Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus

Trending

Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus

Kuih tradisional telah menjadi sebahagian daripada warisan budaya masyarakat Malaysia. Di antara pelbagai jenis kuih muih yang ada, kuih koci dan tepung bungkus adalah antara dua jenis kuih yang masih memikat lidah penduduk tempatan. Walaupun kelihatan serupa dari segi bentuk dan pembungkusan, terdapat perbezaan yang ketara dalam segi rasa, tekstur, dan inti antara kedua-dua jenis kuih ini. Jom baca lebih lanjut untuk ketahui beza antara kuih koci dan tepung bungkus.

Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus

Kuih Koci : Bahan Utama dan Pembuatan

Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya.

Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus


Gula merah memberi rasa manis dan aroma yang unik kepada kuih ini. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Selain kuih koci biasa, ada juga yang menyukai Kuih Koci Pandan, Kuih Koci Pulut Hitam dan Koci Labu Bersantan.

Tekstur dan Rasa Kuih Koci

Kuih koci memiliki tekstur yang lembut dan lembik. Rasanya juga sangat tradisional dengan kombinasi rasa manis (inti dari kelapa bergula melaka) dan berlemak dari santan kelapa dan pulut. Dengan bau daun pisang yang harum, telah membuatkan kuih koci ini diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih koci biasanya dihidangkan untuk pencuci mulut dalam acara kenduri. Sangat sedap dinikmati ketika minum petang!

Resepi Kuih Koci

Bahan-bahan
1paket tepung pulut
1/2 cwn tepung jagung
2cwn santan pekat
Garam secukup rasa

Inti koci
1biji Kelapa muda
Sedikit inti durian (optional)
1cwn gula merah
1/2cwn gula putih
1/2cwn air
Garam
Daun pandan (disimpul)

Cara Buat Kuih Koci

  1. Masak santan, tepung jagung & garam jangan smpai likat cukup suam.
  2. Letakkan tepung pulut dalam bekas besar.
  3. Masukkan adunan santan & tepung jagung tadi gaul hingga tidak melekat di tangan.

Inti Kuih Koci
  1. Cairkan gula, gula merah, garam & air hingga berbuih.
  2. Masukkan kelapa. Masak biar kering dan letakkan 2 sudu tepung gandum.
  3. Mulakan bungkus tepung pulut & inti. Kukus 10minit. Siap.

Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus
Kuih Koci Inti Kelapa/Biasa

Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus
Kuih Koci Pulut Hitam


Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus
Kuih Koci Labu

Tips Memasak Kuih Koci

  • Didih santan jangan terlalu pekat ataupun cair. Kalau tercair sangat bancuh sedikit dengan tepung beras + air. Masak sampai dadih berbuih untuk tahan lama.
  • Kacau doh yang sudah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
  • Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh didalam air. Sebab ketika doh sudah masak harus terus dimasukkan dalam santan. Kalau tidak nanti melekat2.
  • Setelah inti siap dimasakkan. Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah sejuk dan agak beku. Keluarkan dan bulat-bulatkan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Tidak melekit dan kerja jadi cepat.
  • Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, imbang inti 11gm dan doh 21gm setiap satu.

Tepung Bungkus : Bahan Utama dan Pembuatan

Kuih tepung bungkus ini di buat dari tepung beras dan santan untuk bahagian luarnya dan dibungkus dengan daun pisang. Santan segar yang pekat diperlukan untuk dicampurkan bersama tepung beras dan di masak sehingga likat. Bagi mengelakkan tepung bungkus ini melekat pada daun pisang, pastikan santan yang digunakan adalah santan asli segar yang pekat.

Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus


Untuk bahagian dalamnya, inti kelapa manis akan di salut dengan tepung pulut supaya kuih ini lebih sedap. Ada juga sesetengah orang yang terus isikan inti kelapa sahaja tanpa tepung pulut, namun rasanya kurang sedap.

Masa mengukus kuih ini pula tidak boleh terlalu lama untuk mengelakkan tepung bungkus menjadi lembik dan air kukusan akan masuk ke dalam kuih. Kuih ini lebih sedap di makan semasa sejuk.

Tekstur dan Rasa Kuih Tepung Bungkus

Tepung bungkus mempunyai tekstur lembut dengan rasa inti kelapa dan tepungnya yang lemak masin. Kalau mahukan tekstur yang sedikit kenyal boleh tambah sedikit tepung ubi. Bagi yang gemar rasa manis, boleh gunakan inti kacang merah berbanding inti kelapa.

Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus


Resepi Tepung Bungkus

Bahan A
1 biji kelapa - diambil santannya
300gm tepung beras
2 sudu makan tepung pulut
Daun pisang secukupnya

Bahan B (Inti)
1/2 biji kelapa parut
240gm gula pasir
300gm gula merah
2 sudu makan tepung pulut

Cara Buat Tepung Bungkus

  1. Untuk membuat inti, kelapa parut digaul dengan gula merah dan gula pasir di atas api yang sederhana. Pastikan ia dikacau sebati. Setelah itu, angkat dan sejukkan. Kemudian gentelkan adunan bulat-bulat sebesar biji guli.
  2. Kemudian bancuh tepung pulut dengan sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Ambil sejemput kecil bancuhan tepung pulut tadi dan balutkan pada inti yang telah digentel.Lakukan hingga selesai semuanya. Ketepikan.
  3. Untuk membuat adunan tepung bungkus homemade pula, tepung beras dibancuh dengan santan, kemudian jerangkan di atas api hingga pekat. Setelah itu, angkat dan sejukkan sebentar.
  4. Ambil sesudu adunan tersebut dan letakkan di atas daun pisang.
  5. Kemudian letakkan inti di tengahnya. Bungkuskan seperti membuat kuih naga sari. Lakukan sehingga habis semua adunan.
  6. Kukus sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan.

Tips Memasak Kuih Tepung Bungkus

  • Guna gula nipah dan dicampur sedikit gula merah untuk rasa dan warna inti lebih menarik.
  • Tambah sedikit tepung gandum sebagai gam supaya inti tidak berderai.
  • Gunakan api sederhana semasa mengukus supaya bungkusan tidak terbuka.
  • Biarkan kuih sejuk dahulu sebelum makan supaya isi putihnya lebih keras
  • Sebelum membungkus adunan, layurkan daun pisang di atas api terlebih dahulu.
  • Bolehlah disapu sedikit minyak atas daun pisang supaya kuih tidak melekat dan tidak comot.

Kedua-dua jenis kuih ini mempunyai daya tarikan dan rasa tradisional yang tersendiri. Meskipun terdapat persamaan dari segi penampilan, perbezaan dalam bahan, tekstur, rasa, dan cara penyediaan menjadikan kuih koci dan tepung bungkus sebagai pilihan yang menarik untuk dinikmati dalam pelbagai acara dan situasi.

Kuih Koci, Tepung Bungkus, Beza Kuih Koci dan Tepung Bungkus, Kuih Koci Leleh, Kuih Koci Santan, Resepi Kuih Koci Labu, Resepi Kuih Koci Tepung Pulut Putih, Tepung Bungkus in English, Nama Lain Tepung Bungkus,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post