10 Parenting Tips Dettol Yang Perlu Diketahui Ibu Bapa Baru - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 10 Parenting Tips Dettol Yang Perlu Diketahui Ibu Bapa Baru

Trending

10 Parenting Tips Dettol Yang Perlu Diketahui Ibu Bapa Baru

Menjadi ibu bapa baru adalah tugas yang menggentarkan, terutamanya apabila anda kini mempunyai si kecil untuk dijaga dan disayangi. Bimbangkan keselamatan dan kesihatan, malam tanpa tidur, membersih dan berkejar dengan tugasan harian, kadangkala hari menjadi tertekan. Cara terbaik untuk kekal tenang dan munasabah sambil menjaga anak anda adalah dengan mempunyai sistem yang baik dan semestinya mendedikasikan masa sejenak untuk diri sendiri supaya anda boleh kekal di tahap terbaik tanpa mengira situasi. Berikut adalah 10 Parenting Tips yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda dan pasangan boleh menikmati kemanisan keibubapaan dengan tenang.

10 Parenting Tips Dettol Yang Perlu Diketahui Ibu Bapa Baru

Parenting Tips : Menjaga Keselamatan Persekitaran Anda

Bayi lebih mudah untuk terdedah kepada penyakit dalam minggu-minggu pertama selepas tiba di rumah jadi, cuba pastikan persekitaran si kecil bebas daripada bakteria sebaik mungkin.

1. Fokus kepada membersihkan lantai, katil, kerusi tinggi, barang mainan dan apa-apa barangan yang mungkin di sentuh anak anda
Selain daripada mengelap dan membersih habuk, anda perlu menyahjangkit permukaan-permukaan yang diguna pada setiap hari dengan Dettol Antibacterial Liquid untuk membunuh sebarang kuman atau kotoran yang ada. Permukaan dalam rumah dan kereta sorong bayi selalu digunakan dan akibatnya, permukaan ini menjadi kawasan utama bagi virus dan kuman yang boleh menyebabkan si kecil atau anda jatuh sakit. Penggunaan Dettol Disinfectant Spray boleh mengurangkan penyebaran kuman-kuman ini.

2. Penting untuk menghalang kuman sebelum merebak
Pakaian bayi kotor yang diletakkan di dalam bakul pakaian kotor mudah terdedah kepada pertumbuhan kuman terutamanya apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama. Membasuh pakaian dengan bahan cucian antibakteria yang selamat pada kulit boleh membasmi penyebaran kuman dan memberi keselesaan kepada anak anda. Kuman dan kotoran daripada peluh semasa tidur menyeliputi bantal dan cadar tanpa anda ketahui. Cuci bantal anda dan bantal bayi dengan kitaran lembut dan keringkannya supaya kekal bersih dan tidak berhabuk.

dettol disinfectant spray-dettol body wash

3. Pastikan Tangan Bersih
Perkara ini sudah terang lagi bersuluh tetapi dengan bayi baru, kita mudah lupa perkara asas dalam rutin harian. Penting untuk anda pastikan tangan sentiasa bersih bagi menghalang kuman daripada tersebar. Memandangkan anda menggunakan tangan dalam semua perkara, daripada memasak sehingga membersih, gunakan Dettol’s Liquid Handwash atau sanitiser untuk memastikan tangan anda bersih sebelum mengangkat atau bermain dengan si kecil.

4. Hadkan interaksi anak anda
Disebabkan bayi baru lahir sensitif kepada persekitaran dan orang baru, ibu bapa dinasihatkan meminimumkan ziarah-menziarahi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu pertama. Anak anda tanpa disedari boleh dijangkiti dengan penyakit serius atau boleh membawa maut melalui pendedahan kepada orang baru. Cuba untuk tidak membenarkan orang baru untuk mencium atau memeluk si kecil sementara anak anda menguatkan sistem imunisasi mereka kerana mereka masih belum dilindungi dengan vaksin. Jika tetamu anda tidak terdiri daripada kalangan ahli rumah, sediakan Dettol Antibacterial Wipes atau Dettol Sanitizer di meja atau di kawasan pintu masuk supaya tetamu anda boleh menggunakannya untuk mengehadkan penyebaran kuman sebelum berjumpa dengan si kecil.


