Puasa adalah salah satu ibadah penting dalam agama Islam, di mana umat Muslim
menjalankannya sebagai bentuk pengabdian dan mendekatkan diri kepada Allah.
Kewajiban puasa pada bulan Ramadhan merupakan rukun Islam ketiga. Namun, ada
beberapa situasi di mana seseorang tidak dapat menjalankan puasa Ramadan pada
waktunya, misalnya karena sakit, haidh (menstruasi), menyusui, bepergian, atau
kondisi tertentu. Dalam kasus seperti ini, puasa tersebut harus diganti dengan
melakukan puasa ganti (qadha') pada waktu lain. Artikel ini akan membahas
tentang niat puasa ganti dan niat bayar puasa Ramadhan.
Hukum Ganti Puasa
Hukum ganti puasa Ramadan adalah wajib dilakukan oleh setiap Muslim yang
mencapai usia baligh (dewasa) dan mampu menjalankan ibadah puasa, namun tidak
dapat menjalankan puasa Ramadan pada waktu yang ditentukan karena alasan yang
sah.
Hukum qadha puasa atau menggantikan puasa Ramadhan ini perlu dibuat mengikut
bilangan hari yang telah ditinggalkan. Hukum ganti puasa adalah wajib seiring
dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183-184 yang bermaksud :
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain ;dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
Siapakah Yang Diwajibkan untuk Ganti Puasa?
Dalam agama Islam, puasa ganti atau qadha' merupakan kewajiban bagi seseorang
yang tidak dapat menjalankan puasa Ramadan pada waktu yang ditentukan karena
alasan yang sah. Golongan yang diwajibkan untuk menggantikan puasa (qadha)
adalah seperti berikut:
- Orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa sebab
- Orang sakit yang ada harapan sembuh.
- Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
- Orang yang kedatangan haid dan nifas.
- Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan.
- Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
- Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
- Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa pada bulan Ramadan.
- Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadhan
Kedua-dua suami isteri tersebut perlu melakukan puasa ganti (qadha puasa
berkenaan) Dan suami juga wajib membayar kaffarah (denda) seperti berikut:
- Memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu;
- Berpuasa selama dua bulan berturut-turut tanpa terputus kalau tidak terdaya;
- Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
- Bagaimana pun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya atau dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarah.
Lafaz Niat Puasa Ganti Ramadan (Qadha’ Puasa Ganti)
Dalam melakukan puasa ganti, seseorang harus berniat dengan tulus dan
sungguh-sungguh. Niat ini dilakukan di dalam hati dan tidak harus diucapkan
dengan kata-kata, tetapi harus diketahui dengan jelas tujuan melakukan puasa
tersebut.
Lafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Niat puasa ganti rumi:
Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala
Niat dalam bahasa Melayu:
1. Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.
2. Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
Hukum Menggabungkan Puasa Ganti Dengan Puasa Sunat
Boleh ke niat puasa ganti sekali dengan puasa sunat? Berdasarkan perkongsian
daripada Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya HARUS untuk menggabungkan
beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu
berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa 6 Syawal,
hari-hari putih, Isnin dan Khamis.
Sebahagian ulama mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya
tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi
mendapatkan pahala berganda.
Lafaz Niat Puasa 6 dan Puasa Ganti
Selain puasa enam Syawal, puasa sunat lainnya juga bisa digabung dengan niat puasa ganti untuk memperbanyak amal ibadah.Niat puasa ganti rumi:
NawaiTu Sauma Ghodin ‘an Qodho’ie RomaDhoNa Ma’a SitTati SyawWaaLi Lillahi Taala
Niat dalam bahasa Melayu:
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Puasa Ganti dan Sunat Rejab Serentak
Niat dalam bahasa Melayu:
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat
Rejab kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Puasa Ganti Digabung Puasa Sunat Yang Lain
Jika anda ingin menggabungkan Puasa Ganti Qadha Ramadan dengan puasa sunat yang lain, maka niatnya boleh dilafazkan dalam Bahasa Melayu sahaja. Hukumnya adalah harus.Contoh niat dalam bahasa Melayu:
1. Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat hari Isnin/Khamis kerana Allah Taala.
2. Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Niat Buka Puasa Ganti
Sebenarnya doa berbuka puasa ganti sama sahaja dengan doa berbuka puasa Syawal dan Ramadan.
اَللّٰهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Niat buka puasa ganti rumi:
Allaahumma lakasumtu wabika aamantu wa'alaa rizqika afthortu birahmatika yaa arhamar-roohimiina.
