Half Boiled Egg Time : Berapa Masa Telur Separuh Masak Yang Perfect? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Half Boiled Egg Time : Berapa Masa Telur Separuh Masak Yang Perfect?

Trending

Half Boiled Egg Time : Berapa Masa Telur Separuh Masak Yang Perfect?

Pernah tak bila korang nak buat telur separuh masak, hujung-hujung jadi telur rebus terlebih masak? Kadangkala failed nak buat kuning telur yang meleleh (runny yolk) dan putih telur yang masak sepenuhnya. Jadi, berapa minit nak rebus telur separuh masak? Berapa masa telur separuh masak yang perfect? Ok, dalam artikel ini, Kak Bell akan kongsikan cara untuk merebus telur separuh masak dengan sempurna. Buat korang yang suka makan telur, so grab your apron and let's get cracking!

Half Boiled Egg Time : Berapa Minit Rebus Telur Separuh Masak?
Photographs: J. Kenji Lopez-Alt
Source: seriouseats.com


Telur Sumber Kalsium, Vitamin

Telur dapat membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang lebih baik. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita. Vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium, dan vitamin D juga baik untuk kesihatan hati.

Apakah itu telur separuh masak?

Telur separuh masak (half-cooked eggs) juga dikenali sebagai telur rebus lembut (soft-boiled eggs).Telur yang direbus untuk jangka masa yang lebih singkat daripada telur yang masak sepenuhnya. Kuning telur masih cair, manakala putih telur sedikit lebih pejal berbanding telur mentah. Kalau ke kedai mamak, memang popular lah menu ni kalau masa sarapan pagi. Salah satu menu makanan kegemaran rakyat malaysia!

Risiko Bila Makan Telur Separuh Masak

Walaupun telur separuh masak adalah menu sarapan yang sedap tapi ada beberapa risiko jika tidak memasaknya dengan betul. Telur separuh masak boleh membawa risiko bakteria salmonela yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Salmonela boleh terdapat dalam putih telur, kuning telur, atau pada kulit telur itu sendiri. Jika anda memakan telur separuh masak yang telah tercemar dengan salmonela, anda mungkin mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, dan sakit perut.

Untuk mengurangkan risiko salmonela, penting untuk memastikan anda menggunakan telur segar dan memasaknya dengan betul. Periksa tarikh luput pada telur anda sebelum menggunakannya, dan pastikan untuk memasaknya sehingga putih dan kuning telur masak sepenuhnya.


Berapa Masa Telur Separuh Masak Yang Perfect?

Masa yang sempurna untuk merebus telur separuh masak bergantung kepada beberapa faktor yang berbeza seperti saiz telur dan ketinggian tempat di mana anda memasak. Secara general, selama 6 minit adalah masa telur separuh masak yang perfect sempurna bagi telur bersaiz sederhana.

Half Boiled Egg Time : Berapa Minit Rebus Telur Separuh Masak?
Source EggInfo

Half Boiled Egg Time : Berapa Minit Rebus Telur Separuh Masak?

Nak tahu beberapa cara masak telur yang lain, boleh baca kat sini > 6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba.


Bagaimana Cara Buat Telur Separuh Masak?

Masukkan air yang betul betul panas dalam bekas. Kalau tak ada bekas kuning bekas bertutup lain pun boleh. Berapa minit untuk rendam telur separuh masak/setengah masak ni? Boleh rujuk bacaan minit di bawah ini.

2-3 minit untuk suku masak
4-5 minit putih separuh masak (kuning masih cair)
6-7 minit putih 3/4 masak
*7 minit paling baik untuk dapatkan telur separuh masak.

Untuk merebus telur, masukkan air dalam periuk dan pastikan air meliputi telur dengan kira-kira satu inci. Setelah air mendidih, tetapkan satu pengukur masa selama 6 minit. Kemudian, keluarkan telur dari periuk dan letakkan dalam mangkuk air sejuk untuk menghentikan proses memasak.


Tips/Petua Untuk Merebus Telur

Walaupun merebus telur adalah proses yang agak mudah, terdapat beberapa petua yang boleh membantu anda menghasilkan telur rebus yang sempurna. Berikut adalah beberapa petua dan tips:

1. Gunakan telur segar: Telur segar akan lebih mudah dikupas dan mempunyai tekstur yang lebih baik daripada telur yang lama.

2. Biarkan telur mencapai suhu bilik: Jika anda mengambil telur anda terus dari peti sejuk dan terus merebusnya, telur mungkin akan retak kerana perubahan suhu yang tiba-tiba. Biarkan telur berada pada suhu bilik selama beberapa minit sebelum mula merebus.

3. Gunakan pengukur masa: Masa adalah segalanya dalam merebus telur. Gunakan pengukur masa untuk memastikan bahawa anda memasak telur anda selama masa yang betul.

4. Gunakan sudu/senduk berlubang: Apabila memindahkan telur dari periuk ke dalam air sejuk, gunakan sudu atau senduk berlubang tanpa perlu mencurahkan air rebusan terus dari periuk. Tak adalah telur terjatuh dan pecah!

Half Boiled Egg Time : Berapa Minit Rebus Telur Separuh Masak?


Cara mengupas telur rebus dengan mudah

Mengupas telur rebus boleh menjadi proses yang menjengkelkan dan memakan masa. Berikut adalah cara mengupas telur rebus dengan mudah:

1. Macam biasa, ketuk telur dengan lembut pada permukaan keras untuk pecahkan kulit telur.
2. Gulung atau roll telur antara tapak tangan untuk melonggarkan kulit telur dari isinya.
3. Kupas kulit telur di bawah air yang mengalir.

Cara menyimpan telur rebus

Anda boleh menyimpan telur rebus di dalam peti sejuk selama sehingga seminggu. Untuk menyimpan telur rebus, letakkan telur dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Nanti bolehlah digunakan untuk dimasukkan dalam salad atau sandwich.

Mudah sahaja kan cara nak buat telur separuh masak yang sempurna. Yang penting mesti gunakan telur segar, biarkan telur capai suhu bilik sebelum rebus, dan gunakan pengukur masa untuk memastikan bahawa telur anda dimasak dengan sempurna. Selamat mencuba!

Half Boiled Egg Time, Masakan Telur, Berapa Minit Rebus Telur Separuh Masak, Masa Telur Separuh Masak, cara buat telur separuh masak,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post