Jika anda mencari pengalaman makan malam yang istimewa di Kuala Lumpur, Ferria
KL adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi. Dengan menu pelbagai
yang menggamit selera, suasana yang elegan, Ferria KL menawarkan pengalaman
gastronomi
yang tidak terlupakan bagi para pengunjungnya. Jom baca lebih lanjut untuk
ketahui apa yang menarik di Ferria KL.
1. Lokasi Strategik di Pusat Kota Kuala Lumpur
Terletak di pusat kota Kuala Lumpur, Ferria KL adalah restoran yang terletak
bersebelahan The Westin KL. Memang sangat mudah untuk korang datang ke sini.
Dengan lokasinya yang strategik, korang boleh datang memandu sendiri atau
lebih mudah gunakan pengangkutan awam. Naik Grab atau LRT pun ok. Nak parking,
boleh aje parking di Pavillion KL atau di Westin KL. Ferria KL yang terletak
di tengah-tengah Bukit Bintang Kuala Lumpur ni menjadi tempat ideal untuk
menikmati makan malam enak dan elegan.
2. Suasana Yang Elegan Dengan Konsep Amazon
Ketika memasuki Ferria KL, korang akan disambut oleh suasana yang elegan dan
tenang dengan konsep hutan Amazon (Ferria KL Rainforest Theme). Pintunya tersorok ke dalam sedikit sebelum masuk ke bahagian dalam
restoren ini. Hiasan dalaman Ferria KL ni sangat cosy dengan interior design
dinding hinggalah ke bahagian siling yang penuh dengan tumbuhan hiasan.
Kredit photo:
Malaysian Flavours
Kredit photo: Malaysian Flavours
Ruangan restoran ini luas, meja makan sangat teratur dan memberikan kenyamanan
dan privasi kepada pengunjung. Suasana ini menjadikan Ferria KL sebagai tempat
yang sempurna untuk makan malam romantis, acara keluarga, atau nak buat
pertemuan perniagaan.
Kalau tak nak duduk bahagian dalam, ada juga ruangan di bahagian luar untuk
korang pilih. Tempat makan di luar ni lebih santai, sesuai untuk korang yang
datang berkumpulan untuk bersuka ria!
Kredit photo: onafo MY
Ferria Kl juga turut tampilkan konsep open kitchen di mana korang boleh lepak
santai untuk makan di live kitchen. Walaubagaimanapun ruang live kitchen ni
terpisah dengan area tempat duduk, jadi tak perlu risau untuk server nak
hantar makanan dan sebagainya.
3. Gastronomik Menu Yang Menambat Selera
Perkara paling penting membuat Ferria KL begitu istimewa adalah menu yang
disajikan. Dari hidangan pembuka hingga hidangan pencuci mulut, setiap
hidangan dipersembahkan dengan indah dan cita rasa yang istimewa. Menu
restoran ini menawarkan berbagai macam hidangan yang lazat dan menarik untuk dinikmati.
Bahan-bahan segar digunakan untuk menciptakan hidangan yang sempurna dan turut
menyediakan pilihan hidangan vegetarian. Untuk makluman korang Ferria KL ni
restoren Grill & Bar
dengan status pork free.
Watermelon Poppers
Bukan sekadar tembikai, appetiser ni memang tersangatlah sedap. Potongan
tembikai dalam bentuk kiub empat segi ni sangat juicy, ada gel sitrus dengan
herba melengkapkan hidangan ini.
Untamed Seared Tuna Salad
Sebagai hidangan pembuka ringan, Untamed Seared Tuna Salad ni memang sangat
segar. Salad sangat rangup dan segar dengan sos steak tuna sous vide. Pada Kak
Bell rasa sos ni kuat sangat. Overall masih sedap.
XL River Monster Roll
Hidangan udangXL River Monster Roll ni ada roti brioche homemade Ferria KL
dengan udang air tawar segar. Roti brioche yang dilapisi mentega digoreng yang
lembut, manis, dan sedap. Selain itu, hidangan ini disajikan dengan French
Bean Fritters yang digoreng dan mayo wasabi.
Zucchini Fries
Fries Zucchini labu manis yang dihidangkan dengan mayo wasabi. memang sedap
gile labu manis ni bila buat dengan fries goreng tepung!
Wild-Spiced Lamb Pizza
Piza Wild-Spiced Lamb ni dimasak dalam oven kayu api dengan topping yang
sangat sedap. Dia punya topping dengan crust dimasak dengan baik. Tekstur dan
rasa memang lengkap sampai Kak Bell makan 3 potong ya!
The Lambazon Skewers
Buat peminat daging kambing, jangan lupa cuba The Lambazon Skewers. Daging dia
memang sangat lembut macam mencair dalam mulut ya! Recommended untuk korang
cuba!
Bagi korang yang suka hidangan pasta dengan makanan laut, boleh cuba Tarzan
Arrabiata dan Oceanic Olio. Tarzan arrabiata hidangan klasik ni ada udang
harimau, soft shell crabs dan Chilean mussels, untuk Oceanic Aglio Olio
hidangan klasik ni ada udang air tawar yang size gergasi dan US Scallop.
Oceanic Olio
Tarzan Arrabiata
Secara keseluruhan, semua menu sedap tetapi ada sedikit rasa terlebih masin
untuk fries dan menu bergoreng lain. Untuk Untamed Seared Tuna Salad, Kak Bell
lebih suka jika dressing salad dengan rasa lebih ringan. Top menu Kak Bell
recommed adalah The Lambazon Skewers, Zucchini Fries, Wild-Spiced Lamb Pizza
dan Watermelon Poppers.
4. Layanan Pelanggan yang Profesional
Ferria KL
tidak hanya menawarkan hidangan yang lazat, tetapi juga layanan pelanggan yang
profesional dan ramah. Staf yang terlatih dengan baik siap melayani permintaan
pengunjung dengan penuh perhatian. Mereka akan bantu memilih dan beri cadangan
hidangan yang sesuai dengan selera korang.
5. Ulasan Positif Pengunjung
Pengalaman makan malam di
Ferria KL
telah mendapatkan banyak ulasan positif dari pengunjung sebelumnya. Ramai yang
memuji rasa makanan yang lazat, suasana yang romantis, dan layanan yang
memuaskan. Banyak pengunjung yang memberikan ulasan positif untuk Ferria KL
sebagai destinasi makan malam terbaik di Kuala Lumpur.
Buat korang yang nak hang out di hujung minggu, lepak santai bersenang-senang
dengan kawan-kawan, Ferria KL adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi.
Memang best sangat suasana kat sini. Buat korang, selamat menikmati pengalaman
gastronomi yang luar biasa di Ferria KL!
Ferria KL
Address: 199, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact: 010-303 1122
Website: https://www.instagram.com/ferria.kl/
Ferria KL review, Ferria KL menu, Ferria KL, Ferria KL restaurant,