31/12/2018 (Part 1) Malam
semalam tidur kurang nyenyak. Ms Faye dan Dania, asal letak kepala terus boleh
terlelap. Tinggallah Kak Bell dengan Ms Sherry terkebil-kebil melayan Insta.
Line internet dalam bilik pun agak lembab. Dahla kitaorang ni memang jenis
susah sikit nak tidur malam. Walau kurang nyenyak, still masih dapatkan rehat
yang cukup sebab dah masuk tidur awal dari kebiasaan.
Untuk plan hari ke-2, berjalan sekitar Georgetown World Heritage Sites
melawat The Blue Mansion, Peranakan Mansion Baba-Nyonya, Little India,
Armenian Street dan KOMTAR. Jika dari tempat penginapan di Sri Tanjung
Pinang ke arah Georgtown jaraknya dalam 4KM dan cuma mengambil masa sekitar
15 minit perjalanan. Cuaca pun baik dan cerah. Kitaorang parkir kereta
berdekatan dengan The Blue Mansion dan berjalan kaki di sekitar kawasan
menarik di sini. Untuk pengetahuan, korang kena beli kupon parking Majlis
Bandaraya Pulau Pinang untuk meletak kenderaan, kecuali pada hari Ahad.
Jadi, kitaorang dapatkan kupon parkir harian di kedai serbaneka 24Xpress
berdekatan dengan Hotel Modern di Lebuh Muntri. Harganya RM6 sekeping. Nanti
korang boleh Google tempat jualan kupon parkir ni atau lebih mudah tanya
sahaja orang tempatan.
Misi mencari sarapan pagi pun bermula. So, dari Cheong Fatt Tze-The Blue
Mansion kami ke Restoren Roti Canai Jalan Argyll dalam jarak 450M dan
mengambil masa dalam 6-7 minit berjalan kaki. Pagi tu, memang teringin betul
nak makan roti canai dan nasi lemak. Dari jauh dah nampak pengunjung dah
mula beratur. Dalam hati, nak sarapan pagi pun beratur ye kat sini. Jangan
ingat dah sampai korang terus boleh duduk dan order makanan sebab restoren
full house! Kena tunggu turn table kosong ye. Disebabkan terlalu sibuk,
sampaikan pengunjung Negro perempuan ni, angkat meja lipat tu set-up
meja makan sendiri. Alhamdulillah kitaorang tak menunggu lama, dapat
table kosong port pulak depan kipas. Sesungguhnya walaupun pagi, cuaca amat
panas. Memang giat kelenjar peluh i!
Pagi tu masing-masing order roti canai dan roti telur dengan kari ayam,
kari daging dan kuah dal. Minuman pula order sama jenis ye sebab mak cik tu
kata senang dan cepat. Tanpa berfikir panjang, memang order air sama je
sebab tak larat nak tunggu lama-lama. Haha. Makanlah kitaorang dengan
jayanya.Kalau korang nak tahu harga makan pagi kitaorang mencecah RM50 yer!
Punyalah terkejut. Mana taknya ayam 2 ketul dan daging 5 potong tu
membuatkan caj mahal. Then ada berlaku kekeliruan sebab yang ambil order
orang lain dan kira pulak orang lain. Kemudian datang pekerja restoren cakap
yang kami tak bayar habis untuk daging. Walhal kitaorang dah habis makan,
bayar dan dah berada di luar kedai ye. So, malas nak banyak cerita, bayarkan
sahaja.
Ni, korang layankan ajelah gambar-gambar di dalam
Cheong Fatt Tze Mansion. Kalau korang menyinggah ke sini, bolehlah lihat dengan lebih detail
ciri binaan dan ukiran rumah agam ni.
Lepas Kak Bell baca review rupanya ada yang komen telah dicaj RM105 untuk
6 biji telur, 6 plain prata, 1 lamb curry, 1chicken curry + 4 drinks.
Boleh pergi Haji balik hari weyyy! Pilihan lain korang juga boleh nak
sarapan di Transfer Road Roti Canai but katanya
roti canai di Jalan Argyll
lebih sedap. Ikutlah tekak masing-masing. For me, the taste is biasa-biasa saja.
Tutup cerita sarapan mahal tadi, terus ke destinasi seterusnya ke
Cheong Fatt Tze-The Blue Mansion. Dekat kawasan ni, memang banyak
mural-mural menarik. Btw, kitaorang cuma sempat singgah bergambar di kedai
pertama Datuk Jimmy Choo. Yang lain-lain tu dah tak larat nak carik sebab
panas.
