Pamungkas jadi artis pertama untuk siri Nusafest tahun ini di Zepp Kuala
Lumpur. Dalam pertemuannya bersama para peminat di Kuala Lumpur pada September
tahun lalu, Pamungkas ada meninggalkan kata-kata terkesan di hati para
peminatnya. Jejaka berusia 30 tahun dengan suara seksi dan bakat yang
mengagumkan ini menyatakan bahawa semua orang mempunyai mimpi tersendiri.
Dengan usaha, angan-angan serta mimpi itu boleh berubah menjadi realiti.
Mungkin berkat doa dan pengumpulan doa angan-angan peminat setianya di Kuala
Lumpur, Pamungkas hadir lagi menjadikan rindu mereka sebuah leraian realiti.
Tetapi kali ini lebih hebat dan luar biasa pukulannya, kerana lelaki kelahiran
Jakarta ini akan bertemu mata dengan peminatnya di sebuah lokasi kegemaran
ramai- Zepp Kuala Lumpur. Sebuah lokasi yang menjadi idaman ramai pemuzik
Malaysia dan luar untuk berkongsi rasa dan karya mereka dalam satu ruangan.
Shiraz Projects dengan bangganya membawakan Pamungkas kali ini di Kuala Lumpur
dalam sebuah konsert dengan judul NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS pada 4 Mei
2023, Khamis, pukul 8.30 malam.
Menariknya Pamungkas kali ini muncul sebagai artis pertama dalam siri NUSA
FEST, sebuah festival yang turut akan berlangsung tahun ini dan akan
menghimpunkan pelbagai artis dari tiga buah negara.
“Melihatkan sambutan yang diberikan kepada Pamungkas tahun lalu, pihak Shiraz Projects dengan bangganya membawa vokalis ini bersama band-nya ke sebuah lokasi yang lebih “intimate” dan menjadi idaman setiap pemuzik. Saya percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik yang akan menambahkan galau para peminat menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik,” ujar Shirazdeen Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.
Melihatkan kejayaan Birdy South East Asia Tour yang merangkaikan 12 lokasi
persembahan Pamungkas antaranya Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura dan
berakhir pada 25 Februari lalu di Jakarta, Pamungkas dipilih sebagai pembuka
pula untuk siri NUSA FEST kelolaan Shiraz Projects.
Pastinya lagu-lagu Pamungkas seperti To The Bone, I Love You but I’m Letting
Go, Kenangan Manis, Sorry dan One Only akan dinyanyikan bersama-sama di Zepp
Kuala Lumpur kelak dengan sepenuh hati atau pecahan jiwa bagi peminat yang
sudah mengunyah lumat setiap bait-bait lirik dan melodi Pamungkas yang sering
membikin kacau perasaan mereka.
Manakan tidak, Lagu To The Bone milik Pamungkas diangkat sebagai lagu paling
banyak didengari di Spotify dan memecah rekod pada tahun 2021. Lagu tetsebut
juga menduduki tangga paling lama Lagu Indonesia Top 50.
Dari data yang pernah dikongsi oleh Pamungkas di media sosial Instagramnya,
@pamunqkas, karyanya di Spotify didengarkan di 176 negara di dunia.
Sebelumnya, Pamungkas juga menjadi pemuzik dengan lagu paling banyak
didengarkan di tahun 2020.
Jadi untuk menghenyak emosi dan perasaan kalian tahun ini, jangan lupa
dapatkan tiket NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS dengan harga, RM500 (Meet &
Greet), RM200 (Diamond), RM150 (Platinum), RM200 (Gold) dan RM150 (Silver).
Tiket akan mula dijual pada 17 Mac 2023, pukul 2 petang.
NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS
Tarikh : 4 Mei 2023
Venue : Zepp Kuala Lumpur
Laman Web : www.shirazprojects.com
Harga tiket : RM500 (Meet and Greet)
RM200 (Diamond)
RM150 (Platinum)
RM200 (Gold)
RM150 (Silver)
Tiket : www.myticket.asia
Facebook : shirazprojects
Instagram : shirazprojects
Hashtag : #NUSAFESTPRESENTSPAMUNGKAS
Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk
tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial
Shiraz Projects. NUSA FEST PRESENTS PAMUNGKAS yang merupakan konsert satu
malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.