Setelah berada dalam senarai menunggu untuk Rumah Selangorku sejak 2019,
akhirnya Kak Bell berjaya juga membeli rumah pertama di bawah Lembaga
Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu D'vine Residences by Exsim di
bawah Project
Rumah Selangorku. Mulanya saja Kak Bell buat survey aje. Lepas pergi showroom, pihak
developer bagitahu rumah ni bawah LPHS Rumah Selangorku. Disebabkan harga
rumah yang semakin mahal, tambah pula jenis kediaman Kondominium di area
Damansara Perdana, memang mimpilah ada rumah murah. Jadi Kak Bell apply rumah
mampu milik selangor dan alhamdulillah lulus. Jadilah untuk rumah pertama kan!
Ada 7 development di kawasan CENTRAL PARK DAMANSARA BY EXSIM ni seperti
D’QUINCE, D’VERVAIN, D’COSMOS, D’ERICA, D’CLOVER, D’VINE (Rumah Selangorku),
D’TERRA dan D’TESSERA. Sebagai warga marhean jadilah sis dapat beli condo di
Golden Triangle Petaling Jaya ni dengan harga RM270,000. Lengkap dengan
facilities seperti swimming pool, gym, garden lounge & commercial area di
Ground floor dan lain-lain. Dvine Residences ni jenis perumahan Komersil Mampu
Bilik (KEDIAMAN KOMERSIAL DAN BOUTIQUE OFFICE - jenis rumah selangorku).
Jika bercakap tentang pembelian rumah, rata-rata akan mengatakan harga rumah
pada masa kini terlalu mahal dan terus jadi mimpi untuk memiliki rumah
sendiri. Namun, bagi memastikan setiap keluarga mempunyai tempat tinggal yang
baik, selesa dan selamat untuk didiami, Dasar Perumahan Negeri Selangor
merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ menerusi
Skim Rumah Selangorku telah mengubah paradigma tersebut dengan memberikan
peluang kepada warga Selangor untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang
terjangkau.
Apakah Skim Rumah Selangorku?
Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor
untuk orang Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan konsep
Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan
sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya kepada warga Selangor
yang layak.
Skim ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 lagi dan ia
diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi
perumahan negeri itu sendiri. Selain memanfaatkan rakyat Selangor, bantuan ini
juga memberi mandat supaya pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan kena
membina sejumlah unit rumah mampu milik Selangor, sebagai sebahagian daripada
projek keseluruhan mereka.
Siapa Yang Layak Untuk Rumah Selangorku?
Rumah Selangorku
adalah skim perumahan yang dibuat untuk menyokong golongan yang berpendapatan
rendah dan sederhana di Selangor untuk memiliki rumah pertama.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur lebih dari 18 tahun pada tarikh pendaftaran
- Belum lagi memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor
- Penduduk Selangor
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 (bujang)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000 (berkahwin)
- Satu permohonan Rumah Selangorku saja untuk setiap isi rumah
- Rumah pertama di bawah LPHS
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
Cara Apply Rumah Selangorku?
Rumah Selangorku, Rumah Idaman adalah skim perumahan mampu milik untuk semua
pemohan warganegara Malaysia. Ada juga property yang telah lengkap dengan
perabot dan cabinet. Size rumah yang seluas 1000 kaki persegi pada harga mampu
milik RM250,000 sahaja (bergantung kepada jenis rumah selangorku). Permohanan
Skim Rumah Pertamaku dan i-miliki adalah layak untuk Rumah Selangorku, Rumah
Idaman ini.
Lphs Selangorku jenis pangsapuri
Permohonan Rumah Selangorku hanya melalui online dan tiada permohonan
melalui borang yang dicetak atau secara peribadi. Cara apply rumah
selangorku kena buat online melalui laman web mereka iaitu
http://lphs.selangor.gov.my/
i-Miliki
Melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara
pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut
harga rumah. Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif
pengecualian duti setem adalah sebanyak 100%. Bagi rumah berharga melebihi
RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%.
