Hadiah Hari Ibu Dengan 6 Pilihan Lokasi Percutian Staycation - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Hadiah Hari Ibu Dengan 6 Pilihan Lokasi Percutian Staycation

Trending

Hadiah Hari Ibu Dengan 6 Pilihan Lokasi Percutian Staycation

Raikan ibu anda dengan hadiah Hari Ibu dengan percutian dan aktiviti santai, di luar bandar dan jauh dari bangunan pencakar langit. Rancang percutian hujung minggu dengan percutian singkat pada Hari Ibu tahun ini! Tourism Selangor telah menyenaraikan 6 lokasi untuk percutian staycation yang menyeronokkan, sesuai untuk seisi keluarga.

Hadiah Hari Ibu Dengan 6 Pilihan Lokasi Percutian Staycation

1. Villa Sajuri di Kuala Selangor
Nikmati vila bertemakan Maghribi, berhampiran Pantai Remis di Kuala Selangor! Dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 12 katil, Vila ini boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu dengan kemudahan yang menarik seperti gelongsor air, kolam renang, set karaoke, ruang barbeku dan projektor, sesuai untuk menonton filem bersama seisi keluarga!

hadiah menarik untuk family day


2. Villa Chee di Sekinchan
Terletak di Sekinchan, Villa Chee menyajikan persekitaran yang tenang dikelilingi oleh kehijauan sawah padi, jauh dari kesibukan bandar. Para tetamu boleh menyewa basikal atau motosikal dan menyelusuri kehijauan Sawah Padi Sekinchan sambil mengabadikan kenangan percutian di sini dengan mengambil gambar di tempat-tempat yang semestinya instagrammable dan indah!

percutian bajet 2 hari 1 malam

3. River & Glamp di Gombak
Terletak hanya 20 minit dari Batu Caves, tapak Glamping ini terletak bersebelahan Sungai Tua dengan pemandangan yang indah. Sesuai dengan namanya; Glam + Camping, setiap khemah di River & Glamp dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi peribadi, tempat mengecas alat elektronik dan tilam yang selesa, boleh memuatkan sehingga 3 hingga 4 orang di dalam satu khemah. 

aktiviti staycation

Para tetamu boleh memilih perkhidmatan F&B atau mengadakan barbeku bersama keluarga anda. Biarkan ibu anda berehat sambil bercuti dan nikmati hidangan yang menarik di sini di tengah-tengah alam semula jadi sebagai hadiah Hari Ibu anda.


4. Hotel Mercure di Gombak
Terletak di tengah-tengah bandar Selayang, Hotel Mercure adalah tempat staycation yang sempurna. Para tetamu boleh menyaksikan matahari terbenam yang romantis di kolam renang atas bumbung mereka dengan kawasan bermain kanak-kanak yang tersedia di sini. Para tetamu boleh menikmati hidangan lazat mereka di Restoran Meraki dengan pelbagai Antarabangsa.

family day hotel packages

5. Avani Goldcoast Resort di Sepang
Hanya 25 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Avani Goldcoast Resort di Sepang diinspirasikan daripada seni bina Polinesia dan Maldives dengan lebih 392 vila atas laut yang direka dengan sangat elegan. Hotel atas laut yang mesra alam ini amat sesuai untuk penginapan seisi keluarga sebagai hadiah Hari Ibu. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dirancang di sini seperti menaiki ATV, menyewa basikal, spa dan pusat urut yang mewah serta bilik Karaoke.

percutian family day


6. Dusun Bonda di Hulu Selangor
Terletak di atas tanah seluas 2.1 ekar pokok buah-buahan tempatan dengan landskap yang indah, Dusun Bonda menawarkan penginapan yang tenang dengan suasana yang menakjubkan dan persekitaran yang jauh dari kesibukan bandar. Terletak di Ulu Tamu, Batang Kali, tempat Glamping ini menyediakan semua kemudahan yang diperlukan untuk pelancong yang datang menginap secara berkumpulan, di tengah-tengah persekitaran tropika.

percutian bajet keluarga

Raikan Ibu anda pada Hari Ibu tahun ini dan berikan mereka masa untuk berehat sambil bercuti dengan hadiah Hari Ibu dengan percutian staycation! Untuk lebih banyak inspirasi percutian di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu. Baca juga Nama Anak Lelaki Dalam Islam Yang Mempunyai Makna Yang Baik.

percutian bajet keluarga, percutian family day, family day hotel packages, percutian bajet 2 hari 1 malam, hadiah menarik untuk family day, aktiviti staycation,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post