Jam tangan pintar atau smart watch semakin semakin popular dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Bukan berfungsi sebagai jam semata-mata, smartwatch ni
mempunyai pelbagai fungsi seperti pemantauan kecergasan, pemberitahuan mesej,
menerima panggilan dan banyak lagi. Dengan mudahnya pengguna boleh mengakses
ciri-ciri telefon bimbit terus dari pergelangan tangan. Kali ni Kak Bell nak
kongsikan review mengenai Smartwatch Pintar Kieslect Calling Watch Ks. Jom
ikuti lebih lanjut.
Di dunia moden sekarang, kita akan lebih mementingkan produk yang menyediakan
keselesaan dan gaya. Jadi, kehendak pasaran meningkat untuk jam tangan pintar
yang menawarkan pelbagai ciri dan reka bentuk bergaya yang dapat melengkapkan
selera individu pengguna. Disebabkan dah lama mengidam nak memiliki
smartwatch, Kak Bell pun beli smartwatch dari Kieslect.
Smartwatch pintar dari Kieslect ini direka dengan tali magnetik dan mudah
dipakai. Untuk memenuhi keperluan dan keutamaan yang berbeza pengguna,
Kieslect telah melancarkan siri jam tangan pintar yang berbeza. Setiap siri
menawarkan ciri-ciri dan reka bentuk yang unik yang memenuhi gaya hidup dan
gaya fesyen yang berbeza.
Antara koleksi smartwatch Kieslect selain Kieslect Calling Watch Ks adalah
seperti Kieslect Calling Watch Kr Pro, Kieslect Calling Watch Kr dan Kieslect
Calling Watch LORA khusus untuk wanita. Buat anda yang nak dapatkan jam tangan
pintar dengan fungsi yang bermacam-macam pun ada. Boleh pilih ikut kesukaan
dan preferences masing-masing.
1. Fashion Smartwatch
- Kieslect Calling Watch Ks
- Kieslect Calling Watch Kr Pro
- Kieslect Calling Watch Kr
2. Lady Smartwatch
- Kieslect Lady Calling Watch Lora
- Kieslect Calling Watch Ks
Review Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks
Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks yang Kak Bell guna sekarang adalah di
antara siri terbaru dari Kieslect. Ianya didatangkan dengan dua pilihan tali
jam iaitu jenis Quick Release Magnetic Strap dengan 4 gaya berbeza dan satu
lagi jenis tali biasa berwarna hitam. Reka bentuk Kieslect Calling Watch Ks
juga lebih sporty.
Semua smartwatch Kieslect ini mempunyai sistem operasi yang bagus dan
menawarkan antaramuka yang mudah digunakan dan berbagai pilihan tetapan. Untuk
pemula, anda boleh muat turun aplikasi Kie OS Application dari Google Play
atau Apple Store untuk setting. Setelah buat pendaftaran akaun, dah boleh dah
buat tetapan untuk terima panggilan telefon, mendengar lagu dan memantau
aktiviti sport.
Kieslect Calling Watch Ks ini menggunakan paparan skrin 1.78’’ Super AMOLED
Display (368*448), colurful display dan memudahkan kita untuk swipe pada
skrin. Jam ini juga kalis air dengan IP68 Waterproof.
Kita juga boleh pilih paparan muka jam (wallpaper) di bahagian setting >
Device mengikut pilihan dan kesukaan masing-masing. Kalau tak nak guna
gambar sedia ada, boleh juga customize dengan gambar sendiri dari photo
galeri. Semua boleh setting dari telefon bimbit di aplikasi Kie OS.
Paling menarik dan best pada Kak Bell adalah fungsi menjawab panggilan
telefon yang menggunakan Bluetooth 5.2 Connection. Sambungan Bluetooth
smartwatch ini sangat stabil dan panggilan boleh didengar dengan suara
sangat jelas jika dibandingkan dengan Huawei GT watch.
