Bilik Tepi yang dihasilkan oleh Feisk Productions di bawah sutradara Feisal
Azizuddin merupakan sebuah naskhah seram tentang tiga mahasiswa diganggu oleh
roh yang tidak aman sewaktu bercuti. Naskhah tersebut berjudul Bilik Tepi dan
sudah boleh distrim di platform VIU pada 10 Mac 2023.
Banyak konflik dibentangkan dengan jump scare yang tidak terjangka hadir dalam
naskhah yang sudah pun dihasilkan tahun lalu ini. Bukan hanya itu namun
kegigihan pihak produksi dalam menghasilkan naskhah ini menjadi sebuah filem
juga patut diberikan pujian dengan segala kekangan yang mereka hadapi semasa
proses penggambaran.
“Bilik Tepi merupakan salah satu filem di mana kami mengambil kamera dan mengumpulkan beberapa rakan untuk penggambaran. Setelah mengerjakan filem pendek bergenre seram pada tahun sebelumnya, kami merasakan menarik untuk melihat perkara yang boleh kami hasilkan, menggunakan sumber terhad yang tersedia,” cerita Feisal Azizuddin selaku pengarah.
Menurut Feisal lagi, walaupun filem itu hanya berdurasi lebih sejam,
pengalaman pembikinannya telah memberi sumbangan yang besar kepada perjalanan
hidup dirinya dan pihak produksi hingga ke hari ini.
Manakala menurut Iskander yang merupakan penerbit, “Bilik Tepi adalah dedikasi kepada seram klasik. Kami agak baru dalam pembikinan filem. Kami mahu mencabar diri sendiri dengan melihat apa yang boleh kami capai dengan kru asas, bajet yang ketat dan jadual penggambaran 10 hari. Kami amat berbangga kerana filem kecil ini kami ditayangkan di platform yang hebat seperti Viu.”
Filem: Bilik Tepi
Genre: Seram
Penerbit: Feisk Productions
Pengarah: Feisal Azizuddin
Tarikh Tayangan: 10 Mac 2023
Barisan Pelakon Bilik Tepi
Bilik Tepi dibintangi nama asing dunia komersial tetapi mempunyai bakat besar
seperti Farihin Ufiya, Aisha Ellingham, Ravena Jazmine, Joshua Tsi dan Syazani
Zikry.
Jad Hidhir Harjono sebagai Khalil
Ravena Jazmine sebagai Malathi
Joshua Tsi sebagai Brandon
Farihin Ufiya sebagai Hana
Syazani Zikry sebagai Golek
Sinopsis Filem Bilik Tepi
Sinopsis Filem Bilik Tepi | Bilik Tepi adalah sebuah naskhah seram tentang
tiga mahasiswa diganggu oleh roh yang tidak aman sewaktu bercuti. Apa
sebenarnya yang terjadi dan misteri di sebalik Bilik Tepi ini.
Melihat kepada kualiti dan pencapaian yang diraih produksi Bilik Tepi inilah
membuat VIU tidak mahu melepaskan naskhah yang dipercayai akan membuatkan
saluran penstriman mereka hangat.
Platform penstriman VIU sentiasa mahu ke depan dengan pengisian segar dan lain
daripada lain namun memberi kesan kepada setiap pelanggan dan penonton mereka.
Setiap naskhah yang dipertontonkan juga mempunyai kualiti, sehingga menjadikan
VIU sebagai platform penstriman masa kini dengan pengisian lokal juga
antarabangsa.