Hasrat ingin menjadi
SEO Writer Malaysia
yang hebat bukanlah mudah. Modernmumthingy.com bermula pada tahun 2009, tapi
permulaannya dengan tanpa arah selama beberapa tahun. Bermula dengan menulis
sekadar hobi atau sekadar mengisi masa lapang, Modernmumthingy.com terus buat
'come back' pada tahun 2019 kerana menyedari kehebatan dunia tanpa sempadan
ini.
Kini Modernmumthingy.com mahu dikenali sebagai SEO Writer dan bukan sekadar
blogger semata-semata. Menyedari perubahan landskap digital media dan
teknologi dan dunia internet, minat terus membuak-buak untuk membina kepakaran
dalam dunia SEO yang masih baru di negara kita.
Antara kandungan yang pernah menjadi viral dibeberapa portal dan Facebook
adalah perkongsian dari modernmumthingy.com dalam journey TTC (trying to
conceive) selama 8 tahun, entri
15 usaha yang dilakukukan untuk mendapatkan zuriat
sangat-sangat hit. Kandungan ini sebagai satu amal jariah untuk dikongsikan
kepada umum dan sebagai penguat untuk orang yang senasib. Atas respon yang
sangat positif, modernmumthingy terus menghasilkan entri yang lebih bermanfaat
untuk semua orang.
Siapakah Pemilik Sebenar Modernmumthingy.com
Kerjaya sebagai UX designer dan part time sebagai SEO writer merupakan satu
kombinasi yang terbaik dalam bidang yang berkaitan dengan Kreatif, Penulisan
dan juga penyelidikan berkaitan manusia dan teknologi. Berkarya di blog dan
mempelajari teknikal merupakan satu kepuasan untuk modernmumthingy.
Dalam bidang akademik Modernmumthingy adalah hasil lulusan jurusan Komunikasi
Massa, Universiti Sains Malaysia. Kemudian menceburkan diri dalam bidang IT
sebagai UX designer dengan syarikat R&D IT di Kuala Lumpur. Secara tak
lansung Modernmumthingy.com memang terdedah dengan ilmu-ilmu berkaitan IT,
design, graphic, website dan project management.
Seterusnya menyambung pelajaran dalam peringkat Master di UITM dalam bidang
Visual Communication and New media. Pengalaman luas membangunkan website dan
sistem memberikan satu kelebihan kepada modernmumthingy untuk memahami
teknikal SEO dengan lebih mendalam.
Personaliti Modernmumthingy.com
Dikenali sebagai seorang yang tegas, komited dan sesetengah orang kata
orangnya nampak garang! Tetapi sebenarnya pemilik blog modernmumthingy.com ini
adalah seorang yang suka berseloroh dan agak gila-gila.
Faktor usia tidak menghalang Modernmumthingy.com untuk terus aktif dalam sukan
Volleyball malah masih mewakili alumni sekolah sehingga ke hari ini dalam
beberapa kejohanan sukan bola tampar dan beberapa aktiviti sukan lain.
Modernmumthingy.com mempunyai minat yang mendalam bidang travel, pengurusan
kewangan, dekorasi dan boleh dikatakan satu family modernmumthingy adalah food
hunter. Walaupun semakin berumur, sebenarnya modernmumthingy.com sangat-sangat
suka mempelajari benda baharu terutamanya dalam bidang SEO ini.
Setiap hari wajib membaca kandungan yang berkenaan SEO di mana-mana portal
atau mempelajari di dalam channel youtube untuk meningkatkan kepahaman dalam
bidang ini.
Topik Travel Antara Carian Tertinggi di Blog Modernmumthingy.com
Minat yang mendalam dalam travel membuatkan blog ini sering menjadi tumpuan
untuk mencari tips dan itinerari berdasarkan pengalaman modernmumthingy
sendiri.