Antara muka Kie OS
Untuk memastikan kita cukup sihat setiap hari, Kieslect Calling Watch Ks
juga mampu mengesan Abnormal Heart Rate Warning, buat bacaan SPO2, Sleep
Monitoring, Ujian Tekanan (Stress), latihan pernafasan dan juga Emotion
Test! Bagi wanita ada juga fungsi Female Menstrual Reminder yang boleh anda
jadikan sebagai pembantu peribadi. Memang mudah, setiap hari Kak Bell boleh
buat test untuk kadar kandungan oksigen dan kadar stress.
Bagi orang yang aktif bersukan, smartwatch ini menyediakan 100 mode jenis
latihan sukan seperti berlari, cycling, skipping, badminton, tenis, berjalan
dan banyak lagi termasuklah penjagaan kesihatan seperti kiraan kalori dan
bilangan jejak langkah atau step counts. Ini memudahkan kita untuk memantau
dan mencapai tujuan latihan atau aktiviti bersukan dengan lebih efektif.
Ketika beriadah, boleh juga sesambil dengar lagu dari playlist telefon
melalui High Definition Music Playlist on Wrist.
Baru habis main bowling ye!
Ni masa acara formal berbuka puasa
Memang sesuai untuk aktiviti dan latihan sukan
Antara fungsi menarik lain adalah Multi-function Second Button yang
menawarkan beberapa pilihan. Anda boleh gunakan fungsi ini untuk memasuki
mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan pembantu suara dengan menekan
dua kali, dan memasuki mod bantuan SOS dengan menekan dan menahan tombol
selama beberapa saat. Mudah kan?
Berikut adalah beberapa fungsi lain yang ada pada Kieslect Calling Watch Ks.
Memang banyak sangat fungsi yang korang boleh explore!
- Built-in Games
- Password Protection
- Find Phone
- Camera control
- Drinking reminder
- Calculator
- Weather Forecast
- Penggera (alarms)
- Timer, Stopwatch
- Lampu Suluh (Flashlight)
- Always on Display
- World Clock
- AI Voice Assistant
Jam tangan pintar Kieslect ni juga semuanya gunakan 2-in-1 Core calling chip
yang merupakan cip terhebat yang berada di tangga ketiga di dunia. Ianya
lebih menjimatkan tenaga bateri sehingga 30% lebih rendah berbanding cip dwi
(dual chip). Walaubagaimanapun, bateri cepat juga draining. Mungkin korang
boleh turn-off fungsi Always On Display.
Latar Belakang Kieslect
Kieslect telah
membina rangkaian pengedaran yang kukuh, membekalkan jam tangan pintar
bergaya kepada lebih daripada 5,000 outlet runcit di lebih daripada 60
negara. Sejak penubuhannya pada tahun 2017, jenama ini mempunyai lebih
kurang 600 orang pekerja di seluruh dunia.
Kieslect juga telah bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar
(wayarless) terkemuka bagi menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan
pintar yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan. Kesemua
produk Kieslect mempunyai sijil CE, RoHS, FCC dan UKCA yang membuktikan
kebolehpercayaan jenama dan pematuhan kepada standard kualiti. Patutlah
jenama ini dipercayai di seluruh dunia!
Kieslect memberi tumpuan dan faham kehendak pasaran yang mahukan gabungan
rekaan fashion dan teknologi. Jenama ini juga berjaya memenangi pelbagai
anugerah antarabangsa termasuk Red Dot Design Award, iF Design Award dan
German Design Award.
Buat anda yang ingin fashion smartwatch Kieslect Calling Watch Ks atau jenis
yang lain, boleh dapatkan di Official Store di Shopee. Khas buat pembaca
semua, boleh gunakan kod diskaun berikut:
Kieslect Calling Watch Ks Bonus Discount RM10 voucher: KIESKS
**First come First Serve
Kieslect Official Selling Platform:
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os
Secara keseluruhan, Kieslect Smart Watch adalah kombinasi yang sempurna
antara gaya dan keperluan gadget untuk gaya hidup moden. Dari segi
reka-bentuk designnya yang elegan hinggalah fungsi-fungsi yang disediakan,
memang Kieslect Smart Watch sangat memenuhi keperluan pengguna seharian. Kak
Bell jatuh hati dan puas hati sangat dengan Kieslect Calling Watch KS
ni! Untuk info lanjut, layari laman di bawah.
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia