Normarina Bashah, pemilik blog
Marina Bashah,
adalah seorang wanita yang sukses dalam kerjayanya dan juga seorang ibu kepada
3 orang anak. Marina adalah seorang blogger separuh waktu (part time blogger)
yang bekerja sebagai engineer di sebuah perusahaan syarikat pembetungan.
Bagaimana Marina terlibat dalam dunia bloging? Jom kita ikuti perjalanan
Marina sebagai seorang blogger Malaysia.
Sebelum mengenal dunia blog, Marina senang bermain dengan kata-kata dan
menulis di diari atau jurnal peribadinya. Marina boleh dikatakan
seorang yang introvert, tetapi suka untuk memberanikan diri dan mengenengahkan
diri dia walaupun dia cenderung pendiam dan memiliki rasa malu yang kuat dalam
diri.
Marina mulai mengenal blog ketika diperkenalkan oleh seorang teman di masa
belajarnya dulu. Temannya mengatakan bahawa melalui blog, Marina boleh menjana
pendapatan. Pada masa itu, Marina menggunakan platform Nuffnang untuk mencari
income tambahan, tetapi kurang berhasil. Pada masa tu ketika masih bergelar
seorang mahasiswa, tentu fokusnya adalah bagaimana mencari wang tambahan,
bukan? Marina tak lepaskan peluang mencuba apa sahaja peluang yang ada untuk
mendapatkan penghasilan tambahan melalui blog Marina Bashah.
Marina mula menulis blog sejak 2009. Masa tu Marina teruja kongsikan
pengalaman persiapan beliau untuk berkahwin. Pelbagai nama blog yang telah
digunakan dan pernah menggunakan blog sebagai platform untuk berniaga. Pada
masa itu, semua template blog dia cuba, beliau hias sendiri dan belajar sendiri melalui
pembacaan. Namun, perjalanan menulis blog Marina terhenti kerana keterbatasan
waktu.
Kemudian, kerana minat untuk menulis yang menebal dalam diri, Marina mula
bergiat aktif kembali pada tahun 2019. Pada masa ni, Marina diperkenalkan apa
itu domain, Adsense dan belajar mengenai SEO. Blog dahulu tak sama dengan blog
sekarang, makin complicated. Marina dah tak berapa pandai bab nak ubah
template. 99% peratus semua mintak tolong kawan buatkan, dari nak ubah
template ke SEO friendly, setup adsense sehinggalah check masalah blog.
Sangat setuju dengan pendapat beliau. Dalam dunia blogging ni kena perlu banyak belajar dan rajin. Tak salah bertanya, jika tak tahu kita dapatkan bantuan rakan yang lain. Kak Bell sendiri pun banyak belajar sendiri dan dapatkan ilmu dari pakar-pakar yang ada kredibiliti dalam SEO dan sebagainya. Kalau tak belajar, tak cuba memang kita sendiri tak akan tahu dan maju selangklah ke depan.
Disebabkan pekerjaan hakiki Marina yang sering membuat Marina outstation untuk
meeting, training, workshop dan sebagainya, makanya blog Marina Bashah banyak sharing
mengenai lifestyle. Blog Marina banyak berkongsi mengenai aktiviti bersama
keluarga seperti pergi bercuti, pengalaman menginap di hotel atau homestay dan
tempat makan yang menarik. Selain itu, disebabkan Marina seorang ibu, blog
beliau juga berbagi pengalaman tentang kehamilan, pengasuhan anak, dan
berbagai aktiviti persekolahan anak-anaknya.
Marina juga ada buat slot untuk review produk, review makanan, dan juga review
tempat penginapan yang ditawarkan oleh klien. Ini adalah pengalaman menarik
bagi Marina karena dia dapat bekerja sama dengan klien-klien tersebut. Untuk
korang yang ingin mengenal Marina lebih lanjut, boleh follow rapat-rapat dan
ikuti blog
marinabashah.com!