Doa qunut merupakan doa yang dibaca semasa solat subuh bagi umat Muslim
setelah iktidal dalam rakaat kedua solat subuh sebelum sujud pertama pada
rakaat kedua. Qunut membawa maksud berdoa ketika berdiri dalam solat. Qunut
juga memiliki makna ketaatan yang diiringi oleh kerendahan hati. Dalam bahasa
Arab, qunut bermaksud berdiri, tunduk, taat, diam, dan doa.
- Bacaan doa
- Bacaan zikir
- Bacaan selawat
Bacaan doa
Bahagian pertama iaitu bacaan doa bermula dari اللهم اهدنا فيمن هديت sehingga
وقنا شرما قضيت dibaca KUAT/JELAS kerana ia satu bentuk doa. Dalam konteks doa,
Imam membaca dan makmum mengaminkannya.
Bacaan zikir
Bahagian kedua iaitu bermula daripada فإنك تقضي ولا يقضى عليك hingga akhir
dibaca PERLAHAN kerana ia adalah bacaan zikir. Jika anda solat berjamaah
bersama Imam, adalah afdhal untuk sama-sama membaca zikir ini secara perlahan.
Bacaan selawat
Ada sebahagian Imam membaca KUAT/JELAS kembali pada bahagian ketiga iaitu
bacaan selawat untuk memberi isyarat kepada makmum bahawa bacaan doa &
zikir sudah habis dan bersedialah untuk sujud.
Doa Qunut Pendek dan Doa Qunut Panjang Dalam Solat Subuh
Umat Islam dianjurkan untuk membaca doa qunut subuh semasa mengerjakan
sembahyang subuh. Ada dua versi doa qunut, iaitu doa qunut pendek dan panjang.
Doa Qunut Pendek
Allahummahdini fiiman hadait, wa 'aafinii fiiman 'aafait, wa tawallanii fiiman tawallait, wa baarik lii fiima a'thait, wa qinii syarra maa qadhait, fa innaka taqdhuu wa laa yuqdha 'alaik, wa innahu laa yadzillu man waalait, tabaarakta rabbanaa wa ta'aalait
Maksudnya: Ya Allah berilah kami petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau beri petunjuk. Berilah kami perlindungan kesihatan sebagaimana
orang-orang yang Engkau lindungi kesihatan. Sayangilah kami sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau sayangi. Berikanlah berkat terhadap apa-apa
yang telah Engkau berikan kepada kami. Jauhkanlah kami dari kejelekan apa
yang Engkau telah takdirkan.
Doa Qunut Panjang
Allahhummahdinii fiiman hadait, wa'a finii fiman 'aafait, wa tawallanii fiiman tawal-laiit, wa baarik lii fiimaa a'thait, wa qinii syarra maa qadhait. Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik, wa innahu laayadzilu man walait, wa laa ya'izzu man 'aadait, tabaa rakta rabbanaa wata'aalait. Falakalhamdu 'alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa'atuubu ilaik, Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa'alaa aalihi washahbihi wasallam
Maksudnya: "Ya Allah tunjukkanlah padaku sebagaimana pada mereka yang telah
Engkau beri petunjuk. Dan berilah padaku pengampunan sebagaimana pada mereka
yang Engkau beri ampun. Dan peliharalah aku sebagaimana pada mereka yang
Engkau pelihara. Dan berilah padaku keberkatan sebagaimana yang telah Engkau
karuniakan pada mereka. Dan selamatkan aku dari mara bahaya yang telah
Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan yang kena hukum. Maka sesungguhnya tidaklah hina pada mereka orang yang Engkau pimpin, dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagi Engkau segala puji atas yang Engkau hukumkan. Aku mohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga, dan para sahabatnya."
اللهمَّ اهدِنا فيمَن هدَيت،
Allahhumma dinii fiiman hadait
Ya Allah tunjukkanlah kami sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk
وعافِنا فيمَن عافيت
Wa’aa finii fiiman ‘aafait
Dan sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan
وتولَّنا فيمَن تولَّيت،
Watawallanii fiiman tawal-laiit
Pimpinlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin
وباركْ لي فيما أعطيت،
Wabaariklii fiimaa a’thait
Dan berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku
وقِني شرَّ ما قضيت،
Waqinii syarramaa qadhait
Jauhkanlah dari kami sebarang kejahatan / takdir buruk yang Engkau tentukan (untuk hari ini).
فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ،
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkausa menetapkan sesuatu selain dariapda Engkau
وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ،
Wainnahu laayadzilu man walait
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu
وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ،
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan,
فَلَكَ الْحَمْدٌ عَلى ما قَضَيتَ
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Dan Maha Tinggi Engkau, Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأََتُوبُ إِلَيْكَ
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau
وَصلَّى اللهُ عَلىَ سَيًّدًنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya
3 Jenis Doa Qunut : Qunut Nazilah, Qunut Witir, Qunut Subuh
Secara umum, doa Qunut memiliki tujuan yang sama yaitu memohon kebaikan,
perlindungan, dan petunjuk dari Allah SWT. Namun, setiap jenis Qunut
memiliki konteks dan waktu tertentu dalam pelaksanaannya. Terdapat tiga
jenis doa Qunut iaitu:
1. Qunut Nazilah2. Qunut Witir
3. Qunut Shubuh
Doa Qunut Nazilah
Doa Qunut ini biasanya dilakukan ketika umat Muslim menghadapi situasi
darurat atau bencana seperti perang, bencana alam, atau keadaan bencana
lainnya. Qunut Nazilah adalah untuk memohon perlindungan, pertolongan, dan
keberkatan dari Allah SWT dalam menghadapi situasi tersebut. Dalam doa ini,
kita memohon agar diberikan kemudahan dan kekuatan untuk mengatasi dugaan
yang dihadapi.
Doa Qunut Witir
Doa Qunut ini dibaca pada rakaat ketiga solat witir, yang merupakan solat suat
yang dilakukan setelah solat Isyak. Sembahyang witir biasanya dengan jumlah
rakaat yang ganjil, paling sedikit 1 rakaat dan paling banyak 11 rakaat. Qunut
Witir dilakukan untuk memohon keampunan dan keberkatan dari Allah SWT serta
memohon perlindungan dari godaan syaitan.
Doa Qunut Subuh
Doa Qunut ini dibaca pada rakaat kedua sembahyang subuh, yang merupakan solat
wajib yang dilakukan setiap pagi. Qunut Subuh dibaca untuk memohon keberkatan,
hidayah, serta perlindungan dari Allah SWT sepanjang hari. Dalam doa ini, kita
memohon agar diberikan kesempatan untuk selalu beribadah dan menjalankan amal
soleh. Baca juga Cara Buat Sedekah Subuh.
Hukum Membaca Doa Qunut
Hukum membaca doa Qunut adalah sunat, dianjurkan untuk dilakukan tetapi
tidak wajib. Namun demikian, ada beberapa pendapat ulama yang berbeza
mengenai hukum doa Qunut ini, tergantung pada mazhab yang diikuti.
- Mazhab Hanafi, doa Qunut dianggap sunnah muakkad dalam solat subuh.
- Mazhab Syafi’i, doa Qunut dalam solat subuh hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut).
- Mazhab Maliki dan Hanbali, doa Qunut tidak ditekankan pada solat subuh, tetapi dianjurkan pada solat witir atau solat lainnya dalam situasi tertentu, seperti saat memohon pertolongan atau perlindungan dari bencana.
Imam tidak perlu memanjangkan doa qunut dengan sengaja tanpa sebab dan
keperluan kerana hukum memanjangkan qunut adalah makruh. Selain itu, imam
juga perlulah menggunakan lafaz jamak di dalam doa qunut supaya doa tersebut
merangkumi semua jemaah.
Hukum Tertinggal Bacaan Doa Qunut Solat Subuh
Jika terlupa atau tertinggal bacaan doa qunut ketika sembahyang subuh, anda
disunatkan untuk lakukan sujud sahwi. Namun, solat subuh anda tetap sah
walaupun tanpa sujud sahwi.
Cara Sujud Sahwi
Kita digalakkan melakukan sujud sahwi apabila kita terlupa sesuatu perbuatan
sunat ab’adh, iaitu doa qunut atau tahiyat awal yang tidak termasuk dalam 13
rukun solat. Walaupun hukumnya sunat, eloklah kita melakukannya apabila
perlu. Cara sujud sahwi adalah seperti berikut:
1. NIAT
Sujud sahwi perlu diniat terlebih dahulu pada penghujung rakaat terakhir. Sesudah tahiyat akhir, sebelum memberi salam, takbir dan sujud dengan lafaz sujud sahwi.
2. SUJUD
Lafaz ini dibacakan 3 kali dalam sujud sahwi:
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَيَسْهُوْ
Subhana Man Laa Yanaamu Walaa YasHuu
Maksudnya: Maha suci Allah, zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa
3. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Selepas membaca lafaz tersebut, bangun daripada sujud dan duduk dalam posisi
di antara dua sujud, sama seperti yang biasa kita lakukan dalam solat.
Bacaan juga sama seperti duduk antara dua sujud.
4. SUJUD SEKALI LAGI
Sesudah itu duduk kembali pada posisi duduk di antara dua sujud dan lakukan
sujud sahwi sekali lagi. Kemudian duduk dalam keadaan tahiyat akhir dan beri
salam seperti biasa (tak perlu mengulang bacaan tahiyat akhir sekali lagi).
Meskipun ada perbezaan pendapat mengenai hukum doa Qunut, adalah dianjurkan
bagi umat Islam untuk membaca doa qunut semasa solat Subuh kerana doa ini
memiliki banyak khasiat dan manfaat, serta membantu mendekatkan diri kepada
Allah.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan informasi dan ilmu pengetahuan
yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
https://www.iuwashplus.or.id/doa-qunut/
https://ecentral.my/doa-qunut-subuh/