Datuk Jimmy Choo Sculpture, Muntri Street. Started his apprenticeship
here.
Suka corak tile!
The Blue Mansion ni berada hanya 1 km dari Terminal Bas Komtar dan
berjarak 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.
Ianya merupakan lokasi kegemaran pengunjung di
Tapak Warisan
UNESCO Georgetown. Di dalam kawasan rumah besar gaya rumah Cina ni juga ada menawarkan
hotel penginapan butik. Sampai di Blue Mansion, pengunjung sudah mula
beratur. Take note ye semuanya kena beratuqq sebab orang memang ramai. Nak
buat apa benda kena beratur panjang. Btw, it is good right? Berdisiplin
gituh. Cheong Fatt Tze Mansion entrance fee adalah RM16 (dewasa)
dan RM8 (bawah 12 tahun). Pada setiap hari, akan ada 3 sesi Guided
Tour selama 45 minit iaitu pada jam 11AM, 2PM dan 3.30PM.
The Blue Mansion Wiki
The Cheong Fatt Tze Mansion is a government gazetted heritage
building located on Leith Street in George Town, Penang, Malaysia. The
mansion's external decorations and indigo-blue outer walls make it a
very distinctive building, and it is sometimes referred to as The Blue
Mansion. Built by the merchant Cheong Fatt Tze at the end of the 19th
century, the mansion has 38 rooms, 5 granite-paved courtyards, 7
staircases, and 220 vernacular timber louver windows. It served as
Cheong's private residence as well as the seat of his business
activities in Penang.
Ruang dalam rumah besar ni memang sangat besar, luas dan dilengkapi
dengan deco hiasan dalaman bercitarasa tinggi dengan kelengkapan barang
antik. Rumah ni juga di bina dengan menitik beratkan elemen Feng Shui.
Di dalam rumah ni juga ada digantung satu potret besar memang sebijik
macam dalam cerita Cina.
Kalau korang nak tahu Cheong Fatt Tze yang berasal dari Cina ini ada 8
orang isteri dan rumah agam biru ni didedikasikan buat isterinya yang
ke-7. Semua harta peninggalan Chong Fat Tzee ni hanya diberikan
kepada anak lelaki wife dia yang ke-7. Mesti bini-bini dia yang lain
stress kan. Btw, kita pun tak tahu apa kejadian sebenar di sebaliknya.
Mungkin ada maklumat dalam wasiat ni.
Cantik tingkap klasik macam ni.
Siapa dok baling batu kat tingkap umah i ni!!! 😂😂
Tengah pelawat sibuk dengar taklimat, Kak Bell pun sibuk photoshot kat
tangga ni. Pekerja tu pun cakap "baik you pergi dulu ambil gambar, nanti
ramai orang!" Kak Bell pun apa lagi, terus panjat tangga bergambar dari
atas. Lepas tu ada pulak yang tiru kita hokkay! Tiberr. Kalau dapat shot
pakai kamera power dengan khidmat jurugambar profesional, agak-agak
persis model tak gambar Kak Bell? Berangan ke tidak, walhal nak posing
pun tak pandai.
Buat apa la korang berkumpul kat laman umah i ni.
Datang nak meminang i ke ni? 😆
Apa la yang korang buat kat bawah tu ha!
Tunggu jap lagi mek turun!
Kalau ikutkan memang banyak lagi tempat yang boleh dilawat kat
kawasan ni. Disebabkan masa pun dah tak cukup, kitaorang terus ke
KOMTAR. Next time kena plan sehari untuk berjalan-jalan di Tapak
Warisan UNESCO Georgetown ni. Okay baru habis sesi pagi, kegigihan
untuk sesi petang pulak. Kalau larat, Kak Bell sambung kay > Tempat Menarik Di Penang : Penang Trip - Day 2 (Part 2)
tempat best di penang,tempat menarik di penang,tempat menarik di
georgetown,apa yang menarik di penang,tempat best di pulau
pinang, Cheong Fatt Tze The Blue Mansion,
Tags:
apa yang menarik di penang
Cheong Fatt Tze The Blue Mansion
tempat best di penang
tempat best di pulau pinang
tempat menarik di georgetown
tempat menarik di penang
Travel