Tempat Menarik Di Penang : Penang Trip - Day 1 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tempat Menarik Di Penang : Penang Trip - Day 1

Trending

Tempat Menarik Di Penang : Penang Trip - Day 1

30/12/2018 Happy New Year 2019! Episod travel kali ni cuma berlibur dalam negara sahaja ke negeri Pulau Pinang. Actually Ogos 2018 yang lepas, Kak Bell bersama dengan gadis-gadis Sunsilk ada pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Btw, post untuk trip ke sana sampai ke sudah Kak Bell tak tulis. Walhal gambar dah siap edit. Disebabkan Note5 Kak Bell pecah and now pakai NoteFE, sampai terlupa ada simpan data previous travel dalam tu! Kita pulak dah faktor usia nak mengingat semua benda. Walau apapun Kak Bell akan cari masa untuk tulis trip tu nanti ye sebab rugi tak berkongsi momen dan gambar menarik di Pulau Perhentian. Apart from that, Kak Bell pun dah terlepas nak join model-model ni masa trip ke Vietnam, Australia dan Mabul. So sad!

tempat best di penang

Trip ke Penang ni dirancang masa November 2018. Macam biasalah, penerbangan AirAsia menjadi pilihan percutian kali ini dengan tiket return berharga RM199. Dah musim cuti dan hujung tahun, tak kuasalah nak drive ke Penang. Maunya sesak di jalan raya. Tiket ke Penang kami booking pada 10 November 2018. Episod 3 hari 2 malam di Penang bermula pada 30 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019. Edisi kali ni cuma disertai 4 orang finalist je. Gadis-gadis Sunsilk lain ada komitmen lain dan rata-ratanya memang dah orang utara Penang dan Kedah. Jadi jemu dah kot depa nak jalan Penang lagi kan. Terima kasih buat Ms Faye Hassan sebagai perancang perjalanan dan selaku driver sepanjang trip, selain Ms Sherry dan Dania Awan Biru. Kitaorang just ambil grab sahaja ke airport sebab lebih mudah. Tempat penginapan pula, Kak Bell booking melalui Airbnb untuk tempoh 2 malam.

tempat best di penang



Kali ni itinerary kitaorang memang padat. Banyak tempat-tempat menarik yang hendak dikunjungi. End up, disebabkan masa tak cukup, cuma beberapa tempat sahaja yang sempat kami kunjungi. Tak sempat nak makan nasi kandar Deen Maju, pergi ke Peranakan Mansion, Botanical Garden, Kapitan Keling Mosque, nak tengok mural Russian artist, Julia Volchkova dan sebagainya. Nampak tak dalam itinerary Ms Faye memang dah padat. Mungkin next time lah pergi jika melawat kembali ke Penang. Sebelum ni Kak Bell pernah belajar di Matrikulasi Penang. Masa kat sana memang tak pernah pergi berjalan ke mana-mana pun. Setakat naik feri ajalah masa tunggu bus di Butterworth. Bayangkan dah lebih 10 tahun baru ada rezeki datang semula ke sini. Berikut ni merupakan kos trip ke 3D2N ke Penang tempohari. Total expenses termasuk flight, kereta dan lain-lain.

No 
Items 
1Pax Fee 
Total 
1 
Flight return 
RM199 
RM796 
2 
Airbnb Penang Sweet Home at Sri Tanjung Pinang (apartment) 
-4 guest/RM188x2 nights  
-service fee -RM48.50 
* 
RM327.50 
3 
Grab car 
RM72 
RM144 
4 
Kereta Sewa Thrifty (2day 3hours) 
* 
RM200 
5 
Minyak kereta 
* 
RM34 
6 
Parking Komtar 
* 
RM10 
7 
The Blue Mansion 
RM16 
RM64 
8 
The TOP Penang (indoor theme park) 
RM74 
RM296 
9 
Bali Hai Seafood 
* 
RM145.40 
10 
Penang Hill 
RM10 
RM40 

Grand Total *exclude personal expenses on food, etc 

RM2057 

Total per person 
RM514.30 


Kitaorang naik flight AK6122 dari KLIA2 pada jam 11 pagi dan perjalanan cuma kurang sejam. Memang tak ada beli luggage dan meal sebab baru je korang nak makan, pilot dah announce nak sampai. Hehe. Sekejap sahaja kan, dah sampai Penang nanti ko malantak la puas-puas. Penang banyak makanan kot kan! Sampai Penang International Airport terus ke kaunter kereta sewa untuk ambil kereta. Kat sini terdapat banyak kaunter untuk sewa kereta. Untuk memudahkan, semua urusan booking telah diuruskan oleh Pegawai Kewangan kitaorang, Ms Sherry. Kitaorang gunakan khidmat kereta sewa dari Thrifty dan sewa kereta i10 Hyundai 1.25FL. Kereta kecik pun jadilah untuk 4 orang model. Semasa bayaran, deposit RM600 dikenakan.

tempat menarik di penang

Bermulalah edisi trip menjelajah tempat menarik di Penang. Hari pertama ni kitaorang explore sekitar bandar Georgetown. Sebelum check-in di Penang Sweet Home at Sri Tanjung Pinang pada jam 3, pusing-pusing sekitar Georgetown untuk makan tengah hari dan semestinyalah nak makan nasi kandar. So, bukak Waze terus menuju Deen's Maju Nasi Kandar. Bandar Georgetown pun agak sibuk petang tu, rasanya sesak macam di KL pula dan cuaca sangatlah panas. 

Deen's Maju Nasi Kandar ni buka jam 2.30PM-11PM. Kitaorang sampai dalam jam 1.30PM macam tu. Punyalah terkejut bila tengok orang ramai dah mula beratur panjang kat situ. Bayangkan wei dorang beratur gila awal sebelum kedai bukak. Disebabkan dah lapar, panas dan dah becak, terus cancel nak makan di Deen Maju. Tukar plan makan di Astaka Stadium di area Stadium Sungai Ara. Surprisingly, lauk pauk di food court tu pun semua dah habis juga ye. Makan ajalah apa yang ada. Dekat area stadium tu, ada gerai menjual Popia Basah Penang. Siapa yang suka bolehlah cuba nanti. Btw, Kak Bell tak taste sangat popia basah dan kuahnya tu.

tempat menarik di penang
Ruang apartment

Lepas makan, terus ke apartment Sri Tanjung Pinang di Tanjung Tokong. Kami check-in jam 3 petang. Keadaan rumah sangat selesa dengan 3 bilik, ada aircond, kabinet dapur lengkap, peti ais, hair dryer, water heater dengan 2 bilik air. Interior deco rumah ni pun cantik. Btw, rumah ni tak ada sediakan perkhidmatan WiFi. So, pakai data phone sahaja ye. Sadly, Kak Bell terlupa nak snap gambar rumah ni tempohari. Korang boleh tengok keadaan apartment through post IG kat bawah ni kay.


Aktiviti pada petang tu cuma lepak santai sahaja di Plaza Gurney dan jalan-jalan di Paragorn Mall. Dari apartment, ambil masa dalam 5 minit perjalanan je ke Plaza Gurney. Lepas coffee, boleh pulak kitaorang membeli belah kat Paragorn Mall, sebab ada sale! Hahaha. Plaza Gurney tu tak ada apa pun, that's why kami pergi ke Paragorn Mall. Then balik apartment, rehatkan badan sekejap, get ready untuk cari makan malam dan berjalan ke Penang Avatar Secret Garden.

tempat menarik di penang

tempat menarik di penang
San Francisco Coffee


Untuk malam hari pertama di Penang, kitaorang akhirnya berjaya juga makan nasi kandar di Restoren Mohamed Raffee. Masa sampai keadaan masih belum sesak. Elok je gadis-gadis beratur, terus berpusu-pusu orang datang nak makan ye. Seriously memang semua tempat nak makan kena beratur hokkay, tunggu episod lepas ni pun tetap kisah beratur jugak! Hahaha. Kalau di KL, Kak Bell selalu makan nasi kandar di Q-Bistro TTDI, so far kat situ paling menepati citarasa.