Travel ini umpama satu kemestian atau KPI untuk keluarga modernmumthingy.com
untuk setiap tahun, dan kebanyakkan kesemuanya adalah Travel secara DIY atau
sendiri. Koleksi info dan research kemudian diterjemahkan dalam kandungan
blog untuk perkongsian kepada follower Modernmumthingy. Untuk segmen
bahagian travel, suami modernmumthingy juga turut menyumbang beberapa
artikel berkaitan travel yang pernah hit dalam carian google
- Eksplorasi Destinasi : Kenali dan kongsi pengalaman perjalanan dimana-mana sahaja dengan pembaca
- Berkongsi Tip dan Itinerari: Sediakan tip perjalanan, itinerari menarik, dan ulasan tempat-tempat menarik untuk membantu pembaca merancang perjalanan mereka.
- Fotografi yang Menarik: Ambil gambar berkualiti tinggi yang memukau pembaca dan memperkuatkan cerita perjalanan
Lifestyle Blogger dari bekas student Masscomm
Jiwa modernmumthingy.com ini besar sebab suka untuk mencuba ilmu yang baru
dan tidak suka berada dalam kategori orang yang ketinggalan. Kadang-kadang
nafsu untuk mencuba benda baru tidak sepadan dengan masa yang ada.
Nama atau branding "modernmumthingy" berasaskan dari perkataan "Modern Mum"
atau "mak dunia kini" yang terus sepatutnya aktif dan masih terlibat dengan
dunia teknologi terkini. Ruang social media juga menjadi tumpuan untuk
Modernmumthingy berkongsi cerita dengan follower. IG makeover_13 yang baru
dihasilkan untuk deko dan diy sedang meningkat naik.
Entri DIY juga merupakan antara carian yang tinggi untuk blog
modernmumthingy.com
Blog dan social media ini juga umpama diari atau catatan apa sahaja dalam
perjalanan hidup Modernmumthingy sekeluarga terutamanya untuk satu-satunya
anak supaya memori dia dan keluarga sejak dari dari kecik dapat di ceritakan
dalam diary blog ini.
Perkongsian Topik Kewangan Sebagai Kesedaran
Seorang yang sangat obses dalam menguruskan kewangan. Berpegang kepada
prinsip “walau punya 100 juta wang simpanan, jika tidak ada ilmu pasti akan
gondol jua”.
Impian Modernmumthingy sejak dari dulu untuk bebas hutang seawal yang
mungkin dan menikmati kehidupan yang lebih tenang. Alhamdulillah pada umur
47 tahun Modernmumthingy telah mencapai 'Debt free" seperti yang telah
target sebelum ini.
Beberapa entri blog kewangan yang dihasilkan dengan niat sebagai satu
perkongsian, satu amal jariah untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.
Kesemuanya melalui pengalaman sendiri dan juga melalui pembacaan melalui
buku kewangan dan portal portal hebat.
Nak Jadi SEO Writer Malaysia Yang Hebat
Modernmumthingy bercita-cita nak jadi SEO writer Malaysia yang hebat.
Walaupun This little website bermula dengan cerita perjalanan keluarga tapi
kini ia umpama "modern mom on a mission"
Modernmumthingy suka bermain dengan data, suka bereksperimen. Perjuangan
blogger dari tahun 2015 sehingga sekarang boleh membanggakan diri sendiri.
Modernmumthingy telah banyak
bantu blogger-blogger baru untuk menulis
secara SEO.
Bagi Modernmumthingy, menulis blog sama sekarang tidak seperti dahulu. Kena
tahu menulis secara SEO barulah capaian tinggi atau kehendak pembaca.
Sekarang modernmumthingy sedang menyusun misi untuk mempelajari ilmu SEO
sebanyak mungkin, dan akan cuba ambil CERTIFICATION yang berkaian.
Perjalanan menjadi SEO writer yang hebat masih jauh. Semoga segala
perkongsian di Modernmumthingy.com dapat meletakkan dia sebagai salah
seorang blogger malaysia yang hebat atau juga dikenali sebagai salah seorang
travel blogger Malaysia yang dikenali atau mungkin juga Food Blogger
Malaysia yang gila hunting makanan diseluruh pelusuk malaysia.