Rumah Idaman
Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah
dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti
jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40
yang belum memiliki kediaman
Skim Rumahku Oleh AKPK
Modul Pendidikan Kewangan Pinjaman Atas Talian RUMAHKU ini adalah untuk
pembeli rumah pertama yang berpotensi bagi skim pinjaman perumahan khas yang
dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pembelajaran atas talian ini
memberi panduan, informasi dan pengetahuan kepada bakal peminjam rumah
pertama sebelum mereka membuat pinjaman perumahan. Terdapat beberapa modul
di dalam pembelajaran ini yang merangkumi kalkulator pengiraan bulanan
pinjaman rumah yang dirancang untuk dibeli, kalkulator bajet untuk
mengetahui kedudukan kewangan individu, faktor kewangan dan bukan kewangan
yang perlu dipertimbangkan, jenis insurans yang terlibat serta khidmat
nasihat ringkas dari AKPK. Segala informasi yang diberikan oleh pengguna
tidak akan direkod atau disimpan dimana-mana.
Dokumen-Dokumen Permohonan Rumah Selangorku
Bila dah daftar akaun, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen kat bawah ni untuk sahkan kelayakan untuk skim perumahan:- Salinan kad pengenalan
- Sijil lahir anak-anak/tanggungan (jika berkenaan)
- Salinan Sijil Perkahwinan atau dokumentasi yang serupa (jika berkaitan)
- Surat Pengesahan dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon bekerja sendiri (jika berkenaan)
- Slip gaji, penyata bank, atau pengesahan pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah (jika berkenaan)
- Akuan berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah untuk pasangan tidak bekerja (jika berkenaan)
- Penyata KWSP/EPF (jika berkenaan)
- Salinan bil utiliti
- Report kredit seperti CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) dan/atau CTOS (Credit Tip-Off Service)
- Pemohon Rumah Selangorku dinilai berdasarkan sistem merit, dengan membandingkan kriteria kelayakan dengan potensi merit dorang.
Jika permohonan berjaya, pemohon akan terima surat atau emel untuk sahkan
yang mereka terpilih untuk mendapat rumah dibawah skim ni.
BOLEH TAK NAK PILIH RUMAH? jawapannya tidak! Pemohon akan dinilai mengikut
merit dan pihak LPHS akan buat tawaran rumah yang mana. Kalau tawaran tak
diterima, korang terus kena letak sebagai pemohon tak aktif selama 2 tahun.
Untuk makluman korang, Project Rumah Selangorku D'vine Residences ni Kak
bell apply terus melalui developer EXSIM. Bukan melalui portal.
Tiada lagi Skim Rumah Pertamaku mulai 1 April 2023
Bermula 1 April ini, Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang mula diperkenalkan pada
2011 akan dimansuhkan, sekali gus tiada lagi kaedah untuk pembeli rumah
pertama memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini bermakna,
pembeli rumah pertama selepas ini perlu menyediakan deposit 10 peratus
daripada harga hartanah yang ingin dibeli sama seperti pembeli yang lain.
Bagi yang nak beli rumah, bolehlah ambil tahu dan semak
tip beli rumah pertama. Sekarang rasanya tengah laris
Rumah Selangorku Eco Majestic
Rm262k. Bolehla korang tengok mana tau berkenan. Semoga dipermudahkan rezeki
dan urusan untuk memiliki rumah sendiri.
Negeri Selangor adalah salah satu negeri di Malaysia yang terkenal, dan ada
penduduk yang ramai. Program Rumah Selangorku ni telah memberikan harapan
baru bagi masyarakat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
Dengan harga terjangkau dan kemudahan perumahan yang ditawarkan, ini menjadi
pilihan ideal bagi mereka yang ingin memiliki tempat tinggal yang nyaman dan
aman di Selangor.
d'vine exsim, d’vine rumah selangorku, permohonan rumah selangorku, jenis rumah selangorku, rumah mampu milik selangor, project rumah selangorku, lphs selangorku, cara apply rumah selangorku,