Hari Arafah (Arab: يوم عرفة, rumi: Yawm ‘Arafah) adalah hari yang sangat
istimewa buat umat Islam di seluruh dunia. Hari Arafah yang disambut pada 9
Zulhijjah setiap tahun dan ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan
bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah
wukuf. Pada hari ini umat Islam yang berada di negara masing-masing digalakkan
untuk berpuasa sunat yang dipanggil sebagai puasa Arafah
Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan
Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya
Iblis.
Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama
bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun
terpisah. Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada
ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.
Tarikh Hari Arafah 2023 (Arafat day) & Waktu Wukuf Di Malaysia
Tarikh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah 1444 / Hari Wuquf bagi tahun ini
ditetapkan pada 27-28 Jun 2023. Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini 27
Jun 2023 (Selasa) adalah seperti berikut:
12.23 pm – 7.05 pm (Waktu Wukuf Di Mekah)
5.23 pm – 12.05 am (Waktu Wukuf Di Malaysia)
Waktu Doa Mustajab Arafah
Waktu Doa Mustajab Arafah bermula masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib.
Waktu yang afdhal dan mustajab doa untuk munajat adalah satu masa yang
bersamaan dengan masa wukuf. Jadinya wukuf jatuh pada hari Selasa, waktunya
bermula Zohor sehingga Maghrib (waktu Saudi) dan di Malaysia kira-kira waktu
lepas Asar juga pada hari Selasa sehingga anggaran waktu Isya’.
Itulah waktu mustajab doa, kita doa banyak-banyak pada Allah dan tumpukan
perhatian lebih pada waktu tersebut. Manakala tarikh untuk berpuasa sunat Hari
Arafah di Malaysia adalah pada 28 Jun 2023 (Rabu). Ini kerana perbezaan masa
Makkah dan Kuala Lumpur adalah 5 jam.
Bagi yg berada di Malaysia, Puasa pada Hari Selasa di kira puasa hari Tarwiyah
manakala Puasa pada hari Rabu dikira puasa Arafah. Bagi yg ingin mengambil
manfaat waktu yg sama dgn waktu Arafah di Saudi, boleh rujuk perkongsian waktu
seperti diatas.
Doa Arafah by JAKIM
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Tutup dengan selawat.
Aamiin Aamiin Ya Rabbul 'Aalamiin.
Semoga Allah kabulkan segala hajat anda sekalian dan diberikan dgn apa yg terbaik. Titip nama saya dalam do'a kalian.
FB - Ibnubahari
Doa Arafah by JAKIM