15 Kudapan Unik & Makanan Tradisi Untuk Tadau Kaamatan & Hari Gawai - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 15 Kudapan Unik & Makanan Tradisi Untuk Tadau Kaamatan & Hari Gawai

Trending

15 Kudapan Unik & Makanan Tradisi Untuk Tadau Kaamatan & Hari Gawai

Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka. Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun. Berikut admin senaraikan 15 Kudapan Unik & Makanan Tradisi Untuk Tadau Kaamatan & Hari Gawai.

Kudapan Unik & Makanan Tradisi Untuk Tadau Kaamatan & Hari Gawai

Sungguhpun Tadau Kaamatan dan Hari Gawai meraikan tamatnya musim menuai padi, sebenarnya terdapat perbezaan ketara dari segi tradisi dan upacara antara dua perayaan ini. Tadau Kaamatan meraikan hubungan antara Pencipta dan Ciptaan, yang diceritakan melalui lagenda pengorbanan Huminodun - seorang gadis cantik yang sanggup mengubah tubuhnya menjadi makanan dan tanaman subur bagi menyelamatkan manusia daripada kebuluran.

Hari Gawai pula bertumpu pada persembahan dan upacara yang menzahirkan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah, di samping meraikan umat manusia, ‘semangat’ padi, dan unsur-unsur lain yang melambangkan alam semula jadi.


Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak hairanlah makanan merupakan antara aspek yang paling dinanti-nantikan. Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat karib sambil menikmati pelbagai makanan lazat. Namun, harus diingat bahawa pemakanan tanpa kawalan semasa perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan dan kegelisahan. Kerana itu, pengamalan snek bijak yang merujuk kepada tabiat makan dengan niat dan perhatian, memfokuskan pada detik sekarang, dan menikmati makanan dengan semua pancaindera untuk mengelakkan terlebih makan amatlah disarankan.

Di sini, mari kenali 15 kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba, dan sambil-sambil itu terapkan juga amalan snek bijak ketika menikmatinya:

1. Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala
Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan Kuih Karas dari Semenanjung Malaysia ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu, dan gula. Ia digoreng panjang dan nipis, dan memiliki tekstur yang lembut dan sedikit kenyal. Kuih ini turut dikenali sebagai Kuih Jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur dan rasanya yang lazat. Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih Sarang Semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.

Kuih Sarang Semut - Kuih Jala


2. Penganan Chuan/ Penyaram
Penganan dari Sarawak merupakan makanan tradisional yang dibuat dengan menggoreng adunan tepung beras, gula, dan santan. ‘Kek mini’ ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut lagi kenyal. Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ianya makanan bergoreng, amalkan kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa.

Penganan Chuan/ Penyaram
Sumber: Hantara Blog – Che Nom

3. Hinompuka (Kuih pulut kukus)
Hinopuka merupakan makanan tradisi Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit yang dibalut dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal. Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim, dan ada juga yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis. Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan yang sesuai bagi anda yang menggemari perisa yang lebih halus.

Hinompuka (Kuih pulut kukus

Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkanlah kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan. Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi.


4. Tebaloi
Tebaloi atau biskut sagu merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo. Diperbuat dari tepung sagu, kelapa, gula dan telur, tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik. Nikmati kepingan tebaloi anda dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya yang unik hasil dari panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda.

Tebaloi - Biskut sagu

5. Bambangan
Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga. Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, dan boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan seperti Hinava Ginapan untuk Tadau Kaamatan. Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka. Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan dengan penuh perhatian dan lebih perlahan untuk meningkatkan kepuasan makan anda.

Bambangan


6. Kuih Ros/ Kuih Acuan
Nama panggilannya mungkin berbeza mengikut daerah. Ada yang memanggilnya Kuih Bunga Ros dan ia memang terkenal dalam kalangan masyarakat Iban. Rasanya manis dan ranggup. Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada tepung beras, santan dan kelapa.

Kuih Ros/ Kuih Acuan

7. Kek Lapis Sarawak
Kek Lapis Sarawak adalah sejenis kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam bahasa Melayu, kek itu dikenali sebagai kek lapis Sarawak, kek lapis moden Sarawak, atau hanya kek lapis.

