Anda ingin memiliki senyuman yang indah dan putih berseri? Salah satu cara
terbaik untuk mendapatkan gigi lebih putih adalah dengan melakukan rawatan
pemutihan gigi. Minggu lalu, Kak Bell buat Laser Whitening Treatment di Klinik
Pergigian Redha di Bandar Tun Hussein Onn. Klinik Pergigian Redha adalah salah
sebuah klinik pergigian terkemuka yang menyediakan berbagai jenis perawatan
gigi profesional dan lengkap di Selangor.
Sebenarnya dah lama juga Kak Bell tak berkunjung ke klinik gigi. Memang dalam
perancangan nak pergi sebab rasa gusi ni makin mengecut. Risau pulak dibuatnya
kalau ada masalah gusi dan takut kene pakai gigi palsu! Jadi Kak Bell nak
berkongsi dengan anda semua pengalaman mendapatkan rawatan gigi di Klinik
Pergigian Redha di Bandar Tun Hussein Onn.
Klinik Pergigian Redha didirikan sejak tahun 2000 oleh Allahyarham Dr.
Yuszahanim Yusoff dan sejak itu menjadi salah satu klinik pergigian terbaik di
Selangor. Klinik ini memiliki empat cawangan di seluruh Selangor, termasuk
Klinik Pergigian Redha di Bandar Tun Hussein Onn yang dibuka pada tahun 2019.
Berikut adalah branch Klinik Pergigian Redha:
- Bandar Tun Hussien Onn
- Taman Bukit Cheras
- TTDI Grove, Kajang
- EcoHill Semenyih
Klinik ini menawarkan berbagai perawatan gigi termasuk rawatan pemutihan gigi
(whitening), pembersihan gigi, pemasangan braces, tampalan gigi hadapan
sewarna, crown and bridge (gigi sarung), pemeriksaan gigi dan perkhidmatan
X-Ray. Setiap perawatan dilakukan oleh dokter gigi profesional yang
berpengalaman.
Review Laser Whitening Treatment Di Klinik Pergigian Redha
Untuk makluman, Kak Bell ni penggemar kafein. Memang setiap hari akan minum
kopi dan teh. Tambah pula dengan menu masakan Malaysia yang semua sedap-sedap
belaka. Bila dah lama tak buat scaling, memang gigi akan bertukar kekuningan
(stain) dan ada kesan tompok hitam kalau tak buat pembersihan. Jadi
alang-alang, Kak Bell buat rawatan di Redha Dental. Jom ikuti review Laser
Whitening Treatment Di Klinik Pergigian Redha dengan Dr. Aiza.
Sebelum mula rawatan, Dr. Aiza akan memberikan penjelasan yang jelas dan
detail tentang perawatan yang akan diberikan. Kemudian, Dr. Aiza akan
melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan gigi anda.
Pemeriksaan ini dilakukan dengan memakai retractor pada bibir untuk melihat
keadaan keseluruhan permukaan gigi. Beberapa gambar juga diambil untuk melihat
perbezaan sebelum dan sesudah melakukan perawatan.
Laser Whitening Treatment adalah salah satu jenis rawatan gigi yang digunakan
untuk memutihkan gigi dengan menggunakan sinar laser. Rawatan ni berbeza ya
dengan Whitening Treatment biasa. Rawatan ini sangat popular di kalangan
individu yang ingin memperbaiki warna gigi mereka dengan cara yang cepat dan
efektif.
Langkah pertama setelah dapatkan warna gigi asal, proses scaling dibuat
terlebih dahulu. Sebelum proses pemutihan gigi perlulah scaling terlebih
dahulu untuk hilangkan plak, barulah gigi boleh putih. Plak ini menyebabkan
gusi bengkak, berdrah dan berpotensi membuatkan gigi goyang serta tidak dapat
diselamatkan. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merawat ialah Scaling
& Polishing.
Masa proses scaling, Kak Bell tak ada rasa sakit dan cuma nyilu sedikit
sahaja. Seriously memang berbeza dengan rawatan yang pernah Kak Bell dapatkan
sebelum ini kat tempat lain. Memang doktor gigi kat sini betul-betul scaling
gigi dan buat dengan cermat dan bukan cincai-cincai je buat. Kalau berdarah tu
standard masa scaling tapi kali ini sikit je berdarah masa round ketiga
scaling.
Lepas selesai, baru boleh buat proses Whitening. Dalam rawatan ini, doktor
gigi akan menggunakan gel pemutih yang mengandung bahan aktif seperti hidrogen
peroksida atau karbamida peroksida. Gel tersebut akan diletakkan pada gigi dan
kemudian sinar laser digunakan untuk mengaktifkan gel tersebut. Proses ini
dapat membantu menghilangkan noda dan memutihkan gigi secara signifikan dalam
waktu singkat.
Semasa proses Laser Whitening, akan ada sedikit rasa nyilu yang teramat sebab
gigi dah kena sinaran laser. Masa tu juga bahan asid pemutih akan meresap
masuk dalam gigi. Tapi rasa nyilu tu sekejap-sekejap je ada dan bukan
berterusan nyilu. Untuk proses Laser Whitening ni ada 3 cylces bagi setiap 15
minit. Jika nak hasil capat dan berkesan, bolehlah cuba Laser Whitening
Treatment ni. Confirm tersenyum lebar aje lepas ni.
Penjagaan Selepas Rawatan Laser Whitening
Setelah proses Laser Whitening selesai, disarankan untuk tidak ambil kopi atau
teh dan banyakkan minum air putih. Elak juga minum minuman sejuk dan panas
sebab akan menambah rasa nyilu pada gigi. Selain itu, dalam tempoh 48 jam juga
jangan makan makanan berwarna seperti kari dan sebagainya yang menyebabkan
warna melekat pada gigi untuk memastikan hasil yang lebih baik.
Secara personal, Rawatan Laser Whitening di Klinik Pergigian Redha memang
berbaloi. Doktor gigi disana semuanya profesional dan berpengalaman. Suasana
klinik pun damai je dan rasa lebih tenang nak buat rawatan. Untuk makluman,
ada 5 bilik rawatan dan 1 bilik rawatan khas untuk kanak-kanak dengan dekorasi
carton yang ceria untuk menenangkan kanak-kanak masa buat rawatan gigi.
Jika anda sedang mencari cara yang efektif untuk memperbaiki warna gigi anda,
Laser Whitening Treatment di Klinik Pergigian Redha mungkin dapat menjadi
pilihan yang tepat untuk anda. Khusus untuk pembaca blog Kak Bell, gunakan kod
BELLA masa datang ke sini dan dapatkan konsultasi percuma bernilai RM50.
Jadi, jangan ragu lagi untuk membuat janji dengan Klinik Pergigian Redha dan
dapatkan senyuman yang indah dan putih berseri seperti yang anda inginkan.
No 9, Town Park, 5, Jln Suarasa 8/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.
Operation Hours: 10AM - 10PM
Nombor Telefon: 014-9082 042
E-Mail: Info@redhadental.com
Website: https://redhadental.com/