Mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat, harmoni dan
tiada yang dapat memisahkan pertalian sesama manusia hanya kerana berbeza
agama, ERASER termasuk dalam kategori filem Malaysia wajib tonton di platform
Prime Video mulai 1 Jun 2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara.
Apa lagi filem yang diarahkan oleh Mark Lee See Teck ini menjadi cenderahati
terakhir daripada pelakon seni berprofil tinggi yang telah pulang ke
Rahmatullah pada 18 Jun 2022, Allahyarham Adibah Noor. Kerinduan peminat
melihat lakonan Adibah yang bersahaja namun mengesankan akan terubat dengan
menonton ERASER yang turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Nam
Ron, Angela Chan, Dhiya Ariffin dan Alyssa Lee.
ERASER atau terjemahannya dalam bahasa Melayu bermaksud Pemadam atau hapus
mempunyai simbolik tersendiri untuk difikir dan diterima dengan hati terbuka
oleh seluruh penonton berbilang bangsa di negara kita. Pemadam Bendera
Malaysia pula dijadikan metafora jika tiada perpaduan, negara akan ‘lenyap’
perlahan-lahan.
Pengarah / Penulis Asal: Mark Lee See Teck
Idea Asal: Mark Lee See Teck
Penulis Bersama: Tang Yen Yen, Mark Lee, Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Nam Ron , Allahyarham Adibah Noor , Angela Chan , Dhiya Ariffin , Alyssa Lee
Durasi: 94 Minit
Genre: Drama, Kekeluargaan, Romantik
Pengedar: MyContent
Tayangan: Prime Video
Penerbit: Fiery Films
Sinopsis Filem ERASER
ERASER yang mengisahkan tentang Ahmad, anak kepada pembuat batu nisan, Azman
mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan
dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah
Yoke dalam hidup mereka.
Kehidupan keluarga Ahmad hampir tidak berubah, mereka tinggal di sebuah rumah
yang sederhana dan hangat di kampung dan dikelilingi oleh orang-orang yang
sama sejak ia lahir. Sebagai seorang pemuda yang bersemangat dalam seni dan
menjadi pengawas sekolah di Sekolah Menengah di kampungnya. Dia berharap suatu
hari dia dapat memberikan yang terbaik bagi keluarganya, terutama ayahnya,
Azman, yang bekerja keras seumur hidupnya sebagai pembuat batu nisan.
Hidupnya mengalami perubahan yang luar biasa ketika Xiao Li bersama ibunya,
Ah Yoke yang lari dari keluarga mereka yang abusive. Azman memberi mereka
tempat tinggal di sebuah pondok kecil di belakang rumah mereka. Keluarga
Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka menyediakan
tempat berteduh. Ah Yoke berjanji akan pergi setelah segalanya membaik dan
mempunyai cukup wang untuk bertemu dengan saudara perempuannya di negara
tetangga.
Akhirnya, Xiao Li masuk ke sekolah yang sama dengan Ahmad dan Ah Yoke
bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai alat tulis. Namun hidup tidak mudah
bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah. Namun hidup tidak mudah bagi
Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah. Ditambah pula dengan penolakan Ah
Yoke (ibu Xiao Li) terhadap perasaan Ahmad terhadap Xiao Li, walaupun Ahmad
telah banyak berkorban untuk melindungi anaknya Xiao Li.
Dalam keadaan putus asa, ibu kepada Ahmad, Khatijah, jatuh sakit dan
diberitahu bahwa usianya tidak akan panjag. Melihat konflik yang terjadi
dalam hubungan Ahmad dan Xiao Li, beliau meminta mereka untuk menyelesaikan
dan menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema
Wawasan 2020. Ibu Ahmad yakin bahawa dengan 'cinta' semua konflik dapat
diselesaikan.
Pertandingan yang sangat diimpikan oleh Ahmad selama bertahun-tahun menjadi
batu loncatan baginya untuk mengejar mimpinya. Kehidupan Xiao Li dan Ahmad
berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang
mengusung tema Wawasan 2020.
Synopsis ERASER
Things are almost unchanged for Ahmad’s family, living in a warm and simple
house in the village and being surrounded by the same people since the day
he is born. Being a youth passionate about arts and being the school prefect
in the village’s high school, he opts that one day he will provide his best
to his family especially his father Azman who works hard his life as a
tombstone maker.
His life has made a tremendous turn when Xiao Li steps in whom is escaping
from an abusive family together with her mother Ah Yoke. It is with a good
heart that Azman provides them shelter with a small cozy hut at the back of
their house and Ah Yoke promises she will leave once things have eased and
raise enough money to meet her sister in a neighboring country.
Eventually, Xiao Li is enrolled in the same village school as Ahmad, and Ah
Yoke is introduced to work as a helper in a local stationary shop. Things
were tough for Xiao Li and the school bullies are unavoidable for a newbie
in a territory and being close to a heartthrob Ahmad. Adding to Ah Yoke’s
rejection of Ahmad’s affection towards Xiao Li no matter how much he has
risked himself to protect her.
While in the mid of despair, Ahmad’s beloved mother, Khatijah falls ill and
is told that she has not long to live. Seeing such conflicts facing between
the interracial relationships, she calls upon Ahmad and Xiao Li towards her
deathbed and insists they complete the National Arts Competition together
themed ‘Debut to Wawasan 2020’ as she strongly believes that no matter how
harsh the conflict is, it could be resolved with the most fundamental
element of ‘love’. Furthermore, this is a competition that Ahmad has longed
for years and it is a stepping-stone for him to pursue his dreams.
Dihasilkan dalam durasi 94 minit dengan genre drama, kekeluargaan dan
romantik, ERASER yang ditulis oleh Mark Lee, Tang Yen Yen dan Siti Jasmina
Ibrahim ini adalah sebuah naskhah ‘Malaysia’ yang bermula dengan kisah
keluarga yang porak peranda namun bertahan dalam kerasnya kehidupan. Ia
turut menampilkan konflik di mana jika pergeseran terus berterusan di antara
kaum, maka tiada perpaduan dapat dibentuk.
Satu-satunya faktor yang membuat cabaran menjadi lebih hebat apabila ERASER
digarap sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia. Pihak penerbit pula
menyifatkan walaupun berdepan dengan kekangan sepanjang pandemik, namun
mereka percaya setiap kesukaran akan terbalas dengan sesuatu yang berharga
sehingga ERASER mampu disiapkan dan kini bersedia untuk tontonan umum.
Sementara itu, pengarah Mark Lee mengatakan produksi tidak berdepan banyak
kekangan untuk menukar format filem pendek dengan durasi tiga minit kepada
sebuah naskhah menelan masa tayangan 94 minit. Mereka berjaya menghasilkan
ERASER seperti yang diinginkan dengan menjadikan ‘cinta’ sebagai asas yang
tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini.
“ERASER adalah kisah kembara keluarga yang porak peranda namun bertahan kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi walaupun berbeza keyakinan agama. Ia membuktikan dengan kasih sayang dan cinta, tanpa perbezaan jantina, bangsa atau agama. Sifat kemanusiaan mengatasi segalanya,” kata Mark Lee.
Apakah kesudahan ERASER edaran MyContent ini? Saksikannya di platform Prime
Video mulai 1 Jun 2023.