Kek Lapis Sarawak

8. Lemang
Lemang merupakan antara makanan tradisi yang sinonim dengan hidangan Hari Raya. Di Sarawak, lemang juga merupakan juadah popolar dan sering dihidang semasa perayaan Gawai. Makanan tradisi sejak 1864 ini dianggap melambangkan kemeriahan dan kesatuan kerana bukan sahaja digemari oleh masyarakat Melayu malah kaum lain seperti Cina, Iban dan Bidayuh. Lemang selalunya disediakan menggunakan beras serta pulut dalam buluh kemudian dibakar dengan api.

Lemang


9. Nasi Linopot
yang menjadi antara makanan tradisi suku kaum Dusun, iaitu nasi yang digaul dengan ubi manis dan dibungkus dengan daun pokok wangian atau Longkobung. Nasi linopot yang diperbuat daripada beras padi huma itu kebiasaannya dimakan dengan tuhau, jeruk bambangan, bosau (pekasam), taduk (batang keladi), tunduk mundok (daun ubi), ikan bilis dan sebagainya, mengikut selera masing-masing.

Nasi Linopot

10. Nasi Merah
Nasi yang berwarna merah muda ini yang diperbuat daripada beras yang berbeza daripada beras biasa sememangnya banyak memberi manfaat antaranya meningkatkan kesihatan jantung, mencegah kanser, meningkatkan kesihatan pencernaan dan banyak manfaat lain.

Nasi Merah

11. Umai Ikan
Di Jepun terkenal dengan “sushi”, di Sarawak kita ada Umai. Umai disajikan dari ikan mentah yang terlebih dahulu dibersihkan dan isinya diambil dipotong secara kecil seterusnya diperap bersama limau, bawangmerah dan cili menjadi tarikan tradisional utama di kalangan penduduk Sarawak.

Umai Ikan

Umai dipercayai berasal dari kaum Melanau di Sarawak, dan seperti yang kita tahu, di Sarawak kaya dengan kaum yang berbilang bangsa dengan masyarakat yang hidup saling menghormati sesama kaum, tidak hairan lah berbagai kaum menggemari umai. Umai turut menjadi makanan tradisional utama disajikan ketika menyambut perayaan “Hari Gawai”.


12. Ayam Pansoh
Tidak asing lagi,makanan yang agak terkenal di kalangan masyarakat Malaysia Ayam Pansoh atau dikenali sebagai ‘Manok Pansoh’.‘Manok’ yang membawa maksud ayam ‘Pansoh’ pula bermaksud dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban di mana cara memasak sama seperti menyediakan lemang, Manok Pansoh dimana ayam dimasak dalam buluh. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.

Ayam Pansoh

13. Daun Ubi/Pucuk Ubi
Daun yang sering digunakan sebagai ubat-ubatan seperti mengatasi bengkak dan demam, daun ini juga sedap jika dimasak dan dimakan. Ditumbuk dan ditumis dengan perasa seperti ikan bilis dan cili, disumbat ke dalam tabung buluh dan dipanggang di atas api atau hanya direbus dengan bawang merah, lemak dan garam sememangnya memberi aroma bau yang nyaman dan sedap.

Daun Ubi/Pucuk Ubi


14. Ikan Tempoyak
Seakan sama masakan dengan ikan patin masak tempoyak, makanan tradisi kaum Iban “Ikan Tempoyak” yang mudah dan cepat dimasak dan sememangnya sedap untuk di makan.

Ikan Tempoyak

15. Bosou
Bosou adalah makanan tradisi Kadazandusun Sabah. Bosou atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan salah satu merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau ‘jeruk’

Bosou - Tonsom

Mencuba kudapan-kudapan lazat ini merupakan cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan budaya sambutan Kaamatan dan Gawai, sambil memuaskan selera makan anda. Menurut satu laporan tentang tabiat snek global oleh Mondelēz International, 78% orang pada hari ini lebih cenderung mengambil masa untuk menikmati snek mereka, manakala 61% berkongsi mereka meluangkan masa untuk membahagikan porsi makanan sebelum makan. 

Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kenali amalan snek bijak serta manfaat-manfaatnya di www.snackmindful.com.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post