Parenting Tips : Penjagaan Diri Sama Penting Dengan Penjagaan Bayi

10 Parenting Tips Dettol Yang Perlu Diketahui Ibu Bapa Baru

5. Kongsi tugasan Membersihkan Rumah
Untuk mengelakkan tugasan menjaga kebersihan rumah berseorangan, kongsilah tugasan. Kekal tersusun dengan mencatit tugasan yang perlu dilakukan dan bahagikan mengikut kekerapan. Senaraikan tugasan yang perlu dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan. Jangan lupa untuk menjadualkan masa untuk diri sendiri yang berasingan daripada hal rumah. Penjagaan diri juga penting dan adalah sebahagian daripada pengurusan hal rumah.

6. Mandian Aromaterapi
Sebagai ibu atau bapa baru, mencari masa untuk diri sendiri mungkin sukar dalam kesibukan membeli barang runcit, memasak dan membersih. Peluang terbaik untuk dapatkan masa bersendirian adalah ketika mandi. Gunakan peluang ini untuk mengetepikan sedikit masa sekerap mana yang anda inginkan untuk satu mandian yang melegakan tekanan sebagai rutin baru anda. Aromaterapi terbukti sangat membantu dalam melepaskan lelah harian atau tekanan, jadi pilihlah aroma yang wangi dan terapi ini memberikan anda semangat baru untuk terus menjadi ibu atau bapa yang terbaik.

7. Tidur Yang Cukup
Tidur! Jadikan rutin tidur si kecil satu rutin tidur untuk anda sendiri. Mungkin rutin ini tidak akan berlaku pada masa yang sama pada setiap hari seperti tugasan anda yang lain, tetapi tidur memberikan badan dan diri anda rehat yang selayaknya sepanjang hari. Pastikan monitor bayi ada di samping anda supaya bersiap sedia apabila si kecil perlukan sesuatu.

dettol antibacterial disinfectant

8. Sentiasa tenang, Keep Calm
Tidak semua yang dirancang akan berjalan mengikut perancangan anda. Jika ada aral yang melintang (dan biasanya akan berlaku), bertenang. Jika anda berhadapan masalah untuk menghasilkan susu atau anak anda enggan tidur, jangan salahkan diri sendiri. Anda sangat sayangkan anak anda dan sudah menjaga si kecil anda bagai menatang minyak yang penuh... tetapi perlu ingat, tidak semestinya perancangan yang tidak berjalan seperti dirancang, bermaksud anda tidak melakukan yang terbaik.


9. Sertai Kumpulan Keibubapaan
Beberapa bulan pertama akan penuh dengan cabaran dan mereka yang boleh memahami situasi anda hanyalah orang yang melalui perkara yang sama, pada masa yang sama. Kami cadangkan supaya semua ibu bapa baru menyertai kumpulan keibubapaan. Kebanyakan kelas akan mengumpulkan keluarga yang mempunyai bayi yang sebaya, jadi semua orang sedang menghadapi perkara yang sama pada masa yang sama. Ini menjadi punca rujukan yang sangat membantu—dan saluran yang sangat diperlukan.

10. Percaya naluri anda
Dengan petua-petua yang diberikan, dan buku-buku tak terkira yang dipaksa baca, ibu bapa baru perlu lakukan apa yang sesuai untuk mereka dan anak mereka. Jangan rasa bersalah atau terpaksa untuk melakukan apa-apa yang tidak sesuai untuk keluarga anda. Pada awalnya, semuanya adalah satu fasa atau tahap, dan perkara-perkara yang menyebabkan anda tidak boleh tidur lambat laun akan menjadi perkara biasa.


Walaupun menjadi seorang ibu atau bapa adalah kerja sepenuh masa, mengambil satu hari pada satu masa mampu memberikan ketenangan jiwa. Dettol memahami bahawa menjadi ibu bapa baru penuh dengan cabaran tetapi ibu bapa ialah wira yang tidak didendang dalam kehidupan mana-mana anak.

Bersempena dengan Hari Ibu Bapa, Dettol ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu Bapa! Nikmatilah perjalanan keibubapaan dan percayalah anda tidak keseorangan. Anda ada Dettol, jenama disinfektan yang paling dipercayai di dunia yang membunuh 99.99% virus, bakteria termasuk varian Omicron COVID-19, yang sentiasa bersama anda untuk memberikan keyakinan, jaminan dan ketenangan jiwa untuk menghadapi hari-hari dengan perlindungan harian yang mudah.

Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk mengekalkan bahagian-bahagian lain dalam rumah bersih — sementara anak anda membesar dan parenting tips lainnya layari www.dettol.com.my dan www.dettol.com.sg

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post