Cara Dapatkan Roadtax Digital (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Di Aplikasi MyJPJ - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Dapatkan Roadtax Digital (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Di Aplikasi MyJPJ

Trending

Cara Dapatkan Roadtax Digital (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Di Aplikasi MyJPJ

Hi Korang! Kisahnya Kak Bell tak sempat nak renew road tax dan perbaharui insurance kereta baru-baru ini. Tapi ada sedikit kekeliruan jadi terlambat nak renew. Ni dah setel semla barulah senang hati nak balik ke kampung kan! Buatnya ada roadblock maunya naya dibuatnya. So Kak Bell nak kongsi dengan korang macam mana cara nak dapatkan roadtax digital dan lesen memandu paparan digital ni di aplikasi MyJPJ.

Cara Dapatkan Roadtax Digital & Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

Lebih mudah sebenarnya kalau buat online tapi disebabkan nak terus guna insuran Allianze terpaksalah buat kat pejabat pos sebab takde pilihan insurans ni kat online MyEg atau Bjak. Bila contact Allianze, dah bagi quotation tapi tak boleh nak add-on insnare untuk windscreen. Katanya keta dah masuk tahun ke-18. Sis tak boleh nak brain, bukannya kita tak bayar kan nak add-on untuk cermin. Jadi sis tukar pakai insuran kereta lain. Walaupun NCD 55% tetap mahal ye road tax + insuran keta sis. Dah masuk 3 tahun tetap RM740++.


Apa Itu Roadtax Digital?

Sejak 10 Februari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan pemilik kenderaaan persendirian di Malaysia tidak lagi diwajibkan untuk mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau nama lainnya cukai jalan (roadtax) berkuat kuasa serta-merta. Pemilik kenderaan boleh mula menggunakan roadtax digital sahaja. Bagaimanapun, perkara ini sedang dilakukan secara berperingkat dan ia hanya terpakai untuk pemilik kenderaan persendirian warganegara Malaysia sahaja.

Lesen Memandu Malaysia versi digital / LMM Digital (e-LMM)
Lesen Kenderaan Motor versi digital/ LKM Digital (e-LKM)


Seksyen 20 Akta JPJ yang menyatakan lesen kenderaan bermotor (roadtax) mesti dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.


Apa itu e-LKM? 

e-LKM jpj merupakan suatu paparan digital yang membenarkan pengguna mendapatkan Lesen Kenderaan Motor versi digital. Dengan adanya aplikasi ini, hal ini dapat memudahkan pengguna ke mana sahaja tanpa perlu melekatkan lesen kenderaan motor atau jpj roadtax di mana-mana bahagian depan cermin kenderaan. Pengguna boleh mengakses road tax jpj / cukai jalan digital mereka secara atas talian sahaja.

Apa itu e-LLM? 

e-LLM jpj pula merupakan suatu paparan digital yang membenarkan pengguna mendapatkan Lesen Memandu Malaysia versi digital. Dengan adanya aplikasi road tax jpj ini, hal ini dapat memudahkan pengguna ke mana sahaja tanpa perlu membawa lesen memandu fizikal. Pengguna boleh mengakses lesen memandu mereka secara atas talian sahaja.


Mengenai Roadtax Digital

  • Pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) melalui portal awam JPJ atau memuat turun aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan roadtax digital.
  • Bagaimanapun, pemilik kenderaan persendirian tidak diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MyJPJ. Ia hanya salah satu pilihan bagi mendapatkan salinan digital bagi roadtax dan lesen memandu anda.
  • Meskipun anda tidak memuat turun aplikasi MyJPJ, anda tidak perlu bimbang dan tidak akan dikenakan saman kerana pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ boleh sahaja mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka.
  • Walaupun roadtax digital telah diperkenalkan, ingat, anda sebagai pemilik kenderaan persendirian tetap perlu memperbaharui roadtax anda pada setiap tahun sebelum ia tamat tempoh. Sticker sahaja tidak perlu ditampal.
  • Jika anda tiada da smart phone atau kawasan tak dapat jaringan internet, anda boleh sahaja mendapatkan sticker roadtax dan lesen memandu fizikal anda sekiranya dirasakan perlu. Dan ingat, pihak penguatkuasa seperti polis atau JPJ juga boleh mengesahkan status roadtax dan lesen memandu anda menerusi sistem dalam gajet penguatkuasaan mereka.
  • Sekiranya kereta anda dipandu oleh orang lain, anda juga tidak perlu risau. Anda boleh cetak roadtax digital dan disimpan di dalam kereta. Namun jika tidak dicetak sekali pun tidak mengapa kerana pihak berkuasa boleh menyemak butiran kenderaan menerusi gajet mereka.
  • Roadtax digital hanya terpakai kepada pemilik kenderaan persendirian warganegara Malaysia sahaja dan ia akan dilakukan secara berperingkat kepada kumpulan kenderaan lain.


Cara Download Aplikasi MyJPJ Untuk Mendapatkan Paparan Roadtax Digital

1. Muat turun aplikasi MyJPJ menerusi App Store atau Google Play

Cara Dapatkan Roadtax Digital & Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

2. Pergi ke bahagian daftar akaun baharu (jika belum pernah miliki akaun) dan isikan maklumat. Kemudian log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda.

Cara Dapatkan Roadtax Digital & Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

Cara Dapatkan Roadtax Digital & Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ


3. Aplikasi MyJPJ sudah boleh diakses dan sedia untuk digunakan.

Cara Dapatkan Roadtax Digital & Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

Cara Dapatkan Roadtax Digital & Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ

4. Pergi ke bahagian profil dan anda boleh melihat paparan skrin roadtax digital.

Cara Dapatkan Roadtax Digital & Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ


Punca dan Sebab Roadtax Tak Perlu Tampal

Pada 12 Februari 2023, Kerajaan telah mengumumkan pelekat roadtax tidak lagi wajib dipaparkan pada bahagian cermin hadapan kenderaan. Sebelum ini, ianya wajib dipaparkan untuk menunjukkan pengguna jalan raya mempunyai cukai jalan (roadtax) dan sentiasa memperbaharui roadtax mereka. Ianya bertujuan untuk mengelakkan pengguna jalan raya daripada disaman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun, banyak aduan yang diterima daripada pemilik kenderaan tentang pelekat roadtax ini. Bahkan ianya juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemilik kenderaan. Oleh itu, tidak perlu pamer cukai jalan disebabkan oleh bahan pelekat kenderaan yang kurang berkualiti menyebabkan ianya mudah terkoyak, tulisan pada pelekat tersebut senang pudar, gam pada pelekat tersebut tidak terlalu kuat dan mudah tertanggal jika terdedah kepada cahaya matahari serta pelekat tersebut memberi kesan gam kepada cermin kenderaan.

So lepas ni dah tak perlu tampal dah kat cermin keta. Tak payah nak kumpul pelekat penuh kat cermin keta sampai tak nampak jalan. Hehe. Sis pun selalu suruh orang tolong tampalkan sebelum ni sebab asik failed aje bila buat sendiri! Zaman now dah mudah. Semuanya kat aplikasi MyJPJ! Mudah aje kan? Jadi jangan lupa untuk memperbaharui roadtax anda jika sudah tamat tempoh kay!

e-lkm, roadtax digital, kongsi lkm, cara renew roadtax digital, e lkm jpj, roadtax digital jpj,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post