BOH Pure Green Tea telah memperkenalkan pek baharu mereka di acara Wellness in
a Cup di di Aurum Theatre The Garden Mall, Mid Valley. Menampilkan selebriti
Azira Shafinaz sebagai duta terbaru bagi BOH Pure Green Tea, majlis turut
dihadiri oleh pengamal media KOL serta wakil dari pihak BOH sendiri. Di majlis
yang sama, pihak BOH juga mengadakan satu sesi demonstrasi penyediaan minuman
'Passion of Bunga Raya' yang menggunakan BOH Pure Green Tea.
BOH Pure Green Tea Kini Tampil Dengan Wajah Baru
Acara Wellness in a Cup tidak sekadar menandakan pelancaran semula BOH Pure
Green Tea dalam kemasan baru, rebranding dengan wajah baru tetapi masih
mengekalkan rasa klasik teh BOH dengan aroma tehnya yang tersendiri.
Kemasan yang diberi nafas baru dengan warna lebih segar dan reka bentuk pek
minimalis memberikan keseimbangan sempurna antara tradisi dan masa kini. Apa
yang lebih membanggakan, kemasan ini kini dihasilkan dengan menggunakan bahan
yang diperolehi secara mampan melalui Majlis Pengurusan Hutan (FSC),
menunjukkan komitmen BOH terhadap kelestarian alam sekitar.
Kenikmatan Teh Hijau Sejati BOH
BOH Pure Green Tea dihasilkan daripada 100% daun teh hijau yang memberikan
rasa teh hijau asli yang autentik. Menikmati segelas BOH Pure Green Tea tidak
hanya menyegarkan, tetapi juga memberikan ketenangan minda. Bagi mereka yang
mengutamakan gaya hidup sihat, minuman ini adalah alternatif yang sempurna,
menghadirkan kesegaran dan pemulihan yang diimpikan. Tidak menghairankan
mengapa BOH Pure Green Tea menjadi pilihan minuman yang lebih sihat dan sesuai
dihidang pada bila-bila masa dan acara.
Azira Shafinaz Duta Jenama BOH Pure Green Tea - Wellness in a Cup
Kehadiran Azira Shafinaz sebagai Duta Jenama BOH Pure Green Tea (syafinaz
DeFam) menghangatkan acara ini apabila beliau berkongsi bagaimana gaya hidup
sihat dan minuman BOH Pure Green Tea telah membantu menjaga keseimbangan dalam
kehidupan hariannya yang sibuk. Sebagai seorang pencinta teh, Azira tidak
pernah ketinggalan BOH Pure Green Tea yang membantu menjaga amalan gaya hidup
sihatnya.
“No matter what my day demands, I know I can count on my Wellness in a Cup," kata Azira Shafinaz, Duta Jenama BOH Pure Green Tea dan juga merupakan De Fam members.
Kehidupan seharian yang sibuk, jika tidak diuruskan dengan baik memang boleh
menjadikan diri kita merasa stress dan penat. Oleh itu bagi mendapatkan
keseimbangan kehidupan, kita perlu rehatkan diri seketika dari jadual yang
padat dengan berehat sejenak. Paling penting perlu ada BOH Pure Green Tea
menemani.
Duta jenama BOH Pure Green Tea ini juga turut berkkngsi 5 tip gaya hidup sihat yang beliau amalkan sebagai rutim. Antaranya minum teh BOH Pure Green Tea, minum air secukupnya, tidur yang cukup, melakukan senaman ringan setiap hari seperti menari atau bermain badminton.
Minuman Istimewa Passion of Bunga Raya
Acara ini juga memperkenalkan minuman istimewa "Passion of Bunga Raya," hasil
kerjasama Chef Chris dari Jin Gastrobar dan Azira Shafinaz. Kombinasi teh
hijau BOH, buah Markisa (passion fruit), asam boi, lemonade, dan ais,
mencipta perpaduan rasa yang memukau dan menyegarkan. Sesuai dengan semangat
kemerdekaan negara, minuman ini adalah ungkapan cita rasa kepelbagaian
Malaysia.
Majlis ini juga memberi peluang kepada komuniti untuk menyertai pengalaman
"Wellness in a Cup." BOH Pure Green Tea Truck, dengan misi menyampaikan
kesegaran kesejahteraan, akan melawat kawasan terpilih sepanjang bulan Ogos.
Penggemar dan pencari kesihatan dapat menyertai perjalanan ini dan merasai
pengalaman unik minuman yang menyegarkan dari BOH Pure Green Tea.
Tonton Filem Meg 2 The Trench Di Aurum Theatre
Setelah majlis rasmi, semua tetamu berpeluang untuk menonton filem "MEG2: The
Trench" di Aurum Theatre The Garden Mall. Keselesaan pawagam mewah, Getha Lux
Suites iyang sangat memuaskan dan secawan BOH Pure Green Tea yang disajikan
khas untuk acara tersebut, menambahkan lagi kehangatan kepada pengalaman
menonton yang menyeronokkan.
Melalui kombinasi rasa, komitmen terhadap alam sekitar, dan semangat hidup
sihat, BOH Pure Green Tea membuktikan bahawa kesejahteraan sejati bermula
dalam setiap cawan yang dicurahkan dengan kebaikan semulajadi teh hijau.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial IG dan FB BOH Malaysia.
boh green tea benefits, green tea boh untuk kurus, green tea boh kebaikan, boh green tea ingredients, de fam members, syafinaz defam,
Tags:
Azira Shafinaz
Boh Green Tea Benefits
Boh Green Tea Ingredients
BOH Pure Green Tea
De Fam Members
Green Tea Boh Kebaikan
Santai
Syafinaz De Fam