Lirik Lagu Dulu - Zamaera (Sharifah Zamaera) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Dulu - Zamaera (Sharifah Zamaera)

Trending

Lirik Lagu Dulu - Zamaera (Sharifah Zamaera)

Sentiasa energetik, kreatif dan hangat menjadikan rapper, penyanyi serta penulis lirik Zamaera punya identiti yang kuat untuk diingati. Sifat ‘ramah’ pemilik nama sebenar Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen malah terlihat dalam karya-karya yang dihasilkannya sebelum ini termasuk single sulungnya, Helly Kelly. Single DULU telah dilancarkan pada hari Jumaat lalu, 19 Mei 2023 manakala video muziknya akan dilancarkan pada Jumaat ini bersamaan 26 Mei 2023.

Lirik Lagu Dulu - Zamaera (Sharifah Zamaera)

Cukup mudah untuk dikenali dengan imej dan attitude tersendiri, Zamaera kembali merencana kariernya pada tahun ini lewat single terbaharu yang diberi judul Dulu. Dulu disifatkan penyanyi berusia 28 tahun sebagai karya yang menghimpunkan momen dan pengalaman karier seninya selama ini. Ia dihasilkan oleh Zamaera seperti air mengalir dan setiap bait perkataan yang ditulis mencerminkan perasaannya.


“Dulu sangat istimewa buat saya. Ia mengisi momen dan pengalaman yang dilalui sebagai artis pada tahun 2012 dahulu sehingga sekarang. Semuanya dituang dengan jelas melalui lirik yang ditulis. Ramai yang tidak tahu saya seorang penyanyi sebelum menjadi rapper pada 2017."
“Saya juga menyelusuri bakat seawal usia 9 tahun dan telah menang sebuah pertandingan bercerita yang merupakan permulaan perjalanan hidup saya sebagai penulis lirik. Itu membuat saya bersyukur kerana pernah melewati hal-hal terbaik sedemikian,” kata Zamaera.

Menurut Zamaera, Dulu ditulis pada tahun 2020 selepas dirinya berkenalan dengan seorang penerbit berbakat besar, Wolfy, anak kelahiran Malaysia yang menetap di Australia. Kini setelah ia siap untuk dipasar dan diperdengarkan, Dulu juga mahu divisualkan dalam sebuah jalan cerita di klip videonya.


Lirik Lagu Dulu - Zamaera

Masuk dalam mindaku dan lawat masa lalu
Perjuangan hidupku bukan ramai yang tahu
Dari media sosial memang nampak sempurna
Permukaan yang dirancang waktu ku berdusta
Lapan tahu lalu aku dah diberi peluang
Dihalang oleh ego juga kekurangan wang
Kalau keras kepala dan tiada hala tuju
Walau pisau diasah tapi jalan kan tetap buntu
Aku tak nak kalah
Bila serba boleh
Parut zaman dulu aku simpan bawah solek
Dulu abang- abang OG suka beri nasihat,
Sekarang tak bersapa takut mahkota kena culik

Aku takkan mengalah
Aku takkan mengalah
Itu cerita dulu
Masa depan ku cerah
Masa depan ku cerah
Sekarang tak melulu

Dulu masa jumpa semua nak elak-elak
Sekarang namaku macam penyakit dah merebak
Dulu waktu kecil mereka tidak perhati
Sekarang hanya namaku yang mereka menanti
Dulu masa jumpa semua buat tak kenal
Sekarang mintak gambar sebab dah International
Dulu bila mula mereka tak ambil kisah
Sekarang mintak temu duga masuk dalam paper

Aku ingat dulu waktu party dekat Lust
Bawah umur tapi Tai Yong bagi aku pass
Naik atas pentas curi mikro dari Mika
Orang ramai tergamam bilaku rap lagu Onika
Dulu payment sedikit
Sekarang boleh meminta
Bukan buat untuk berduit
Berkarya kerana cinta
Walau derita demi cinta
Ku mula dengan Aman
Maksud tersirat
ku rahsiakan ke akhir zaman

Tipah tertipu tertipu tipu tertipah
Kiniku tolak tawaran akibat rezeki melimpah
Dulu dalam majalah nama sering disalah eja
Kini semua kenal siapa Sharifah Zamaera

Aku takkan mengalah
Aku takkan mengalah
Itu cerita dulu
Masa depan ku cerah
Masa depan ku cerah
Sekarang tak melulu

Dulu masa jumpa semua nak elak-elak
Sekarang namaku macam penyakit dah merebak
Dulu waktu kecil mereka tidak perhati
Sekarang hanya namaku yang mereka menanti
Dulu masa jumpa semua buat tak kenal
Sekarang mintak gambar sebab dah International
Dulu bila mula mereka tak ambil kisah
Sekarang mintak temu duga masuk dalam paper


Klip video Dulu dijadualkan bertemu peminat buat pertama kali pada 26 Mei ini, satu minggu selepas single istimewa ini dilancarkan di semua platform. Klip video ini dihasilkan oleh sahabat zaman persekolahannya, Fitri Ayub.

Lebih membanggakan, Dulu menerima banyak dukungan daripada pelbagai pihak termasuk Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) yang menaja lokasi utama penggambaran klip video serta pereka terkenal, Syomirizwa Gupta, Alia Bastamam dan Shaleen Cheah untuk busana-busana yang digayakan dalam single tersebut.

Memulakan karier seni secara serius pada 2012, Zamaera kini bernaung di bawah label Kartel milik Joe Flizzow bersama nama besar dunia hip-hop lainnya seperti SonaOne, Altimet, Ila Damia dan DJ Cza. Selain Dulu yang akan menambah kemas portfolio kariernya sebagai pelaku seni, Zamaera juga sudah terkenal lewat hitnya yang lain termasuk Get Munni, Jangan Salah Sangka dan Still Callin.

Karier seninya diiktiraf sehingga ke dunia antarabangsa sekaligus memberinya pengalaman menjadi wakil Malaysia yang mengisi pentas Asean-Korean Music Festival Round 2020. Untuk tahun ini mari kita mengucapkan selamat dan sukses dengan kemunculan single paling terbaru daripada Zamaera, Dulu.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post