Cara Lajukan Pagespeed Blog Guna Website Speed Test Platform | User experience
dan kelajuan halaman (pagespeed) website adalah faktor penting dalam menjaga
performance sebuah blog atau website. Jika sesebuah website mempunyai tahap
kelajuan yang baik untuk desktop/PC dan mobile friendly, ianya dapat
meningkatkan SEO dan ranking di enjin carian seperti Google, Bing dan
sebagainya.
Pengalaman pengguna atau user experience adalah faktor penting dalam
menentukan adakah pengunjung akan kembali ke website kita atau tidak. Kalau
website slow loading dan lembab sebab ambil masa untuk dimuat turun akan
menyebabkan pengunjung akan lari dan tinggalkan website tersebut.
Google juga telah menyatakan bahawa kecepatan halaman adalah faktor penting
dalam menentukan peringkat atau ranking web di enjin pencarian dan seterusnya
meningkatkan SEO. Bila laman web atau blog kita laju, conversian website akan
lebih baik, meningkatkan reputasi website serta meningkatkan kepercayaan
pengunjung.
Platform Mengukur Kelajuan Website (Website Speed Test)
Ada banyak platform atau alat pengoptimuman kelajuan laman web yang ada samada
yabg percuma atau berbayar. Berikut adalah platform yang boleh anda gunakan
untuk menyemak kelajuan speed beserta cadangan pembaikan yang boleh dibuat
untuk mengoptimunkan website korang.
Alat percuma yang disediakan oleh Google untuk menganalisis kelajuan laman
website/blog dan ada cadangan untuk memperbaikinya. PageSpeed Insights
menunjukkan skor dari 0-100. Labih bagus jika skor adalah 80-90% ke atas
untuk mobile dan juga desktop.
GT Metrix juga percuma untuk menganalisis kelajuan laman website dan
memberikan laporan terperinci tentang cara untuk memperbaikinya. GTmetrix
menawarkan beberapa ciri seperti Summary, Performance, Structure, Waterfall,
Video dan History yang menunjukkan bagaimana kelajuan laman web anda telah
berubah dari masa ke semasa. Boleh cuba Test Server berbeza seperti
Vancouver, Canada atau Hongkong , China.
Alat percuma yang menganalisis kelajuan laman web anda dan memberikan
laporan terperinci tentang cara untuk memperbaikinya. Pingdom menawarkan
ciri-ciri seperti penilaian prestasi, analisis laman, dan carta Waterfall
yang menunjukkan bagaimana setiap elemen pada laman web anda menyumbang
kepada masa muatannya.
Ini adalah alat percuma yang menyediakan pengujian prestasi yang
terperinci dan cadangan pengoptimuman untuk laman web anda. WebPageTest
menawarkan ciri-ciri seperti multi-step transactions, content blocking,
dan video capture yang menunjukkan insight performance website di lokasi
dan device yang berbeza.
Cara Dan Tips Lajukan Pagespeed Blog/Website
Berikut adalah beberapa tips untuk mengoptimalkan kelajuan webiste/blog
atau artikel anda di enjin carian.
1. Kurangkan saiz ukuran gambar: Ukuran gambar yang besar akan
membuatkan masa muat turun halaman panjang. Korang boleh compress gambar
sebelum upload dan gunakan format gambar seperti WEBP. Macam Kak Bell akan
pastikan saiz bawah 100KB untuk gambar.
2. Gunakan cache: Cache membolehkan browser user menyimpan data dan
membuatkan halaman web kita dapat dimuat turun lebih cepat pada kunjungan
berikutnya. Anda dapat memanfaatkan cache dengan menggunakan plugin atau
mengaktifkan ciri cache pada server website anda.
3. Kurangkan jumlah plugin: Terlalu banyak plugin dapat
memperlambat kecepatan halaman web. Pastikan untuk gunakan beberapa plugin
yang diperlukan sahaja.
4. Gunakan CDN: CDN (Content Delivery Network) dapat membantu
mempercepat waktu muat turun halaman dengan menempatkan salinan website di
beberapa server di seluruh dunia. Dengan cara ini, waktu akses dan
pengiriman data lebih cepat dan efisien karena isi kandungan web diakses
dari server yang lebih dekat dengan pengguna. Contoh CDN yang popular
seperti Cloudflare, Akamai, Amazon CloudFront, dan banyak lagi.
5. Hapuskan HTML/Script yang tidak perlu: Menghapus kod html yang
tidak perlu seperti ruang komentar dapat membantu mengurangkan ukuran file
dan mempercepat masa muat turun halaman (kurangkan penggunaan HTML script
pada widget).
6. Gunakan hosting yang cepat: Pilih penyedia hosting yang cepat
dan bagus untuk memastikan website boleh dimuat turun denagn cepat. Anda
juga dapat memilih hosting yang dioptimalkan khusus untuk platform CMS
seperti WordPress atau Drupal.
Kesimpulannya penting untuk kita mengoptimalkan kelajuan web/blog supaya
dapat meningkatkan pengalaman pengguna dan meningkatkan SEO blog anda.
Semoga beberapa tips ini membantu!