Coklat Callebaut Ruby RB2 & Coklat 100% Tanpa Tenusu NXT Dilancarkan Di Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Coklat Callebaut Ruby RB2 & Coklat 100% Tanpa Tenusu NXT Dilancarkan Di Malaysia

Trending

Coklat Callebaut Ruby RB2 & Coklat 100% Tanpa Tenusu NXT Dilancarkan Di Malaysia

Callebaut, pembuat coklat ternama yang berasal dari Belgium, telah melancarkan inovasi terbaru dalam dunia coklat dengan menghadirkan dua varian istimewa, iaitu coklat Callebaut Ruby RB2 dan coklat 100% tanpa tenusu NXT (free-dairy). Kehadiran coklat gourmet ini menjadi pilihan chef dan artisan coklat (pakar coklat buatan tangan) di seluruh dunia dan kini Malaysia boleh menikmati sensasi baru dari Callebaut dengan varian coklat ruby RB2, NXT Dark, dan NXT M_lk.

Coklat Callebaut Ruby RB2 & Coklat 100% Tanpa Tenusu NXT Dilancarkan Di Malaysia

Pada hari pelancaran, ada banyak pastri, kek dan hidangan yang disediakan menggunakan coklat Ruby dan NXT ni. Sangat kreatif ye bila mereka menggunakan coklat ni dalam minuman, kek dan lain-lain. Jom baca lebih lanjut untuk ketahui info berkenaan coklat Ruby dan NXT terbaru.


3 Varian Coklat Callebaut: Ruby RB2, Coklat 100% Tanpa Tenusu NXT dan NXT M_lk

Callebaut telah mencipta kepingan coklat pertamanya pada 1911 dan mula mengeksport coklat Belgium terbaiknya pada 1950. Terkenal kerana komitmennya kepada kualiti, kelestarian dan inovasi, Callebaut telah menjadi pilihan utama ramai chef, pakar pembuat konfeksi coklat dan artisan coklat di seluruh dunia. Rangkaian menyeluruh produk coklat Callebaut telah menetapkan piawaian industri dalam aspek cita rasa, seni pembuatan dan potensi kreatifnya. Malah pada hari ini, Callebaut diperbuat daripada biji koko yang boleh dijejak asal-usulnya dan 100% lestari.

Coklat Callebaut

Coklat Callebaut Ruby RB2

Ruby ialah coklat ke-4 selepas coklat gelap, susu dan putih. Coklat ini mempunyai rasa buah yang tersendiri lagi ketara dan rasa masam yang menyegarkan, serta warna batu delima (ruby) yang luar biasa. Disediakan khas untuk gubahan artisan, ruby merupakan pemberian daripada alam.

Coklat Callebaut Ruby

Callebaut ruby RB2 menghasilkan ledakan rasa yang nyata dan membawa nikmat coklat ke kemuncak baharu. Warna dan rasa unik ruby RB2 berasal daripada buah koko ruby, tanpa pewarna tiruan atau perisa seperti beri. Ruby RB2 ibarat khazanah alam dalam bentuk yang pasti menambat selera.

Pelancaran sedunia Callebaut ruby RB2 di Malaysia sesungguhnya memperlihatkan keyakinan Callebaut bahawa pasaran coklat di negara ini juga berlandaskan trend terkini. Dalam usaha berterusan pengguna mencari sentuhan rasa yang lebih menyerlah, ruby RB2 memuaskan keinginan mereka untuk menikmati sensasi coklat baharu.

Kajian mendapati bahawa ruby memang diminati oleh generasi baharu pengguna – terutamanya golongan milenial (18–35 tahun) yang mengimbangi gaya hidup aktif dengan keseronokan hidup yang ketara. RB2 juga pasti menarik perhatian hotel, restoran dan kafe terkemuka dan juga kedai bakeri dan pastri di Malaysia.


Coklat Callebaut NXT 100% Vegan Daripada Tumbuh-Tumbuhan

Dalam pada itu, Callebaut NXT pula direka cipta untuk penggemar coklat generasi akan datang yang mahu berbuat baik, hidup sihat dan memuaskan selera dengan cara yang lestari. Dirumuskan 100% daripada tumbuh-tumbuhan, tanpa sumber tenusu dan berbentuk vegan, NXT mengekalkan cita rasa asli dan kualiti yang setanding coklat tradisional.

