OOTD Hari Raya 2023 Di 11 Lokasi Sekitar Selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal OOTD Hari Raya 2023 Di 11 Lokasi Sekitar Selangor

Trending

OOTD Hari Raya 2023 Di 11 Lokasi Sekitar Selangor

OOTD Hari Raya 2023 Di 11 Lokasi Sekitar Selangor | Negeri Selangor amat terkenal dengan kawasan pelancongan yang semestinya sangat sesuai untuk mengambil gambar dan diletakkan di laman media sosial khususnya di Instagram, dengan erti kata dan istilahnya, ‘Instagrammable’. Anda tidak akan kecewa dengan apa yang Negeri Selangor tawarkan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri anda, sama ada anda seorang jurugambar yang mencari kawasan penggambaran kreatif atau hanya mahukan gambar menarik untuk menyemarakkan lagi ruangan media sosial Instagram anda. 
 
OOTD Hari Raya 2023 Di 11 Lokasi Sekitar Selangor

Banyak tempat untuk ber-OOTD di Negeri Selangor yang pastinya “Instagram-worthy untuk Raya anda. “Outfit Of The Day”, atau OOTD, kini menjadi aktiviti yang mesti dilakukan oleh semua orang yang bercuti, tidak kira peringkat umur.

Negeri Selangor merupakan sebuah destinasi pelancongan dengan pelbagai lokasi menarik dari kawasan pantai, landskap bandar, elemen kehijauan, dan banyak lagi latar yang menakjubkan tersedia untuk anda mulakan sesi fotografi dengan memeragakan busana hari raya. Mari kita lihat 11 lokasi yang disenaraikan, mana tahu, ada yang sesuai dengan tema baju raya anda tahun ini!


1. Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor
Laluan Seni ini terletak di Lorong Belakang Jalan Raja Jalil, Pekan Lama Kuala Selangor kepada laluan turapan bersambung (interlocking pavement). Lorong yang telah ditambahbaik ini dikenali sebagai Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor dengan menampilkan pelbagai lukisan mural di sepanjang laluan berkenaan. Dengan adanya mural yang cantik tersebut dapatlah menggayakan baju raya anda di sana!

Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor

Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor

2. Dragonfly Park di Eco Grandeur Puncak Alam
Dragonfly Park ini terletak di Eco Grandeur Puncak Alam yang merupakan kawasan perumahan yang dibina mesra flora dan fauna. Uniknya, kawasan tasik yang ada disini adalah berbentuk seperti ‘dragonfly’. Ianya juga menjadi tempat untuk beriadah seperti bersenam, jogging dan berkelah.

Dragonfly Park di Eco Grandeur Puncak Alam

Dragonfly Park di Eco Grandeur Puncak Alam


3. Elmina Valley Park
Elmina Valley Park, destinasi “Instagramable” popular di Shah Alam, terletak di perbandaran baharu, Elmina City. Penduduk tempatan menyukai taman yang cantik ini, yang mempunyai beberapa tarikan yang sesuai untuk mengambil gambar seperti laluan pelangi berwarna-warni dan jambatan ikonik Elmina. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti, termasuk berjoging dan berbasikal, sesuai untuk lawatan anda seisi keluarga.

Elmina Valley Park

4. Taman Persahabatan Jepun, Taman Tasik Shah Alam

Taman Persahabatan Jepun

Kerjasama antara negeri Selangor dan pelabur Jepun kian meningkat sejak 10 tahun yang lepas. Atas sokongan dan kepercayaan pelabur Jepun terhadap potensi negeri ini, Taman Persahabatan Selangor-Jepun telah dibina sebagai tanda penghargaan. Pembukaan taman itu sangat simbolik mencerminkan keakraban kerajaan negeri Selangor dengan Negara Jepun. Taman bertasik yang terletak di Shah Alam ini dibuka kepada pengunjung secara percuma dari jam 10am-7pm setiap hari. Antara tarikan yang ada di taman ini ialah Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai. Dengan landskap indah yang kemas dan elegan, suasana aman dan jambatan-jambatan kecil dikelilingi air tasik, memang merefleksi budaya masyarakat Jepun. Anda juga boleh terasa bagai berada di negara matahari terbit itu.