tempat menarik di georgetown
>
tempat menarik di georgetown

Nasi Kandar di Restoren Mohamed Raffee boleh tahan juga rasanya. Ayam goreng dia memang sangat sedap, kuah karinya pun sedap ada masam-masam dan pertama kali juga cuba makan telur sotong. Ko tengok ni orang tengah beratur panjang dan lauk-pauk pun dah habis juga. Laris betul. Korang semua ni pun lapar kebuluq macam kitaorang semua jugak ke? Hiks.

tempat menarik di georgetown

Kalau kat Q-Bistro TTDI, bendi tu sebatang caj RM1.70 kalau tak silap. Gile mahal jugak kan. Harga nasi kandar lauk ayam goreng+bendi+air RM8.70. 

tempat menarik di georgetown
Harga ok RM8.70

Dah habis dinner, terus menuju destinasi seterusnya ke Penang Avatar Secret Garden di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Actually, tempat ni tak masuk dalam list percutian kitaorang pun. But owner rumah sewa tu ada bagitahu la attraction places nearby yang kami boleh lawati. Kebetulan pulak Penang Avatar Secret Garden ni dekat je dengan apartment sewa kami. So, plan pergi sana ajelah lepas makan.

Penang Avatar Secret Garden ni agak baru tapi popular jugalah sebab Kak Bell pernah baca dan tengok gambarnya cantik di Instagram. Actually kawasan Avatar ni ialah sebuah kawasan tokong iaitu Thai Pak Koong Temple. Nak melawat tempat ni memang kena datang pada waktu malamlah, baru boleh tengok ke Avatarannn nya yang dihias dengan lampu-lampu LED neon. Kalau datang waktu siang memang korang tengok pokok ajelah.

apa yang menarik di penang

Avatar Secret Garden ni taman yang dihias dengan lampu-lampu neon LED berwarna-warni yang bertukar warna, ala-ala macam dalam filem Avatar. Korang boleh Waze sahaja ke sini. Btw, bila sampai je rasa lain macam sebab Waze bawak ke kawasan rumah flat. Dahla Waze ni kepala hangguk dia bawak entah ke mana-mana tempat kan! Kawasan agak jammed la sebab ramai yang datang dan parkir kereta pun penuh. So, ikutkan ajelah penjaga parkir tu dan park dalam kawasan perumahan flat tu. Bayaran dikenakan RM5. Kalau tak nak bayar, mungkin korang boleh parkir di sekitar jalan berhampiran. Lepas park, korang kena berjalan sedikit dalam lebih kurang 100 meter ke kawasan taman Avatar. Caj masuk adalah RM1.

apa yang menarik di penang

Bila dah sampai, keadaanya biasa-biasa saje yer. Di kawasan temple tu, kena naik tangga untuk sampai ke tempat pokok besar Avatar. Dah nama tokong, ada la tugu ular dan lain-lain. Dalam gambar or video memang gile cantik tempat ni. Memang tertarik bila tengok gambar yang sangatlah instagrammable kat sini. Tetapi korang jangan high expectation sangatlah sebab korang datang untuk tengok keindahan lampu-lampu LED je disini. Di kawasan pantai pun actually ada tempat yang dihias tapi tak dihias dengan lampu, so kitaorang tak pergi tengok.

apa yang menarik di penang

tempat best di pulau pinang

tempat best di pulau pinang

tempat best di pulau pinang

Part kelakarnya, caj parking lebih mahal ye dari caj nak masuk dalam tu. So, takdelah ralat mana sebab RM1 je. Nak ootd pun susah sebab gelap. Maklumlah Kak Bell snap gambar pakai phone aje pun. Jadilah sekadar puaskan hati nak tengok sendiri apa yang ada di Penang Avatar Secret Garden. Btw, DBKL pun ada buat pokok Avatar kan kat KL? Hehe.

Bagi yang hendak berkunjung ke sini boleh Waze, Avatar Secret Garden, Penang. Alamat 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia.

tempat menarik di penang

Dah tamat aktiviti untuk hari pertama. Drive back to apartment berehat untuk destinasi seterusnya esok Tempat Menarik Di Penang : Penang Trip - Day 2 (Part 1)

tempat best di penang,tempat menarik di penang,tempat menarik di georgetown,apa yang menarik di penang,tempat best di pulau pinang, Penang Trip,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post