Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) dan gastrik adalah dua gangguan
gastrointestinal atau gastrousus yang sering mempengaruhi kehidupan sehari-hari seseorang.
Meskipun gejalanya agak sama dan mirip, keduanya memiliki perbezaan. Artikel
ini akan menjelaskan perbezaan antara GERD dan gastrik, serta memberikan
panduan mengenai makanan yang sesuai untuk pesakit GERD.
Apa Beza GERD dan Gastrik
GERD dan gastrik adalah dua masalah pencernaan yang melibatkan perut (lambung)
dan esofagus. Namun, ada perbezaan gerd dan gastik. GERD adalah singkatan dari
Gastroesophageal Reflux Disease, yang terjadi ketika asid dalam perut naik
semula ke esofagus dan menyebabkan iritasi dan ketidakselesaan. Sementara itu,
gastrik terkait dengan keradangan pada dinding perut. Perbezaan yang
menyebabkan gejala dan cara penanganannya juga berbeza.
GASTRIK
Penyakit ini lebih berkaitan dengan perut. Di dalam perut kita terdapat satu
lapisan mukosa yang bertindak sebagai penghalang atau pelindung lapisan perut
kita. Apabila kita makan, makanan tersebut akan melalui proses penghadaman. Ia
berlaku apabila Asid Hidroklorik tidak stabil semasa proses penghadaman
makanan tersebut. Asid Hidroklorik merupakan antara asid yang kuat dan mampu
menghakis dan boleh mencederakan lapisan perut sekiranya terkena. Sekiranya
lapisan mukosa tadi menipis ia boleh menyebabkan bengkak, atau dinding perut
luka dan menyebabkan berlakunya gastrik.
GERD
GERD pula lebih kepada radang dibahagian esophagus atau salur makan.
Dibahagian perut kita yang bersambung dengan salur makan terdapat satu injap
yang dipanggil Lower Esophagus Splichter (LES). LES ini berfungsi menyekat
pengaliran semula asid perut ke salur makan semasa proses penghadaman. Asid
refluks terjadi apabila LES gagal berfungsi dan tidak tertutup yang
menyebabkan asid perut yang dirembeskan semasa penghadaman makanan tadi
berbalik ke dalam saluran esophagus atau salur makan atau kerongkong. Apabila
asid ini berbalik ke saluran salur makan, struktur dinding esophagus tidak
mampu mengendalikan asid tersebut dan menyebabkan rasa terbakar yang dikenali
sebagai pedih ulu hati. Baca juga Ubat Buasir Dan Cara Merawatnya.
Images: Gastric Reflux — Klein Family Dental
GERD pula terjadi apabila asid refluks berlaku dengan kerap atau lebih 2 kali
dalam seminggu sehingga menyebabkan asid menghakis lapisan salur makan.
Penyakit GERD Itu Apa
GERD adalah penyakit yang terjadi ketika katup/injap antara perut dan
esofagus, yang seharusnya mencegah asid perut terkena esofagus, menjadi lemah
atau tidak berfungsi dengan baik. Akibatnya, asid peur dapat naik ke esofagus,
menyebabkan gejala seperti nyeri dada, sensasi terbakar (heartburn), rasa asam
di mulut, rasa pedih perut, kerap sendawa dan alami pedih ulu hati dengan
kerap.
Simptom GERD
Antara beberapa simptom GERD adalah seperti berikut:- Perut asyik kembung atau berangin
- Rasa pedih ulu hati atau dada (sakit dada)
- Kerap sendawa kuat yang berlebihan
- Selalu muntah, mual dan pening
- Susah untuk menelan makanan
- Batuk yang kronik
- Sukar tidur
- Sesak nafas terutama ketika berbaring
- Kerisauan yang berlebihan (anxiety)
Punca Gastrik GERD
Kebanyakan punca adalah hampir sama. Beberapa faktor dapat menyebabkan
seseorang mengalami GERD, termasuklah pola makan yang tidak sihat, kelebihan
berat badan, merokok, kehamilan, serta makanan dan minuman tertentu. Makanan
pedas, berlemak tinggi, coklat, minuman berkafein, dan minuman beralkohol
adalah contoh makanan yang dapat memicu gejala GERD.
- Penggunakan ubat tahan sakit dalam masa yang lama
- Merokok
- Penggunaan alcohol
- Pemakanan yang tidak sihat dan seimbang
Gastrik juga boleh disebabkan oleh bakteria H.Pylori atau selepas anda mengalami sebarang penyakit berkaitan virus.
