap melalui kristal ais yang terdapat tinggi di atmosfera. Pelangi
sundogs akan menghasilkan pantulan cahaya berwarna merah di bahagian dalam
lingkaran dan warna ungu di bahagian luar, yang diikuti oleh variasi warna
pelangi lainnya. Keketulan warna pelangi yang tampak akan semakin kentara
apabila jumlah kristal ais dalam udara semakin padat.
6. Fogbows (Busur Kabut)
Pelangi yang agak jarang ditemui berbanding pelangi-pelangi lain ini hanya
akan muncul apabila sekumpulan faktor khusus dipenuhi untuk mencipta
fenomena fogbows. Di antara faktor-faktor ini adalah kedudukan cahaya sumber
yang mesti terletak di belakang pengamat serta berada pada titik bumi yang
sama, dan ketebalan kabut di sekitar pengamat haruslah sangat tipis supaya
cahaya matahari dapat menerobos melaluinya walaupun terdapat kabut yang
pekat di hadapan pengamat.
7. Waterfall Rainbows (Pelangi Air Terjun)
Pelangi air terjun adalah jenis pelangi yang jarang ditemui, kerana ia hanya
dapat dilihat terbentuk di atas air terjun. Fenomena pelangi air terjun ini
biasanya dapat dirakam ketika kabut yang berasal dari hemburan air terjun
bercampur dengan udara sekitar dalam keadaan atmosfera yang stabil sepanjang
masa.
Jenis pelangi ini memang termasuk dalam kategori yang agak tidak biasa
didengar dan jarang terlihat. Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa pelangi
api, atau juga dikenali sebagai "fire rainbows," hanya bisa dilihat dari lokasi dengan sudut lebih rendah daripada 55
darjah ke utara atau selatan. Penting untuk dicatat bahawa istilah "api" dalam
"pelangi api" tidak merujuk kepada api sebenar, tetapi lebih kepada visual dan
efek yang tercipta. Pelangi api muncul dalam keadaan tertentu, di mana awan
cirrus bertindak sebagai prisma semulajadi. Awan cirrus tersebut perlu
terbentuk pada ketinggian sekitar 20,000 kaki dan sinar matahari harus
menyinari awan tersebut pada sudut tertentu, antara 58 hingga 68 darjah.
Kondisi-kondisi ini bersama-sama menciptakan penampakan pelangi api yang unik.
9. Moonbows (Busur Bulan)
Sesuai dengan namanya, pelangi busur bulan akan menyerupai busur pelangi
yang biasanya muncul pada waktu malam. Jenis pelangi yang juga dikenali
sebagai pelangi lunar ini adalah salah satu yang cukup jarang untuk ditemui.
Untuk pelangi busur bulan ini terbentuk, biasanya perlu adanya hujan lebat
pada saat bulan purnama. Setelah hujan mereda, pelangi busur bulan akan
muncul jika sinar bulan purnama tidak terhalang oleh awan. Keunikan fenomena
ini terletak pada kombinasi antara cahaya bulan yang lembut dan sisa-sisa
kelembapan udara dari hujan yang menciptakan cahaya warna di langit malam.
Pelangi merupakan fenomena alam yang memukau dan mengagumkan yang berlaku
apabila cahaya matahari disebarkan dan pecah kepada pelbagai warna dalam
spektrum. Dengan memahami proses pembentukan pelangi dan berbagai jenis
variasinya, kita dapat lebih menghayati keindahan alam yang penuh warna ini.
Dengan bantuan berbagai teknik pengingatan, kita dapat mengingat urutan
warna dalam pelangi dengan lebih mudah.
warna pelangi, susunan warna pelangi, warna indigo, cara ingat warna pelangi
upin & ipin, warna pastel, campuran warna indigo, warna indigo warna apa,
pelangi sekunder,
Tags:
Cara Ingat Warna Pelangi Upin & Ipin
Jenis-jenis Pelangi
Pelangi Sekunder
Santai
Susunan Warna Pelangi
Warna Indigo Warna Apa
Warna Pelangi