Niat dalam bahasa Melayu:
Ya Allah karenaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmatMu, ya Allah yang Tuhan Maha Pengasih.
Hukum Tidak Membaca Niat Puasa Ganti
Niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa qada dan nazar)
hendaklah diniatkan pada malam hari berdasarkan kepada sabda Rasulullah
SAW bahawa:
مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ مِن اللَيْلِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya)
di malam hari, maka tidak sah puasanya. - Riwayat al-Nasaie (2334).
Jadi, hukum bagi mereka yang lupa untuk berniat untuk puasa ganti adalah
tidak sah puasanya.
Waktu Niat Puasa Ganti
Niat puasa ganti dapat dilakukan pada waktu sebelum terbitnya fajar
(subuh) atau kapan saja sebelum waktu berbuka puasa (maghrib) pada hari
yang akan berpuasa.
Waktu Ganti Puasa Ramadan
Puasa ganti Ramadan dapat dilakukan bila-bila sahaja setelah Ramadan
berakhir. Anda boleh gantikan puasa pada bila-bila masa selepas bulan
Ramadan sehinggan ke bulan Ramadan seterusnya kecuali pada hari yang
dilarang berpuasa seperti pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan
Aidiladha.
Hari Yang Diharamkan Melakukan Puasa
Meskipun puasa adalah ibadah yang dianjurkan, ada beberapa hari yang
diharamkan untuk berpuasa, seperti Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha.
barikut adalah antara hari yang diharamkan berpuasa:
- Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
- Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
- Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Pengertian Fidyah
Apakah maksud fidyah? Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada
seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada
sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Jika
anda gagal melakukan puasa ganti sepanjang tempoh tersebut, maka anda
diwajibkan untuk membayar fidyah. Ia dikeluarkan mengikut bilangan hari
berpuasa yang ditinggalkan dan diberikan kepada fakir miskin.
Hukum Membayar Fidyah
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut
bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan
(hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Lafaz Niat Fidyah
Tiada lafaz khusus untuk niat fidyah. Anda boleh berniat dalam Bahasa
Melayu sahaja semasa membayar fidyah. Hukum lafaz niat adalah sunat.
Yang wajib adalah niat di dalam hati.
Inilah fidyah puasa yang wajib atas ku kerana Allah Taala
Kadar Fidyah
Fidyah juga merupakan satu keringanan bagi mereka yang tidak mampu untuk
berpuasa ganti. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang
bersidang pada tahun 2001, maka diputuskan bahawa tidak wajib
menggandakan fidyah, yakni hanya dibayar berdasarkan hari yang
ditinggalkan sahaja biar pun sudah berlalu beberapa tahun. Oleh itu,
dalam situasi ini, bayaran fidyah itu bergantung kepada KEMAMPUAN
pembayar fidyah itu sendiri.
- Kadar fidyah yang dikenakan ialah sebanyak satu mud, iaitu satu cupak (700± gram) bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
- Memberikan lebih daripada secupak kepada seorang fakir miskin adalah digalakkan (hukumnya harus). Akan tetapi, membahagikan satu cupak makanan kepada dua orang fakir miskin adalah tidak sah.
Jika pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang kaya dan
berkemampuan, maka pembayaran fidyah dan kafarah yang tertangguh
hendaklah digandakan sesuai dengan qaul yang sahih dalam mazhab Imam
Syafie.
Akan tetapi, jika pembayar fidyah dan kafarah itu di kalangan orang yang
tidak berkemampuan, maka tidak perlu digandakan berpandukan kepada satu
qaul yang lain di dalam mazhab Syafie.
Kesimpulan
Dalam Islam, puasa ganti merupakan tanggung jawab yang harus dipenuhi
oleh setiap Muslim kerana ia merupakan salah satu ibadah yang wajib
dilaksanakan. Semoga artikel ini bermanfaat bagi pembaca yang mencari
informasi tentang niat puasa ganti dan niat bayar puasa Ramadhan.
Niat Bayar Puasa Ramadhan, niat puasa ganti, niat puasa 6 dan puasa
ganti, Niat buka puasa ganti, Niat Puasa sunat khamis dan Puasa Ganti,
Niat puasa ganti dan sunat rejab serentak, boleh ke niat puasa ganti
dengan puasa sunat, waktu niat puasa ganti,
Tags:
Agama
Boleh ke Niat Puasa Ganti dengan Puasa Sunat
Niat Bayar Puasa Ramadhan
Niat Buka Puasa Ganti
Niat Puasa 6 dan Puasa Ganti
Niat Puasa Ganti
Waktu Niat Puasa Ganti