5. Mural Safari di Pekan Diraja Klang

Mural Safari di Pekan Diraja Klang

Jika anda ke Pekan Diraja Klang, anda wajib singgah di pekan Klang lama yang mempunyai banyak kedai menjual pelbagai barangan untuk masyarakat India. Pengunjung juga boleh singgah untuk mengambil gambar mural menarik bertemakan “Safari” di sepanjang lorong belakang kedai di bandar Klang lama. Seni mural mempesona ini mengetengahkan pelbagai jenis lukisan haiwan seolah-olah anda berada di safari sebenar.

Mural Safari di Pekan Diraja Klang


6. Lover’s Bridge, Tanjung Sepat
Lover’s Bridge boleh dikatakan sebagai ikon yang paling dikenali di Tanjung Sepat. Walaupun berada jauh dari kawasan bandar, kampung nelayan ini tetap menjadi destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang mencari kawasan untuk melihat matahari terbenam sambil ber-OOTD di sini.

Lover’s Bridge, Tanjung Sepat

7. Tamarind Square
Berkonsepkan reka bentuk urban dan kehijauan, pencipta alam semulajadi, pastinya akan teruja untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan pelbagai tumbuhan flora di sini. Dengan struktur bangunan yang unik dan moden serta tumbuhan menjalar yang subur, Tamarind Square memberikan ruang terbuka yang selesa sepanjang sesi fotografi di sini. Terdapat juga beberapa kafe disediakan di Tamarind Square untuk berehat sebelum ke sesi fotografi yang seterusnya!

Tamarind Square

Tamarind Square

8. Istana Bandar Jugra
Terletak di Pekan Jugra, Kuala Langat, Istana Bandar Jugra memberikan latar belakang yang nostalgik seperti kembali ke masa silam! Anda juga boleh bersiar-siar di Pekan Jugra sambil mencari latar belakang fotografi dengan deretan bangunan yang masih dikekalkan sejak berpuluh tahun dahulu seperti Masjid Alaeddin, Muzium Insitu Jugra dan lain-lain tanpa apa-apa bayaran masuk!

Istana Bandar Jugra


9. D’Network Setia Eco Park
Bertemakan ‘Taman Musim Panas di Malaysia’, terdapat 38 jenis tumbuh-tumbuhan eksotik dan 18 jenis pohon-pohon renek yang dibawakan dari pelbagai negara. Terdapat juga Pancutan Air Muzikal yang Pertama di Dunia dengan menggunakan tenaga solar, berkonsepkan Simfoni Kelestarian. Pengunjung boleh menyaksikan lampu warna-warni yang bergemerlapan dan diiringi dengan pelbagai musik ketika pertunjukan air pancut. Keseluruhan premis F&B di D’Network Setia Eco Park ini juga menggunakan tenaga solar bertujuan untuk menekankan konsep ekosistem yang lestari untuk semua pengunjung.

D’Network Setia Eco Park

10. Gamuda Gardens Park
Berkeluasan sehingga 810 ekar, terdapat 5 buah tasik di Gamuda Gardens dengan bekonsepkan taman biodiversiti di kawasan yang berbukit bukau. Di samping menjadi kawasan untuk beriadah bersama seisi keluarga, terdapat juga air terjun buatan di sini, semestinya memberikan latar belakang yang indah untuk fotografi OOTD anda di hari raya nanti! Pengunjung boleh mengakses masuk ke kawasan ini dengan mudah, melalui 3 lebuhraya utama iaitu lebuhraya NSE, Guthrie dan LATAR.

Gamuda Gardens Park


11. Setia Ecohill Park, Semenyih
Bagi warga kota yang ingi lari dari hiruk pikuk di bandar, Setia Ecohill Park di Semenyih merupakan antara tempat yang terbaik untuk sesi fotografi di hari raya anda. Bertemakan Live Green, Setia Ecohill terletak di puncak bukit dengan pemandangan yang dikelilingi dengan alam semulajadi dan kehijauan. Dilengkapi dengan kawasan permainan untuk kanak-kanak, kawasan ini sangat sesuai untuk sesi fotografi bersama seisi keluarga, tidak mengira umur.

Setia Ecohill Park di Semenyih

Memori di Hari Raya merupakan antara kenangan yang indah untuk disimpan. Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga dan rakan anda untuk merakamkan gambar dan muat naik seleksi gambar OOTD bersama baju raya anda di laman media sosial.

Jangan lepaskan peluang untuk sertakan tanda-pagar #PusingSelangorDulu bersempena Hari Raya Aidilfitri ini untuk dikongsikan di laman media sosial Tourism Selangor! Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post