Sebulan berhari Raya bersama lemang dan ketupat semestinya membuatkan anda
merindui suasana bersarapan pagi dengan tenang dan santai. Mari kita jejaki
beberapa tempat sarapan pagi sedap near me di 10 Tempat Sarapan Menarik Di
Selangor dengan masakan yang lazat dan sesuai dengan citarasa anda!
1. Kopitiam 143, Ampang Jaya
Berada di pekan kecil Ampang, Kopitiam 143 menyajikan hidangan sarapan
tradisional seperti telur separuh masak, mee wantan, roti bakar arang dan
masakan Asia yang lazat. Dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
setiap hari, kecuali hari Selasa, pelanggan dibenarkan untuk makan di kopitiam
ini sahaja, untuk mengekalkan kualiti dan rasa hidangan yang baru dimasak!
2. Kueh@Seksyen 13, Shah Alam
Mari menikmati kudap-kudapan di waktu pagi! Kueh@Seksyen 13 menawarkan lebih
40 jenis kuih muih tempatan yang dibuat setiap hari. Terdapat manis-manisan
yang enak, kafe ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam, tersedia untuk
sarapan pagi dan minuman petang! Terdapat juga pelbagai pilihan makanan berat
di sini, seperti Laksa Utara, Nasi Lemak Ayam Berempah dan Nasi Tomato!
3. Atap by Pagi Coffee Co, Subang Jaya
Terletak di loteng tingkat dua di SS15 Subang Jaya, Atap by Pagi Coffee Co
dengan hidangan istimewanya, Roti dengan Keju Bakar, serta kopi dan kombucha
menjadi pilihan utama. Dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang, kafe ini
sesuaiuntuk mereka yang mencari persekitaran yang estetik dan tenang untuk
sarapan pagi atau brunch!
4. Kafe Auntie Foo, Kuala Selangor
Mulakan travelog anda di Kuala Selangor di Kafe Auntie Foo. tempat sarapan
pagi sedap near me ini terletak di kaki Bukit Melawati dan berhampiran Taman
Alam Kuala Selangor, kafe ini merupakan tempat persinggahan yang sesuai
selepas bersiar-siar di sekitar dua tempat bersejarah ini. Kafe ini menawarkan
pelbagai makanan ringan, snek dan minuman berserta buku untuk para pelanggan.
Kafe ini juga dikenali sebagai pusat sehenti untuk pelancong mendapatkan
maklumat bagi lawatan peribadi di sekitar Kuala Selangor.
5. 100Houz Coffee & Breakfast, Kajang
Rumah teres 70-an yang terletak di Jalan Reko, Kajang ini menawarkan pelbagai
menu sarapan pagi, daripada sarapan bertemakan Inggeris seperti pasta, makanan
ringan, pastri dan kopi, memberikan suasana yang tenang. Sesuai untuk mereka
yang mengidamkan sarapan pagi atau brunch yang santai! Kafe ini dibuka setiap
hari kecuali hari Isnin dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
6. Pak Teh Kopitiam, Kuala Langat
Terletak hanya 35 minit dari Shah Alam, banglo tradisional Cina satu tingkat
lama ini memberikan suasana restoran tradisional namun masih mempunyai
citarasa moden yang tersendiri. Kopitiam halal ini menawarkan pelbagai pilihan
sarapan Asia yang ikonik; roti bakar kaya, telur separuh masak dan Nasi Lemak.
Dibuka setiap hari kecuali Selasa dari jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang,
kopitiam ini juga penuh dengan penunggang basikal sejak awal pagi! Jangan lupa
unytuk singgah di tempat sarapan pagi sedap near me yang satu ini!
7. Hay! Cafe, Sekinchan
Dikelilingi oleh sawah padi Sekinchan yang menghijau, kafe bertema Inggeris
ini menawarkan pelbagai hidangan yang enak; Nasi Lemak Ayam Rempah, Pasta,
Kopi dan Kek. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera dalam keselesaan
kafe mereka di bawah penghawa dingin atau menikmati sarapan pagi anda sambil
melihat kehijauan sawah padi Sekinchan. Kafe ini dibuka dari jam 9 pagi hingga
4.30 petang setiap hari.
8. Bahulu Classiq, Hulu Langat
Terletak di Hulu Langat, Bahulu Classiq mengimbau kenangan suasana bersarapan
pagi di Batu 18, Kampung Jawa. Kedai kecil ini menawarkan menu yang enak
seperti lontong, mee jawa dan mee rebus asli dan terletak berhadapan dengan
Mata Air Panas Kampung Jawa, salah satu Geotapak Selangor di bawah Gombak-Hulu
Langat Geopark. Terkenal sebagai salah satu port sarapan penunggang basikal,
Bahulu Classiq adalah tempat sarapan yang mesti dikunjungi sambil menjelajah
alam semulajadi di Daerah Hulu Langat!
9. Roti Leleh Batu Arang, Gombak
Penuh dengan sejarah dan nilai warisan, Batu Arang merupakan sebuah pekan
kecil di daerah Gombak. Roti Canai Batu Arang adalah tempat Geo-Food yang
terkenal untuk penunggang basikal yang melalui Gombak untuk Roti Lelehnya.
Roti Leleh Batu Arang dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat dari
jam 6 pagi hingga 1 tengah hari.
10. Warong Ketupat Yan Kampung Permatang, Kuala Selangor
Salah satu port terbaik untuk sarapan pagi di Kuala Selangor! Warong Ketupat
Yan di Kampung Permatang, Kuala Selangor menyajikan pelbagai jenis ketupat,
sate, serunding dan kuih tempatan. Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi, anda
mesti cuba untuk sarapan di sini, terutamanya menu istimewa mereka, sate
kerang!
Sudah tiba masanya untuk pagi yang santai dengan “me time” anda sendiri atau
bersama rakan-rakan dengan bersarapan di 10 tempat sarapan pagi sedap near me,
antara tempat sarapan pagi terbaik di Selangor sambil berjalan-jalan di
sekitar negeri ini!