Resepi Kurma Pistachios Energy Balls Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Kurma Pistachios Energy Balls Bella Jamal

Trending

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls Bella Jamal

Hi korang! Buat korang yang masih sakan beraya, kalau ada balance buah kurma masa puasa aritu bolehlah try resepi kurma- kacang pistachios energy ball ni. Tersangat lah mudah ya! No cooking no baking! Kak Bell gunakan resepi dari Dietitian Georgen Thye.

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls Bella Jamal

Kak Bell gunakan kurma dari Natural Delights iaitu Medjool Dates USA sebab isi dia gedabak besar dengan bijinya yg kecil. Jadi isinya lebih padat dan banyak. Kalau nak tahu kurma Medjool ni memerlukan keadaan tumbesaran yang sangat spesifik di mana suhu yang tinggi, kelembapan yang rendah dan air yang banyak dan di tanam berdekatan Sungai Colorado, Bard Valley di Amerika.

Kurma Medjool USA ni padat dengan nutrisi pada 16 vitamin dan mineral yang penting, tinggi kalori dan mengandungi 50% lebih tinggi potassium dari pisang dan pelbagai manfaat lain. Rasa kurma ni manis, padat dan memang sangat sesuai untuk dijadikan snek atau smoothie yang baik untuk kesihatan jantung dan kidney. Ok, jom baca lebih lanjut untuk cara membuat Kurma Pistachios Energy Balls.


Resepi Bola Tenaga Kurma Pistachio

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls

Serving: 14 bola tenaga
Masa: 30 minit

Bahan-bahan
10 biji kurma Medjool USA Natural Delights (buang biji)
1/2 cawan pistachio (buang kulit)
1/4 cawan serbuk kelapa kering

Cara membuat:
1) Sediakan semua bahan dengan buang biji kurma dan asingkan kulit dari kacang pistachio.
2) Masukkan isi kurma dan kacang pistachio ke dalam food processor.

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls


3) Kisar bahan campuran sehingga campuran sebati (pastikan pistachio jangan terlalu hancur).

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls

4) Gunakan tangan dan ambil bahan campuran dan buat bentuk bola kecil, lebih kurang 1 inci diameter (saiz terpulang).
5) Salutkan setiap bola dalam serpihan kelapa kering.

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls Bella Jamal


6) Masukkan bola tenaga dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengeras sebelum dihidangkan.

Nutrisi/ Kuantiti setiap hidangan (2 bola tenaga)
Kalori - 204 kcal
Protein - 3g
Karbohidrat - 28g
Lemak - 8g
Serat - 4g

Mudah sahaja kan resepi ni? Bila dah masuk dalam freezer memang lagi sedap makan sejuk-sejuk. Rasa manis buah kurma Medjool memang sangat ngam dengan rasa lemak dari kacang pistachios. Korang patut try.


Fakta nutrisi dan manfaat kesihatan bagi kurma:
1. Kandungan kalori yang tinggi terutamanya karbohidrat (74 gram) memberi tenaga yang diperlukan.
Kaya dengan serat semula jadi, dengan hampir 8g serat dalam 100g kurma. Serat semula jadi ini membantu mengatur pergerakan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan kesihatan penghadaman keseluruhan.
2. Kandungan antioksida yang tinggi pada kurma dapat memberi manfaat untuk kesihatan jantung dan paru-paru, menjadikannya salah satu makanan yang paling ideal untuk jantung yang sihat.
3. Kurma dapat menurunkan kolesterol - termasuk kurma dalam diet kita dapat segera menurunkan kolesterol dan membantu menguruskan berat badan.
4. Kurma menyediakan pelbagai jenis antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Kurma kaya dengan antioksidan termasuk:
  • Karotenoid - Sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ia juga mengurangkan risiko gangguan berkaitan mata.
  • Flavonoid - Sebuah antioksidan yang kuat dengan pelbagai manfaat. Ia dikenali dengan sifat anti-radang. Kajian telah menunjukkan ia berguna untuk mengurangkan risiko diabetes, penyakit Alzheimer, dan beberapa jenis kanser.
  • Asid fenolik - Memiliki sifat anti-radang dan membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan masalah jantung.


5. Mengandungi 50% potassium berbanding buah pisang.
6. Vitamin penting - Setiap kurma mengandungi kolina, vitamin B yang sangat bermanfaat untuk proses pembelajaran dan ingatan. Ia juga merupakan sumber vitamin C dan D yang sangat baik yang membantu mengekalkan keanjalan kulit dan membuat kulit berseri.
7. Kurma kaya dengan kuprum, selenium dan magnesium yang merupakan nutrien penting untuk menjaga tulang kita sihat dan mencegah masalah tulang. Ia juga kaya dengan vitamin K yang membantu mengawal pembekuan darah dan membantu metabolisma tulang.

Resepi Kurma Pistachios Energy Balls

Secara keseluruhannya, kurma adalah makanan yang bergizi dan enak yang dapat memberikan pelbagai faedah kesihatan. Dengan memasukkannya ke dalam diet kita, kita dapat mendapat manfaat daripada kandungan serat tinggi, antioksidan, dan vitamin dan mineral penting. Selain itu, bola tenaga kurma-pistachio ini adalah snek yang cepat dan mudah yang boleh dinikmati sebagai hidangan sihat atau sewaktu pre-workout. Jangan lupa cuba Resepi Kurma Pistachios Energy Balls dan nikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh kurma Medjool!

Website: https://www.naturaldelights.com/
Facebook: https://www.facebook.com/NDmedjooldates/
Instagram: https://www.instagram.com/ndmedjooldates/

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post