Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)

Trending

Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)

Daun Kesum adalah tumbuhan asal Asia Tenggara yang sering digunakan dalam hidangan masakan. Masyarakat di Malaysia, Singapura, dan Indonesia kerap menggunakan daun ini sebagai bahan penting dalam hidangan laksa. Aroma harum dan cita rasa pedas dari daun kesum memiliki ciri tersendiri dan mampu mengurangkan bau hanyir ikan, ayam, atau daging. Daun Kesum dan Daun Laksa sebenarnya merujuk kepada tumbuhan yang sama dan daun kesum in english dikenali sebagai Vietnamese Mint atau Vietnamese Coriander.

Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)

Nama Lain Daun Kesum/Pokok Kesum

Daun Kesum (Persicaria Odorata) adalah herba yang dikenali secara meluas di seluruh kawasan Asia Tenggara. Selain daripada dikenali sebagai daun laksa, ia juga mempunyai beberapa nama lain mengikut kawasan di Asia Tenggara.
  • Vietnamese Coriander
  • Vietnamese Mint
  • Rau Ram (Polygonum odoratum) di Vietnam
  • Phak Phai di Thailand
  • Pak Phaew dalam bahasa Laos

Jenis Daun Kesum

Daun kesum mempunyai dua jenis utama, iaitu jenis menjalar dan jenis menegak. Meskipun mempunyai bentuk pertumbuhan yang berbeza, kedua-dua jenis ini mempunyai khasiat daun kesum yang sama.

Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)
Pokok Kesum Jenis Tegak


Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)
Pokok Kesum Jenis Menjalar

Pokok Kesum merupakan jenis tumbuhan renek yang menjalar tumbuh di atas tanah atau menjalar diatas pokok lain atau pada benda sokongan yang lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 meter di kawasan rendah, tetapi di kawasan tinggi seperti di Cameron Highlands, ia mampu tumbuh sehingga setinggi 1.5 meter.

Kegunaan Daun Kesum Dalam Masakan

Daun Kesum digunakan untuk menambahkan rasa dalam hidangan seperti laksa Penang dan kadang-kala dimakan mentah sebagai ulam oleh mereka yang menjalankan gaya hidup sihat secara semulajadi.

Aroma harum dan rasa tajam daun kesum ini, yang merupakan percampuran antara daun kemangi dan daun kari, dapat meningkatkan citarasa hidangan seperti sup ikan asam pedas, laksa, kari ikan, dan kari ayam. Penggunaan daun kesum juga dapat mengurangkan bau hamis/hanyir dari hidangan yang mengandungi ikan.

Daun Kesum juga boleh ditambahkan ke dalam nasi semasa proses memasak untuk memberikan aroma yang harum.

Manfaat Kesum dalam Kesihatan

Selain dari meningkatkan rasa hidangan, daun kesum yang mempunyai rasa pedas juga mempunyai banyak manfaat kesihatan.

Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)
Pokok kesom batang merah


  • Kaya akan beta karoten, vitamin A & C, serta mineral seperti kalium, kalsium, dan fosforus.
  • Memiliki sifat antioksidan dan antimikrob yang baik untuk kesihatan.
  • Digunakan dalam resepi tradisional untuk merangsang pertumbuhan rambut, merawat masalah cacing, dan lain-lain.
  • Berfungsi dalam masakan sebagai penyubur dan penghitam rambut secara semulajadi.
  • Mempunyai potensi merangsang haid dan membantu pemulihan selepas bersalin.

Resipi Daun Kesum

Nasi Goreng Daun Kesum, Asam Pedas Ayam Johor, Resepi Laksa Utara


Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)


Nasi Goreng Daun Kesum

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk belacan
5 batang kacang buncis - dihiris halus
5 tangkai daun kesum
1 sudu kecil stok pekat ayam
1 biji telur - dipukul
3 keping isi ayam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Cara Memasak:
1. Marinate/perap isi ayam dengan serbuk lada sulah dan garam, biarkan selama 30 minit.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah, dan cili padi.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan belacan hingga harum.
4. Masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
5. Kemudian masukkan kacang buncis, goreng sekejap, dan tuangkan telur.
6. Apabila telur tiga perempat masak, masukkan nasi dan gaul rata.
7. Tambahkan stok pekat ayam dan garam secukupnya ke dalam nasi.
8. Setelah nasi sebati dengan semua bahan, masukkan daun kesum. Gaul rata, angkat dan hidangkan.

Selain dari Nasi Goreng Daun Kesom, anda juga boleh cuba Resepi Asam Pedas Ayam Johor dan Resepi Laksa Utara Mudah. Kedua-dua masakan ini lagi sedap ditambahkan dengan daun laksa/daun kesum.

Pengganti Daun Kesum dalam Laksa dan Masakan?

Tiada pengganti untuk daun kesum atau Vietnamese Coriander/Vietnamese Mint. Tiada herba lain yang mempunyai aroma yang sama yang dikaitkan dengan asam pedas dan laksa. Pokok kesum memiliki aroma yang sangat spesifik dan tidak dapat digantikan dalam hidangan seperti asam pedas dan laksa.

Cara Tanam Daun Kesum Dari Batang

Cara tanam kesom paling mudah adalah dengan keratan batang.

  1. Pilih beberapa batang kesum yang sihat dan tidak terlalu tua. Potong batang kesum dengan panjang sekitar 15-20 sentimeter. Pastikan setiap batang mempunyai beberapa helai daun.
  2. Buang daun bahagian bawah. Biarkan sekitar 2-3 helai daun di bahagian pucuk. Sebab kita kurangkan daun adalah agar kita dapat kurangkan proses transpirasi. Transpirasi adalah proses pokok kehilangan air yang banyak.
  3. Tanam batang sedalam 2/3 dari keratan batang
  4. Letak di tempat separa redup selama 7 hari dan juga mendapat sedikit cahaya matahari (tidak terkena cahaya matahari terus)

Beza Daun Kesum dan Daun Laksa (Vietnamese coriander, Vietnamese Mint)


Penanaman dalam Pasu
  1. Jika menanam dalam pasu, pastikan pasu tersebut mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan air bergenang.
  2. Isi pasu dengan campuran tanah yang baik untuk ditanam, seperti campuran tanah taman dan pasir.

Cara Simpan Daun Kesum Tahan Lama (Daun Laksa)

Untuk menyimpan daun kesum Vietnam, balutkan daun kesum dengan tisu dapur atau letak dalam beg plastik eco-friendly mesra alam, dan simpan di dalam peti sejuk. Daun kesum akan tahan beberapa hari, terutama yang disimpan dalam beg plastik.

Ketika hendak digunakan, cukup bilas dengan air sebelum penggunaan. Walaupun daun yang sudah berwarna hitam, ia masih boleh digunakan. Rasa dan aroma tetap masih ok dan sama.

daun kesum dan daun laksa, kegunaan daun kesum dalam masakan, pengganti daun kesum dalam laksa, cara simpan daun kesum tahan lama, cara menyimpan daun kesum tahan lama, daun kesum in english,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post