Coklat Callebaut NXT

Pada hari ini, kami melancarkan coklat gelap NXT dark chocolate dan coklat susu NXT M_lk chocolate di Malaysia. Dengan proses pembuatan yang rapi, NXT diilhamkan oleh dan dicipta untuk semua chef, penggemar coklat dan komuniti pengamal vegan dan peminat makanan berasaskan tumbuhan untuk merangsang deria rasa mereka dengan ramuan yang lebih mesra bumi dan kesejahteraan kita.

NXT diperbuat 100% daripada ramuan berasaskan tumbuhan, tanpa sebarang kesan susu atau produk tenusu – tetapi tetap menawarkan segala kelazatan coklat tradisional. Bagi NXT M_lk, khususnya, cita rasa lazat berkrimnya dihasilkan daripada chufa, atau badam tanah, yang sering dirujuk sebagai ‘susu’ berasaskan tumbuhan yang mempunyai rasa manis semula jadi; ia juga merupakan ramuan lestari dengan emisi karbon yang jauh lebih rendah berbanding susu lembu.

Coklat Callebaut Ruby RB2 & Coklat 100% Tanpa Tenusu NXT Dilancarkan Di Malaysia

Coklat Callebaut Ruby RB2 & Coklat 100% Tanpa Tenusu NXT Dilancarkan Di Malaysia


Dengan mematuhi piawaian makanan paling ketat dalam industri, NXT dihasilkan di dalam kemudahan khusus di mana tiada ramuan tenusu diproses, dan diperbuat daripada lesitin bunga matahari dan bebas daripada bahan tambah, perisa atau pewarna tiruan.

Menurut Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, langkah memperkenalkan Callebaut ruby RB2 dan NXT mencerminkan kebangkitan semula para pakar pembuat konfeksi coklat, chef pastri, artisan, hotel, restoran dan pengusaha katering di Malaysia.

“Rakyat Malaysia semakin menitikberatkan pengalaman menjamu selera yang unik dan juga kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka. Tambahan lagi, lebih separuh daripada penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada Gen Z dan golongan milenial. Para pengguna muda ini mempunyai kuasa beli, tabiat menikmati snek dan cita rasa yang berbeza. Justeru, saya teruja untuk melancarkan coklat RB2 dan NXT Dark dan M_lk hari ini. Kami membawakan generasi baharu coklat yang penuh inspirasi dan inovasi kepada pelanggan kami, yang memenuhi keperluan generasi pengguna lebih muda: lazat untuk dimakan, sihat untuk badan dan baik untuk alam!” kata Robert.

Coklat Callebaut

Coklat Callebaut


Coklat Callebaut

Pakar coklat kelahiran Malaysia dan Ketua Chef di Chocolate Academy™ Singapura, Chef Amanda Lim, berkata, “Dalam dunia bakeri dan pastri, coklat ruby RB2 dan NXT Dark dan M_lk membawakan perubahan ketara yang menetapkan piawaian yang lebih tinggi dari segi inovasi dan pembuatan coklat bebas tenusu yang menambat hati dan juga selera. Saya teruja untuk melihat hasil ciptaan inovatif daripada produk-produk Callebaut baharu ini dan tidak sabar-sabar melihat segala peluang dan kemungkinan yang ditawarkannya kepada chef dan artisan di Malaysia.”

Chef pemenang anugerah, Lawrence Cheong menerangkan, “Ruby dan NXT telah membuka dunia baharu bagi menyerlahkan kreativiti dalam dunia coklat. Chef-chef boleh menyajikan gubahan yang lebih segar dan serba baharu untuk nikmat rasa yang mewah dan nyata berbeza yang diidamkan oleh pengguna hari ini. Saya sudah pun melihat potensi bagi gandingan yang manis dan menyelerakan bagi Callebaut Ruby RB2 manakala coklat Callebaut NXT Dark dan M_lk menjadi ramuan serba guna untuk mencipta resipi lazat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi diet vegan dan sajian berasaskan tumbuhan.”

Pelancaran produk coklat inovatif dan segar ini telah mencuri perhatian para chef dan artisan coklat di Malaysia malah dunia dan mendapat sambutan yang luar biasa. Callebaut terus memperkaya dunia coklat dengan kreativiti dan kualiti terbaik, menjadikan mereka pilihan utama para penggemar coklat di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.callebaut.com

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post