Gastrik GERD dan Kaitannya dengan Anxiety
Stress dan rasa cemas berlebihan (Anxiety) dapat mempengaruhi berbagai aspek
kesihatan, termasuk gangguan pencernaan. Gastrik GERD, meskipun pada dasarnya
adalah masalah fizik, ianya boleh menjadi lebih parah disebabkan oleh anxiety
dan tekanan emosional. Jika seseorang mengalami kecemasan yang berlebihan,
penghasilan asid perut akan meningkat, menyebabkan gejala GERD menjadi lebih
intens.
Cara Merawat Gastrik GERD
Merawat gastrik GERD melibatkan perubahan gaya hidup dan pola makan. Berikut beberapa tips yang membantu mengelola GERD:- Hindari makanan yang memicu gejala, seperti makanan pedas, berlemak tinggi, dan masam.
- Jangan makan terlalu banyak dalam satu waktu; lebih baik makan dalam porsi kecil tetapi lebih sering.
- Usahakan untuk tidak makan 2-3 jam sebelum tidur.
- Tinggikan kepala tempat tidur dengan bantuan bantal tambahan untuk mengurangi kemungkinan asid perut naik ketika tidur.
- Hindari merokok dan mengambil alkohol.
- Menguruskan stres melalui relaksasi, meditasi, atau kegiatan riadah seperti yoga.
Makanan yang perlu dielakkan
Antara makanan yang boleh menyebabkan GERD dan pedih ulu hati menjadi semakin serius ialah:- Makanan pedas
- Makanan bergoreng
- Makanan segera
- Makanan yang diproses
- Daging yang berlemak
- Keju
- Makanan berasaskan tomato
- Buah-buahan sitrus
- Coklat
- Gula-gula berpudina
- Minuman berkarbonat
Makanan Untuk Pesakit Gerd
Salah satu cara hilangkan GERD yang berkesan adalah dengan mengubah diet
harian. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan ini bukanlah ubat untuk GERD.
Namun, ia mungkin dapat mengurangkan simptom yang anda alami. Ada beberapa
makanan untuk pesakit GERD seperti:
1. Sayuran non-asam yang mengandungi lemak dan gula yang rendah seperti kacang hijau, asparagus, lobak, kentang, labu, timun dan brokoli.
2. Buah-buahan non-asam, bukan jenis sitrus seperti tembikai, pisang, epal dan pir. Elakkan mengambil sebarang buah-buahan sitrus seperti oren, limau dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi semakin teruk.
3. Protein tanpa lemak seperti dada ayam tanpa kulit dan ikan. Cuba tambah lebih banyak daging pejal dalam diet harian. Anda juga boleh lebihkan ikan.
4. Karbohidrat kompleks yang sihat dan mudah dicerna badan seperti nasi, oat dan roti gandum. bijirin penuh yang juga merupakan sumber serat yang tinggi. Diet yang tinggi serat selalunya dapat mengurangkan simptom GERD.
5. Halia sebagai cara hilangkan GERD. Halia juga makanan untuk pesakit GERD yang baik untuk mengurangkan pedih ulu hati. Cara penyediaannya juga mudah, cuma tambahkan sahaja beberapa potong halia dalam minuman. Sifat alkali dan antiradangnya juga akan mengurangkan iritasi pada saluran pencernaan.
6. Produk susu rendah lemak atau bebas lemak. Anda boleh cuba makanan seperti avokado, kacang walnut, minyak bunga matahari dan juga minyak zaitun untuk mendapatkan lemak sihat.
Meskipun makanan ini cenderung tidak menyebabkan gejala GERD, setiap individu
mungkin bereaksi berbeza terhadap makanan tertentu. Jadi, penting untuk
mencatat makanan yang menyebabkan gejala dan menghindarinya.
Kesimpulan
Penting bagi pesakit GERD untuk memahami perbezaan antara GERD dan gastrik
supaya boleh mengambil langkah-langkah yang tepat dalam merawat keadaan
tersebut. Dengan mengamalkan pola pemakanan yang sihat dan menghindari faktor
penyebab penyakit GERD dan gastrik. Paling penting jangan lupa untuk
mendapatkan konsultasi dari doktor bertauliah untuk mendapatkan diagnosis dan
rawatan yang tepat.
apa beza gerd dan gastrik, penyakit gerd itu apa, punca gastrik gerd, gastrik
gerd anxiety, cara merawat gastrik gerd, makanan untuk pesakit gerd, penyakit
gerd dan penyembuhannya, ubat gerd anxiety, rawatan untuk gerd,
Tags:
Beza Gerd Dan Gastrik
Cara Merawat Gastrik Gerd
Kesihatan
Makanan Untuk Pesakit Gerd
Penyakit Gerd Itu Apa
Punca Gastrik Gerd
Rawatan Untuk Gerd
Ubat Gerd Anxiety