KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

Trending

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

Pada 11 Mei 2022, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melancarkan platform dalam talian proLindung. Platform ini memudahkan pengguna untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan dengan lebih mudah, cepat, dan selamat. Kak Bell turut berkesempatan menghadiri majlis pelancaran proLindung dan Majlis Aidilfitri KOPETRO.

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

proLindung adalah inisiatif terbaru KOPETRO yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka. Platform ini dirancang untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan itulah sebabnya dinamakan proLindung.


"Pada zaman digital yang semakin pesat, proLindung memainkan peranan penting dalam memudahkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan dengan lebih efisien. Platform ini direka khas untuk mempermudah pengguna dalam memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka hanya dengan beberapa klik," kata Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim dalam ucapannya di majlis pelancaran tersebut yang diadakan sempena Majlis Aidilfitri 'Raya Bersama' KOPETRO.

proLindung dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna. Encik Roslan juga menggalakkan semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberikan maklum balas supaya platform ini dapat diperbaiki dan diperkembangkan.

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), anggota Lembaga Koperasi, perwakilan, anggota Jawatankuasa Audit Dalaman, dan pengurusan KOPETRO.


Apa itu proLindung?

proLindung merupakan satu perlindungan Takaful komprehensif untuk kenderaan persendirian. Ia menawarkan kemudahan pembaikan dan permohonan insurans kenderaan dan motosikal yang mudah dan tanpa kesulitan. Perlindungan ini meliputi kenderaan dalam kes kemalangan, kebakaran, kenderaan dicuri, kerosakan liabiliti undang-undang, dan bantuan road assistance.

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

proLindung adalah sebuah portal insurans digital yang membantu anda untuk membandingkan dan memilih pilihan Takaful Automotif (insurans) yang mematuhi Syariah termasukklah perkhidmatan pembaikan dan penghantaran cukai jalan. KOPETRO hanya menyediakan perlindungan Takaful yang mematuhi Syariah, iaitu Takaful, untuk memastikan anda dilindungi di dunia ini dan di akhirat.


3 Takaful Yang Ditawarkan proLindung
  1. Etiqa
  2. Takaful Ikhlas
  3. Takaful Malaysia

Manfaat Perlindungan & Perlindungan Komprehensif

i) Tuntutan Pantas & Mudah
Jika berlaku apa-apa dengan kenderaan anda, boleh hubungi mereka yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun.

ii) Bantuan Jalan Percuma
Jika berlaku kemalangan, pihak Takaful akan menampung kos pembaikan kenderaan anda.

iii) Bantuan Kecemasan 24/7
Jika kenderaan anda rosak, kami akan menyediakan bantuan jalan (penghantaran, mula semula, tukar tayar, penghantaran bateri) secara PERCUMA!


Bagi anggota KOPETRO, terdapat keistimewaan tambahan. Selain menawarkan perlindungan menyeluruh, anggota juga boleh membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji bulanan. Sempena pelancaran proLindung hari ini, KOPETRO menawarkan diskaun RM50 kepada 50 pelanggan pertama yang menggunakan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform dalam talian proLindung.

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

KOPETRO Lancar Platform proLindung Untuk Renew Cukai Jalan

Selepas majlis pelancaran, Majlis Aidilfitri KOPETRO berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang. Lebih daripada 2,000 orang termasuk anggota koperasi, warga kerja KOPETRO, dan rakan niaga koperasi menghadiri majlis tersebut.

Pelbagai hidangan Aidilfitri dan makanan tempatan disajikan seperti lemang, nasi impit, rendang ayam, lontong, laksa utara, nasi hujan panas dengan ayam masak merah, apam balik, cendol, dan lain-lain lagi.

Pengguna boleh mengakses proLindung melalui laman web https://www.prolindung.com.my/ dan boleh ikuti mereka di media sosial Facebook dan Instagram @proLindung untuk mengetahui promosi yang terkini.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post